Wednesday, July 18, 2012

Jom Beli T-Shirt. Menarik dan Murah!

hai semorangggg! :) 

minat tak meme macam forever alone ? challenge accepted ? like a boss bagai tuh? 

sekarang ni tia tengah tolong member tia jual and promote t-shirt yang ada cartoon meme ni. simple and nice sangat t-shirt ni. harga ponnnnn berpatutan! hikhik! tia pon dah beli 1! pakai pon selesa! :D

gambar gambar kat bawah ni contoh baju yang hendak dijual! jom ushaaaaaa! 

CHALLENGE ACCEPTED T-SHIRT 

LIKE A BOSS T-SHIRT 

ME GUSTA T-SHIRT 

PROBLEM? T-SHIRT 

andddd tak lupa juga mestilah nak masukkan gambar yang tia dah beli tu kann? tia beli yang forever alone punya even tak forever alone pon. hewhewhew.


FOREVER ALONE T-SHIRT
ukuran untuk t-shirt kat atas macam ni :


sehelai t-shirt berharga RM15. kalau korang nak baju tu dihantar by hand korang contactlah number yang tia bagi kat bawah, kalau nak postage RM20.

kalau korang berminat untuk beli baju ni, korang pergilah dekat page facebook PISHANG CLOTHING and contact diorang kat sana okay? semua maklumat untuk t-shirt ni ada kat page diorang. 

untuk sesiapa yang berminat tapi takde facebook, mentionlah tia dekat twitter @tiafazunia nanti tia tolong korang tak pun contact :  


bob 012-2284371 atau farhad 017-6894298

hah! jom lahhh beli! murahhh! :) 



Belajar tangkap gambar

untuk broadcasting, tia ada belajar subject photo communication. subject paling best and lecturer pon paling sempoi. every week class akan diadakan di rumah prof tuh sendiri. fyi, prof ni sakit and tak larat nak drive pergi faculty so we all belajar kat rumah dia sahaja. prof ni sangatlah sporting! and dialah yang belanja kek for my birthday and celebrate dekat rumah dia. siap karoke lagi. awwhhh :') 

tengah cuti semester ni rindu pulak nak pergi class. especially class photo communication ni. he taught me so many things about photography. from zero to hero! heee~ tipulah to hero teruskan? kalau hero dah banyak duit aku dapat sebab tangkap gambar wedding hahh. gittew! 

meh nak tunjuk sikit pictures taken by me as an assignment for this subject :)

FAST SHUTTER SPEED PHOTOGRAPH

FAST SHUTTER SPEED PHOTOGRAPH

PANNING PHOTOGRAPH

PANNING  PHOTOGRAPH

LIMITED DEPTH OF FIELD PHOTOGRAPH

LIMITED DEPTH OF FIELD PHOTOGRAPH

SLOW SHUTTER SPEED PHOTOGRAPH

SLOW SHUTTER SPEED PHOTOGRAPH

dalam bebanyak gambar panning lah paling susah sekali nak buat. siap kena gerakkan camera untuk nampak kereta/lori tu macam bergerak dalam gambar. and slow shutter pon susah jugak kalau tak pakai tripod -___-  lupa nak bawak tripod masa tuhhhh! 


nasib subject ni takde final exam. pening jugaklah nak jawab kalau ada essay pasal shutter apperture bagai. phewwww! 






p/s : lagi suka ditangkap gambar dari kena tangkap gambar.hikhikhik! okbai!




Sunday, July 15, 2012

Ada jawapan untuk soalan ini?

Assalammualaikum semua! :) dah habis ganti puasa? ramadhan dah nak dekat ni! :) 

so soalannya untuk tajuk kat atas tu pernah tak korang alami situasi dibenci tanpa sebab? orang tak suka korang tanpa sebab? i mean.. there is a sebab tapi hmm.. how eh nak explain?  

okay let say kau gaduh dengan si A and then si A ni pergi cerita pasal dia bergaduh dengan kau dekat si B and C. si A ni dia cerita habis pasal keburukan kau. takde sikit pon yang baik padahal kau tak buat apa apa pon dekat si A ni. hanya salah faham je tapi si A ni tokok tambah cerita macam dia betul. 

