Hye yuolssss sekaliannnn!
Rasa nak menjerit sebab seronokkk sangat dapat pergi holiday dengan my best cousin and my best friend! Gila tak seronok? Mama ayah siap tanya banyak kali and macam macam sebelum melepaskan anak bongsu mereka pergi holiday sendiri kot! Thanks ayah sebab tolong servis kereta dulu! :)
Kami pergi on weekdays. Selasa sampailah Khamis. Ada bestnyaaa datang weekdays tapi ada jugak yang tak bestnya! Lets cekidout!
Tia, Ayu ( my best cousin) and Nurul (my best friend) |
We started our journey at 1:30 pm. Yes. Agak lambat disebabkan ada hal hal yang tak dapat dielakkan. Itsokey. So, budget kami untuk ke Pulau Pangkor adalah RM300 - RM350 seorang. Dalam kereta, Nurul dah siap siap collect seorang RM150 untuk budget :
Feri : RM10 seorang (Tiket feri pergi balik)
Van dari jeti ke chalet : RM15 (pergi) + RM15 (balik)
Chalet : RM80 seorang
Parking Kereta : RM13.50 (Selasa, 4:30pm - Khamis, 12:30pm)
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut mengambil masa selama 3 jam. Tia tak lalu highway sebab nak elak tol lagipun boleh layan pemandangan sekali tapiii yang tak bestnya bila lalu jalan kampung banyak lori! Sampai jeti Lumut pukul 4.30pm dan terus parking di Medan Tempat Letak Kereta berhampiran dengan jeti.
![]() |
Medan Tempat Letak Kereta di Lumut. Kalau nak bawak kereta pergi Pulau Pangkor akan dikenakan bayaran sebanyak RM100. |
Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor |
Sehari sebelum bergerak ke sini, we have decided to stay for 3 days 2 night at Nipah Bay Villa. So, masa on the way, dah sampai dekat Teluk Intan baru call Nipah Bay Villa untuk booking. Senang. Kalau tak nanti anda akan diserang agen agen pelancongan di jeti pastu nanti habis kena paksa pilih itu ini. Pening -_-
Naik feri dari Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa selama 30 minit dan dari jeti Pulau Pangkor ke Nipah Bay Villa di Teluk Nipah mengambil masa dalam 20 minit dengan menaiki van pink! Kalau tak nak naik van boleh juga sewa kereta dalam RM70 ataupun motor dalam RM30. Tapi lagi senangg naik van! Boleh rilex sambil menikmati pemandangan di Pulau Pangkor.
Naik feri dari Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa selama 30 minit dan dari jeti Pulau Pangkor ke Nipah Bay Villa di Teluk Nipah mengambil masa dalam 20 minit dengan menaiki van pink! Kalau tak nak naik van boleh juga sewa kereta dalam RM70 ataupun motor dalam RM30. Tapi lagi senangg naik van! Boleh rilex sambil menikmati pemandangan di Pulau Pangkor.
Pintu masuk Nipah Bay Villa |
Our chalet - Deluxe Terrace. Suitable and comfortable for 3 person. RM 120 per night on low season / RM240 per night on public holiday Murah kannn pergi weekdays? Aherherher! |
Suasana dalam chalet |
Kecil tapi muatlah untuk kitorang 3 orang! :) |
Lepas dah letak barang, rilex kan badan dalam pukul 5:45pm kitorang keluar bergerak ke pantai. Hajat nak mandi tapi disebabkan esok masih ada masa so kitorang banyak camwhore, main main air and layan sunset je dulu di tepi pantai! hikhik!
Gigih set timer nak tangkap gambar bertiga! Hewhewhew |
Layan sunset sekali di Teluk Nipah :) |
Lepas dah puas main air dan layan sunset, kitorang pergi makan terus untuk dinner. Kan pergi weekdays, too bad banyak kedai makan yang tutup, so tak banyak pilihan sangat. Masuk je mana yang ada. So next time kalau nak pergi weekdays kena beli makanan ringan siap siap dari rumah. Kedai runcit kat sini pon boleh tahan cekik darah jugak harga harga barang dia -_- Tapi kalau tak nak beg berat, redha je lah beli barang kat sini.
Mine - Carrot juice RM3 |
Nasi goreng seafood - RM6.00 |
Total for carrot juice and nasi goreng seafood = RM9. Rasa masakan kedai ni just so-so je lah. Bolehlah makan tapi seafood dia sikit sangat and tak berbaloi dengan harga. Pergi weekdays kan memang tak banyak kedai makan yang bukak, so nak tak nak redah je lah.
Perbelanjaan untuk hari pertama :
Duit collect RM150 seorang x 3 = RM450
RM450 - RM50 (minyak kereta) - RM30 (feri) - RM15 (van dari jeti ke chalet) - RM240 (chalet utk 3 hari 2 malam) = RM115
Duit sendiri (bajet Tia RM350 tolak duit collect RM150 so tinggal RM200)
RM200 - RM9 (dinner) = RM191
RM200 - RM9 (dinner) = RM191
Sekian cerita untuk hari pertama kami di Pulau Pangkor.
Hari kedua nanti ada cerita pasal snorkeling, pusing pusing pulau pangkor anddd macam macam lagi! Tunggu yehhh? :)
10 lovebite:
salam
kat pangkor , xde ke chalet atau guesthouse untuk di bawah rm50 ?
tak perlu aircond, kipas pun takpe.
- suka travel -
@Azroy KL
maaf azroy, tia xberapa pasti. kena pandai cari, mesti ada. lagi2 kalau pergi on weekdays :)
nice info percutian ke pulau pangkor...Thanks Chalet murah Pulau Pangkor
bayaran utk bawa kereta ke pulau pangkor yg berharga Rm 100 tu pergi sahaja atau pergi balik?
kalau van bole x nak bawak ke pangkor ??
berapa caj eh agak2..
da banyak buat research tambang feri untuk kereta x dpt yg tepat..
@ahloy 7730
Sorry. Yang tu tia xsure pulak :(
Van pink tu ikut kepala or sekali ? -nash-
Hai nash!
Van pink tu ikut kepala! RM10 pergi blk tak silap tia :)
Hi you all terima kasih kerana share experiences masing2 nak tahu no contact PakNon bole?
Ade nombor kereta sewa x?
Post a Comment