Wednesday, May 30, 2012

Resepi Rainbow Cake

Hai semorang! :D 

Oklah sebelum tengok resepi moh ler tengok hasilnya dulu. boleh camtu? haha! 

ramai tak percaya tia boleh buat kek ni!
tia pon bila tengok hasil macam tak percaya *lap peluh*
anda percaya? percayalah woi! aku buat pepenat ni! grrrrr!  
Nak buat rainbow kek ni memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. macam kes tia, memerlukan kesabaran yang tahap DOUBLE TRIPLE punya tinggi sebab start buat pukul 8 malam tiba tiba pukul 10 blackout! pukul 11 nasib ada elektrik balik. nasib jugak time tu takde kek dalam oven. nasib nasib...

Tahap kesabaran yang tinggi juga digunakan bila membakar kek ini selapis demi selapis. mula mula try 2 lapis tapi yang lapis bawah tu tak masak habis. terpaksa keluarkan yang atas then kena bakar balik yang bawah dalam 5 minit. so lapisan seterusnya terpaksalah buat satu persatu. Masa blackout tu tinggal selapis je lagi nak siap -_- 

Tahap kesabaran seterusnya apabila dalam pukul 1.20 pagi tetiba blackout! AGAIN! dalam pukul 2 baru ada elektrik balik. so startlah meletakkan krim di sekeliling kek. time ni pon memerlukan kesabaran yang tinggi jugak sebab tia first time buat kek besar cenggini. nak ratakan krim kek bagi rata seratanya dan nampak licin adalah sangat sangat payah. sampaikan ayah pon tension tengok and dia ajar sapu krim kek tu macam sapu simen dekat batu bata. hahaha! thanks ayah! tapi lastly, tak rata sangat pon... meh close up sikit gambar kek.. 

ok. sila jangan gelak. jangan gelaklah! pfttttt! :( 
tapi bila potong nampak cantikkkkk bangat dengan kalerfulnyaa lagi. awwwhhhh~ 


tapi yang spoilnya bila warna merah and oren nampak sama. warna kuning pulak nampak macam warna oren. sigh~ but itsokey. nama pon FIRST TRY kan? jadi lettew! hikhik! 
 
 
Raibow Cake
1 cup unsalted butter (suhu bilik)
2 1/3 cup gula
5  biji telur saiz besar (putih sahaja bersuhu bilik)
2 sudu kecil perasa vanilla
3 cup tepung serbaguna (all-purpose flour)
4 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cup susu bersuhu bilik (tia guna susu segar) 

Pewarna - merah, oren, kuning, hijau, biru and purple
Shortening

1. Panaskan oven 160C.
2. Sediakan Loyang 9 inci yang dilapik dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit shortening. (tia guna Loyang 6 inci, so kek jadi agak tinggi)
3. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
4. Pukul butter dan gula sehingga bertukar warna pucat.
5. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
7. Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga dengan tepung. Kacau sehingga sebati.
8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. *tia bahagikan 3 senduk kecil setiap 6 bahagian ikut cara masing masing nak bahagikan macam mana * :)
9. Bakar dalam oven untuk 25 minit bagi setiap loyang. *ni ikut oven tia*


 Lemony Swiss Meringue Buttercream


5 biji telur saiz besar ( putih sahaja)
1 cup gula
1 cup unsalted butter (suhu bilik)
1 sudu kecil perahan lemon
 

1. Masak telur putih dan gula didalam saucepan di dalam suhu yang sederhana. Pukul sehingga gula larut sepenuhnya.
2. Pindahkan adunan gula dan telur putih tadi ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maximum larutan tadi sehingga suhu adunan bertukar ke suhu bilik.
3. Selepas suhu adunan bertukar ke suhu bilik, perlahankan mixer dengan kelajuan yang sederhana, masukkan butter sedikit demi sedikit. Pukul adunan dengan sebati setiap kali memasukkan butter ke dalam mangkuk mixer.
4. Selepas habis memasukkan butter, dengan kelajuan mixer yang tinggi, pukul adunan sehingga sebati (dalam 5 minit).
5. Masukkan perahan lemon.
6. Pukul sehingga perahan lemon sebati dengan adunan. Siap!
7. Hias mengikut kreativiti.
 
Tia ikut resepi dekat website ni : http://www.marthastewart.com/256688/rainbow-cake . Kat website ni siap ada video lagi so senang untuk tengok macam mana dia buat step by step.



 
Kalau rasa taknak hias guna buttercream, korang boleh je guna frosting lain!
okbai! selamat mencuba! :) 




8 lovebite:

Anonymous said...

wah....sedapnya... nyum3

Scha Aryana said...

waa sedapnyee! first try pn macam gitu ok sgt dah le tu ;) Comel plak tu kek tu.. ;)

m!3yr4h_LolLy said...

pergghh. awesome tol kek nie. mieyrah nak amek resepi dia tau. heee. nak try buat

nabilah_2908 said...

clap..clap..clap....
berjaya juga buat kek ni... :)

Nurul Mazni Sawal said...

wahhhh! bolehlah cuba lepas nie.. tenkiu tia :)

Fatin Sakinah said...

Nampak menarik la.. Boleh try ni ;)

nabilazainal said...

Uhuhuhu...nak nangis plak kite tgk kek die

Anonymous said...

I couldn't refrain from commenting. Exceptionally well written!
Also visit my blog - search engine optimization india

Related Posts with Thumbnails