then tak semena mena si B and C tadi benci kau. diorang tak kenal pon kau tapi bila dengar cerita terus benci kau. bila jumpa tepi jalan ke apa terus jelinglah bagai padahal kau tak buat apa apa SALAH langsung dekat si B and C ni. conflict hanya kau dengan si A so whats wrong with B and C yang tetiba nak cari pasal jugak ni? 


persoalannya sekarang bukan kau or bukan si A. persoalannya kenapa si B and C ni tanpa soal selidik terus benci orang yang diorang tak kenal langsung? why people tend to hate others just by listening to a story? kenapa tak pergi dekat kau then tanya apa yang terjadi? kenapa dengar cerita dari sebelah pihak then terus judge kau ni jahat, kau ni itu, kau ni ini. why eh? what is wrong with these peopleeeees? 

so pernah jadi dekat korang? apa yang korang buat kalau korang jadi si B and C ni? terus je benci? 

tapi kalau rasa si B and C ni 2 kali 5 kali 2 je dengan si A tuh sooooo...



okbai! :) 


Friday, July 13, 2012

Depan mak mertua jangan buat!

"Adik! esok masak siakap 3 rasa. bangun awal sikit!" 

hewhewhew. ni lah akibat kalau cakap mama masak tak sedap. i mean.. bukan tak sedap tapi tak menjadi. bila entah mama buat siakap 3 rasa and tia sesedap je komen tak macam 3 rasa pon? so mama pun suruhlah tia pulak try buat. apa lagi? GOOGLE lah! hikhik! 

pagi pagi lagi mama dah masuk bilik kejut tia. "Adik! mama dah beli ikan siakap!" hahahaha! tak sabar betul mama tengok anak dara dia sorang masuk dapur memasak. sebab mama cakap cuti semester 2 bulan ni kena masak 1 hari 1 resepi. seriously? takpe. untuk kesenangan masa depan bersama suami tersayang. eh? boleh? ekekekekekekkk. 

tengah hari tadi teruslah siapkan bahan bahan untuk masak. agak kecoh jugak dapur dengan gelagat aku seorang je. macam macam soalan tanya mama. dengan rilex mama menjawab dan melayan karenah anak dia. ni lah jadi bila baru nak belajar melangkah ke dapur. heh. 

Tia : Mamaaaa! macam tak cukup je minyak nak tumis ni? 
Mama : Alah, kalau tak cukup apa susah tambah je tapi depan mak mertua jangan buat! 
Tia : Boleh eh camtu ma? hahahaha! 

mama pon angguk je. lepas tu dalam resepi ada bahan untuk dihiris. mama cakap tak payah hiris lagi. pergi tumis and masukkan segala sos dulu lepastu sementara nak tunggu gelegak baru hiris bahan bahan yang lain. tak sempat nak hiris mama oi dah gelegak dulu segala sos dalam kuali. menjerit jerit panggil mama suruh tolong hiriskan. tangan mama kan? haruslah laju! :) 

lepas dah siappp sangatlah puas hati dengan hasil ikan siakap 3 rasa tiaaa! weee~ tengok tanganlah siapa buat kan? *angkat kening* 

Mama : dah pergi masak telur dadar pulak! 
Tia : amboi! macam mak tiri menyuruh! 

konon mama ingat tia masak telur dadar ni macam telur hancur kot? kan dah cakap, tengok tanganlah! :) hikhikhik! mestilah menjadi. takde hancurnya derr! 


ikan siakap 3 rasa yang dimasak oleh tia :) 

Tia : ayaaaah! *intonasi yang manja ye?* sedap tak? 
Ayah : sedap. tapi masam sikit!  

hahahaha! dalam resepi patutnya 1 camca sos tomato tapi akibat nak cepat sangat tadi terletak 2 camca pulak dah -________-  kalau tak mesti dah sedap! hewhewhew. 

by the way, i love baking more than cooking. like seriously! tak reti nak main dengan garam and gula. nak rasa lagilah tak reti. agaknya bulan puasa nanti mesti ada lauk yang terlebih manis and masin ni! pffftttt! 


