Thursday, January 30, 2014

DIY: Cara Membuat Flower Crown

(TEMPAHAN DITUTUP SEMENTARA SEHINGGA DIBERITAHU)

Hai semorang! :)

Haritu tia ada dinner dekat UiTM, tema Medieval Night so terfikirlah nak buat flower crown ni. Memula ingat nak beli online je tapi harga dalam RM25+. Last last tia buat sendiri tapi tak berbaloi jugak sebab nak guna sikit, tapi kena beli banyak termasuklah glue gun -_- Hikhokhikhok! Selain guna untuk dinner yang bersesuaian boleh jugak guna untuk flower girls time wedding!




Bahan bahan yang diperlukan adalah :




Okay. Ni tia nak tambah sikit :

~ Bunga - boleh ikut saiz dan warna yang korang nak atau yang bersesuaian. Boleh beli jambangan sekali sebab boleh guna daun dia atau kalau nak bunga je pon boleh. Up to you :)

~ Flower tape ada macam macam colour ikut korang nak warna apa. Tia pilih hijau.

~ Make sure stok glue stick ada. Kalau tak ada pergilah beli! Herherher.

~ Untuk dawai tu boleh je guna apa apa dawai asalkan kecik dan boleh dibengkang bengkokkan.


CARA MEMBUAT FLOWER CROWN :

1. Potong dawai mengikut saiz kepala atau saiz yang bersesuaian untuk dijadikan crown. Bentukkan dawai menjadi bulat seperti crown. (Ukur dikepala semasa jadikannya bulat)

2. Potong beberapa bunga daripada jambangan. Ambil batang bunga yang mempunyai daun dan lilitkan di crown. Sedikit demi sedikit dengan jarak yang berpatutan dan ikut bentuk bulat crown tersebut. Kemaskan batang bunga dengan menggunakan dawai.

3. Lepas dah penuh daun di crown (agak tebal kerana terdapat batang daun), balut dengan flower tape. Flower tape ni sticky means dia boleh melekat sendiri. So buat kemas kemas supaya flower tape ni tak terbukak di kemudian hari. Herherher. Kalau nak lebih selamat, balut crown 2 kali.

4. Ambil bunga yang telah dipotong dari jambangan dan dengan menggunakan glue gun, lekatkan bunga di crown tersebut dengan jumlah yang bersesuaian. Flower crown SIAP! :)




Senang je sebenarnya nak buat flower crown ni. Tak sampai setengah jam pon. Hikhik! Boleh je kalau korang nak buat sendiri and tak ikut cara tia. And boleh jugak cari dawai yang cecantik sikit and tanpa guna daun, terus je lekatkan pelbagai jenis bunga dan SIAP! :)

Ikut kreativiti anda okay?

UPDATE! 

Tapi kalau anda malasssss nak buat and senang nak beli je, tia pon ada jual jugak Flower Crown ni tauuu! Tapi design yang tia buat ni tak full, means bunga bukan dekat sekeliling. Sebab apa? Sebab tia punya ADJUSTABLE! Means pelbagai saiz kepala pon muat! Hikhikhik! Jom tengok design yang tia jual ni! :)









Untuk Flower Crown ni, tia jual dalam harga RM7 ke RM10 sahaja tak termasuk pos. Murah kann? Dan kalau beli lebih daripada 10 dapat FREE POS sebab tia akan guna kotak pos laju. Kotak pos laju tu pon dah RM13 -_-'.

Kalau korang nak, kalau boleh request nak warna bunga dan design macam mana termasuklah nak letak riben siap siap atau korang nak letak sendiri sebab Flower Crown macam ni boleh juga dijadikan macam cekak. Haaaaa macam ni :


Untuk bisnes ni tia ada buat satu instagram baru supaya tak melibatkan instagram personal tia sebab tia taknak spam kawan kawan dekat instagram personal tia. So, kalau korang berminat nak tengok banyak lagi design cantik tertarik menarikkkk korang boleh pergi dekat instagram bisnes tia which is @littlepinkkyshop. INGAT TAU! pinkyy tu ada dua Y :)

Kalau berminat tapi korang takde instagram, boleh whatsapp tia untuk beli dan tia akan bagi gambar dekat korang mana mana Flower Crown yang still available lagi. Add tia dekat whatsapp korang 0176193191 (BUSINESS ONLY PLEASE!)

Lagiii 1, kalau ada Wechat pon okay jugak! Add tia TIAFAZUNIA, dengan pesanan 'Saya nak beli Flower Crown' sebab tia hanya akan accept customer only! :)

Okay itu je untuk sekarang ni! Kalau berminat jangan lupaaaaaa contact tia okay! :D


Much love! :)


TEMPAHAN FLOWER CROWN DITUTUP SEMENTARA. 
HARAP MAKLUM! 





7 lovebite:

Dayangku Nurul Selviah said...

hi babe, may i know where you bought the flowers from? :)

cik bunga said...

K.tia nk kene gune glue gum ker

tiafazunia said...

@Dayangku Nurul Selviah

I bought it at the florists near my house :) at selayang.

tiafazunia said...

@cik bunga

guna glue gun dear :)

Qistina Isma said...

@tiafazunia..Beli brg selalu ade kat kedai mane erkk??

Hafiza AizZawa said...

cantiknye..

Anonymous said...

Nk buat jugak lh

Related Posts with Thumbnails