Friday, July 13, 2012

Depan mak mertua jangan buat!

"Adik! esok masak siakap 3 rasa. bangun awal sikit!" 

hewhewhew. ni lah akibat kalau cakap mama masak tak sedap. i mean.. bukan tak sedap tapi tak menjadi. bila entah mama buat siakap 3 rasa and tia sesedap je komen tak macam 3 rasa pon? so mama pun suruhlah tia pulak try buat. apa lagi? GOOGLE lah! hikhik! 

pagi pagi lagi mama dah masuk bilik kejut tia. "Adik! mama dah beli ikan siakap!" hahahaha! tak sabar betul mama tengok anak dara dia sorang masuk dapur memasak. sebab mama cakap cuti semester 2 bulan ni kena masak 1 hari 1 resepi. seriously? takpe. untuk kesenangan masa depan bersama suami tersayang. eh? boleh? ekekekekekekkk. 

tengah hari tadi teruslah siapkan bahan bahan untuk masak. agak kecoh jugak dapur dengan gelagat aku seorang je. macam macam soalan tanya mama. dengan rilex mama menjawab dan melayan karenah anak dia. ni lah jadi bila baru nak belajar melangkah ke dapur. heh. 

Tia : Mamaaaa! macam tak cukup je minyak nak tumis ni? 
Mama : Alah, kalau tak cukup apa susah tambah je tapi depan mak mertua jangan buat! 
Tia : Boleh eh camtu ma? hahahaha! 

mama pon angguk je. lepas tu dalam resepi ada bahan untuk dihiris. mama cakap tak payah hiris lagi. pergi tumis and masukkan segala sos dulu lepastu sementara nak tunggu gelegak baru hiris bahan bahan yang lain. tak sempat nak hiris mama oi dah gelegak dulu segala sos dalam kuali. menjerit jerit panggil mama suruh tolong hiriskan. tangan mama kan? haruslah laju! :) 

lepas dah siappp sangatlah puas hati dengan hasil ikan siakap 3 rasa tiaaa! weee~ tengok tanganlah siapa buat kan? *angkat kening* 

Mama : dah pergi masak telur dadar pulak! 
Tia : amboi! macam mak tiri menyuruh! 

konon mama ingat tia masak telur dadar ni macam telur hancur kot? kan dah cakap, tengok tanganlah! :) hikhikhik! mestilah menjadi. takde hancurnya derr! 


ikan siakap 3 rasa yang dimasak oleh tia :) 

Tia : ayaaaah! *intonasi yang manja ye?* sedap tak? 
Ayah : sedap. tapi masam sikit!  

hahahaha! dalam resepi patutnya 1 camca sos tomato tapi akibat nak cepat sangat tadi terletak 2 camca pulak dah -________-  kalau tak mesti dah sedap! hewhewhew. 

by the way, i love baking more than cooking. like seriously! tak reti nak main dengan garam and gula. nak rasa lagilah tak reti. agaknya bulan puasa nanti mesti ada lauk yang terlebih manis and masin ni! pffftttt! 


notakakitiafazunia : lupa nak cakap, ikan siakap tuh mama yang goreng. tia buat lauk 3 rasa je. hikhikhik! 

next plan? CREAM PUFF! :D 




10 lovebite:

cx's said...

hehe. comel la tia ni. hee. dpn mak mertua jgn buat tau! hik3. kem slm mak eh :)

Cik Norfa said...

okla tu tia..nmpk sodap! teliur ni haaa... tahniah! hehehehe

Bitt (doubleIS) said...

hehheehhe tak pe lama2 sedap punya ;)

nuraizuddin [Mr. Secretary] said...

sedapnya tia oi.. nnti, gi umah hg, leh hg masak kat kami na. ihihih.. oi, aku 4.8.2012 nie daftar pjj kat UITM shah alam. ihihih

nabilah_2908 said...

setuju bab gula & garam tu..

kalau terkurang garam tak pe...tapi bila terlebih tu...haha...nasib le.. ;)

haz said...

xpe.. bia masam asal nampak sedap. eh? haha

Yasmin Aris said...

hahaha, kenape ek takleh kate cemtu kat mak mertua ?? hihi


baru festime wat pun dah nampak mengancam ikan tu . eishh . lepas ni bley aja bagi resipi plak :P

Wawa.Wafiyyah said...

header tu kenapa comel sangat ni ha..hehee

Wahidah said...

looks yummy la..mesti sedap niee

Liza Razak said...

rajin awak belajar memasak...mesti sedap !!

Related Posts with Thumbnails