notakakitiafazunia : lupa nak cakap, ikan siakap tuh mama yang goreng. tia buat lauk 3 rasa je. hikhikhik! 

next plan? CREAM PUFF! :D 




Thursday, July 12, 2012

Meow Meow Story

Featuring Bella and her kittens, Lola and Kiko :) 































okbai! :)


Wednesday, July 11, 2012

Selesai Semester 1 Broadcasting, UiTM Shah Alam


hooray hooray! sekejap je rasanya dah habis semester satu. start 3 Mac 2012 and last final exam haritu 9 Julai 2012. at first memang rasa macam lama. tapi bila assigment and presentation dah menimbun sampai tak cukup tangan nak buat, tak cukup tidur rasa sekejaplah pulak. biasanya macam tu lah. kalau kita busy mesti tak sedar masa berlalu. ye dak?

as u guys know tia further study untuk degree dalam bidang broadcasting. for the first semester tia kena ambil 7 subject which is :

Psychology 
News Writing and Reporting
Introduction To Mass Communication and Media Studies
Principle of Broadcasting 
Photo Communication 
Tamadun Islam and Tamadun Asia 
Communication Management. 

my textbook :) 

banyakkkan? tapi nasib baik subject News Writing and Reporting dan Photo Communication takde final exam. kalau tak pecah kepala nak study tahu? subject Communication Management pulak subject minor yang tia pilih. ada lagi subject minor yang lain like public relation, advertising, publishing, instructional and so on.

untuk semester 1 ni, tia punya class hanya pada hari isnin sampai rabu sahaja. best bukan? okay lah tuh. takdelah penat nak mendaki 93 tangga untuk ke fakulti -___- 4 sem left untuk mendaki! 4 sem okay! 4 SEM! untuk belajar. kuatkan semangat! :)

so far, broadcasting ni best! dah masuk study ni barulah tahu nak guna DSLR dengan betul. kalau tak main taram je. then, kena pergi interview producer program TV. so group tia pilih SuperSpontan. and macam macam lagilah! semester 2 nanti mesti lagi mencabar! fuhhhh~ 


examination slip

BIG thanks to Qila sebab jadi peneman setia setiap hari untuk semester 1 ni. dah sampai kat parking tunggu then naik class sama sama, nak balik tolak kereta sama sama sebab parking double -_- selalu ingatkan tia benda yang tia selalu lupa. selalu bagi semangat and the best thing setiap bulan tak lupa wish happy monthlyversary. hikhikhik! thanks to nani jugak sebab selalu tolong kitorang. tumpang rumah time takde class, bawak pergi makan area shah alam, tunjuk jalan kat shah alam ni and macam macam lagilah! thanks to both of you :) 


nani, tia, qila 

now dah start semester break. what a relief! tapi textbook banyak banyak ni nak letak mana? kalau ada sesiapa yang berminat atau akan masuk semester 1 untuk broadcasting and nak guna all these textbook just bagi tau tia okay? contact je tia dekat twitter atau comment section. thanks! :) 



want it? lemme know :) 


p/s : nak dekat ramadhan dah. harini last ganti puasa. yayy! :) 






Friday, July 6, 2012

Resepi Red Velvet Cupcakes

Ini lah hasil yang terjadi bila duduk rumah tak buat apa apa and puasa pulak tuh. tiba tiba terfikir nak berbuka makan red velvet as my dessert. terus masuk dapur tengok segala bahan yang patut and terus buat. hewhewhew. 




Ini bukan first time tia buat red velvet cupcakes ni. dah berkali kali. dalam 3 4 kali jugaklah. senang nak buat dia and sedap for sure! disebabkan banyak free time sementara nak tunggu next paper on next monday, so buatlah dulu red velvet ni. 

time buat ni, tia try jugak letak chocolate chip sebab tia ni memang hantu chocolate. hihihi! kalau ikut resepi asal memang takde langsung chocolate chips ni. tak letak pon takpe. tapi tia saje nak try -_-'

chocolate chips! omnomnomnom! 

lepas dah letak chocolate chips ni, tia tenggelamkan dia guna toothpick. and then letaklah cupcakes tuh dalam oven! 


bestnyaaa bau bila dah dibakar! seriously! :D lepas tuh letak topping pulak, tia tak reti sangat nak decorate topping so tia guna hujung plastik je untuk topping -___- poor me... 

omnomnommm! delicious! 
Resepi ni tak ingat dah amek dari mana. tapi kalau tengok semua blog yang ada resepi red velvet semuanya sama je. so meh sini tia share sekali resepi ... 

