Friday, July 6, 2012

Resepi Red Velvet Cupcakes

Ini lah hasil yang terjadi bila duduk rumah tak buat apa apa and puasa pulak tuh. tiba tiba terfikir nak berbuka makan red velvet as my dessert. terus masuk dapur tengok segala bahan yang patut and terus buat. hewhewhew. 




Ini bukan first time tia buat red velvet cupcakes ni. dah berkali kali. dalam 3 4 kali jugaklah. senang nak buat dia and sedap for sure! disebabkan banyak free time sementara nak tunggu next paper on next monday, so buatlah dulu red velvet ni. 

time buat ni, tia try jugak letak chocolate chip sebab tia ni memang hantu chocolate. hihihi! kalau ikut resepi asal memang takde langsung chocolate chips ni. tak letak pon takpe. tapi tia saje nak try -_-'

chocolate chips! omnomnomnom! 

lepas dah letak chocolate chips ni, tia tenggelamkan dia guna toothpick. and then letaklah cupcakes tuh dalam oven! 


bestnyaaa bau bila dah dibakar! seriously! :D lepas tuh letak topping pulak, tia tak reti sangat nak decorate topping so tia guna hujung plastik je untuk topping -___- poor me... 

omnomnommm! delicious! 
Resepi ni tak ingat dah amek dari mana. tapi kalau tengok semua blog yang ada resepi red velvet semuanya sama je. so meh sini tia share sekali resepi ... 

Bahan A 
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko ( tia guna brand van houten) 

Bahan B 
2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan buttermilk ( tia guna 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka putih) 
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil vanilla essence
1 sudu besar pewarna merah

Topping 
125 gram cream cheese
1/2 cawan unsalted butter ( tia guna butter biasa tp unsalted lagi sedap sebenarnya) 
1/2 cawan gula icing
1 sudu besar perahan lemon ( tia guna 2 sudu ) 

Cara- cara : 
1. Panaskan oven 180 degree celcius.
2. Ayak Bahan A.
3. Pukul semua Bahan B dengan mixer sehingga kembang dan sebati.
4. Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B dan gaul sehingga sebati. Kalau guna mixer just guna low speed. gaul pon senang je :) 
5. Topping - pukul semua bahan sehingga sebati. MAKE SURE cupcakes dah sejuk baru hiaskan topping tu. kalau tak nanti topping cair dah tak nampak bentuk! 



kalau guna cup macam tia guna ni, bolehlah dapat dalam 50 biji. make sure korang letak adunan red velvet tu separuh je dari cup okay? sebab dia akan mengembang dan naikkk sampai atas! :) 


SELAMAT MENCUBA! : D 




11 lovebite:

Akupenghibur.com said...

sedapnya.. nk cikit...nyum nyum...

Akupenghibur.com said...

sedapnya.. nk cikit...nyum nyum...

phreak-id said...

Bestnyaaaaaaa..Lagi best kalau dapat rasa.... Hehehe


Terbaru >Colgate Slimsoft Party >Movie Review - The Amazing Spiderman 2012 >Saya Mahu Family Tiket ke Pameran Dinosaurs di Pusat Sains Negara

Bitt (doubleIS) said...

lama tak baking..hhehhee
hi u salam kenal...i follow...nanti singgah saya jugak yer ;)

kaizen said...

nk rase bleh?? free je kn... hehehe

Liza Razak said...

comelnye red velvet tu..nak kena cuba resepi ni !! :)

Anonymous said...

Hiii..nak tanya..kalau.tukar cuka tu kepada lemon blh tak??

tiafazunia said...

Hye anon! Tia tak sure tp pernah baca 1 buku resepi ni dia mmg guna lemon. Tp tia xpernah pulak try...hihi!

Unknown said...

Comel je RVC tu..heheh
hi awak salam kenal...sy follow...nanti singgah saya jugak yer

Nana
mummysoffya.blogspot.com

AnQ said...

Nk tanyalah pakai oven apa yea?? Saya guna Cornell tp x pandai nk bakar utk kek.berapa suhu dia.berapa minit.guna api atas bawah ke...

AnQ said...

Nk tanyalah pakai oven apa yea?? Saya guna Cornell tp x pandai nk bakar utk kek.berapa suhu dia.berapa minit.guna api atas bawah ke...

Related Posts with Thumbnails