Bahan A 
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko ( tia guna brand van houten) 

Bahan B 
2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan buttermilk ( tia guna 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka putih) 
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil vanilla essence
1 sudu besar pewarna merah

Topping 
125 gram cream cheese
1/2 cawan unsalted butter ( tia guna butter biasa tp unsalted lagi sedap sebenarnya) 
1/2 cawan gula icing
1 sudu besar perahan lemon ( tia guna 2 sudu ) 

Cara- cara : 
1. Panaskan oven 180 degree celcius.
2. Ayak Bahan A.
3. Pukul semua Bahan B dengan mixer sehingga kembang dan sebati.
4. Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B dan gaul sehingga sebati. Kalau guna mixer just guna low speed. gaul pon senang je :) 
5. Topping - pukul semua bahan sehingga sebati. MAKE SURE cupcakes dah sejuk baru hiaskan topping tu. kalau tak nanti topping cair dah tak nampak bentuk! 



kalau guna cup macam tia guna ni, bolehlah dapat dalam 50 biji. make sure korang letak adunan red velvet tu separuh je dari cup okay? sebab dia akan mengembang dan naikkk sampai atas! :) 


SELAMAT MENCUBA! : D 




Thursday, July 5, 2012

Teacher Tia went for a charity :)


Last month tia pergi melawat sekolah kanak kanak pelarian dekat Sentul Boulvard Center with my lecturer and classmate and few of publishing students untuk subject News Writing and Reporting. siapa sangka bangunan tuh ada sekolah kan? there is a school specially for anak anak orang pelarian and orang yang kurang mampu. diorang ambil student bukan ikut umur tapi ikut keupayaan. 

nani, qila, puan yatie, tia and yasmin. 

firstly i thought kitorang pergi ni untuk buat news pasal kanak kanak pelarian tuh tapi bila dah naik bas barulah lecturer bagitau kitorang akan buat charity kat sana. organized by Intec students. so dioranglah yang plan nak kena buat apa bila dah sampai sana nanti. tiba tiba rasa excited sebab first time nak buat charity!

sesampainya kat sekolah tu, each of us kena introduce diri masing masing. best part bila kenalkan diri dengan nama Tia, all of the students cakap " Hello Teacher Tia !" hewhewhew. jadi teacher sekejap! after that kitorang nyanyi lagu kanak kanak and menari sekali dengan diorang. time ni tetiba rasa sebak. dunno why. diorang bukan anak anak yatim pon? -_- 

Teacher Tia and Liza : D
lepas tu kitorang kena ambil salah seorang student and bacakan diorang buku cerita. tuh gambar kat atas tuh is me with my student! tia kena bacakan buku untuk dia. ingat lepas 1 buku dah habis sekali dia bangun and ambil lagi a few books. hahaha! kehausannn teacher tia membacakan buku untuk anak muridnyaaaaa! 

the last activity kena tolong buatkan book mark. tapi Teacher Tia tak tolong pon. dia buatkan je terus. anak murid dia tengok and membebel je kat tepi. hahaha! tapi baikkan teacher tia kannn? :P 

after that sebelum balik kitorang lunch dulu kat sana dengan kanak kanak semua tuh. happy sangat dapat happykan diorang kat situ tapi sebenarnya dah tak sabar nak balik nak tidur sebab dapat tidur 2 jam malam sebelum tuh gara gara project assignment Super Spontan untuk subject Broadcasting tak siap lagi -_- 


le Qila the Ketua Gangster and me : ) 

ouhhh by the way, 9 July ni last paper and thennnnnnnnnnnn................. 

thanks qila bbm picture ni for meeee! : ) ittew tak rajin buat cemni! 

HOLIDAYYYYYY! 

puasa and raya dirumahhh uollssss! : D 




Related Posts with Thumbnails