Friday, April 29, 2011

PEMENANG BLOGGER IDOL JATUH KEPADAAAA !

ada yang ternanti nanti ke pemenang Blogger Idol ni? hihi! siriyes susah nak pilih pemenang tahu?

tempat dan masa untuk penyampaian hadiah sedang dalam perbincangan dengan pihak 1tube.my. bagi hadiah yang dijanjikan di entry ini, penerima akan diumumkan masa penyampaian pada hari itu jugak. kalau tak jadi, tia dan akmal (andy dah balik sabah sempena cuti semester) akan bank in kan wang dan hantar *yang berdekatan* hadiah anda.

setelah mengambil masa yang agak lama, tia andy akmal serta beberapa orang juri *ecehhh* telah memilih beberapa orang pemenang. sooooo! jomm tengok! :)


Johan Blogger Idol

RM 100 + domain *boleh tukar jadi wang ringgit RM 50*
+ 1st vlog dengan 1tube.my
and the winner is :
AMIRUL CRUZO
pandai bermain gitar dan mengubah lagu!
cheersss! :D



Naib Johan Blogger Idol
RM50
EIJA HASSAN


Tempat Ketiga Blogger Idol
RM30
FINAZ JAAFAR


Referral Tertinggi
RM30
KIRIN SELAMA PERAK
thanx bro sebab always support! (^^)


View dan Komen Paling Banyak di 1tube.my
first VLOG dengan krew 1tube.my
+ RM100
EIJA HASSAN



kepada pemenang SILA KOMEN DI ENTRY INI dengan meletakkan details seperti (tidak akan dipublish) :

nama penuh
nombor account (maybank)
nombor untuk dihubungi (no fon)
email



TAHNIAH KEPADA PEMENANG, YANG TIDAK TERPILIH, CUBA LAGI NEXT TIME KALAU ADE. APEPON, THANX SEBAB JOIN! :))



Thursday, April 21, 2011

KENANGAN #1

heyya kekawan semuaa! makin hari makin malas nak update blog tahu? ada sesiapa tahu cemane nak bagi rajin and eksaited balik tak untuk berblog ni hah? hadoyyy~

bila tia teringat blog kan, mesti terfikir .. sebab blog aku jadi bertambah tambah kengkawan and musoh. musoh? taktau la. kalau hado pon boleh buat apa kan? so senyum and chillax je laa. lumrah la manusia kekadang tak puas hati sama sendiri ye dak?


kenangan #1. pertama kali gathering jumpa blogger bagai. first time jumpa blogger terutama akmalhilmi. dia yang ajar aku berblog. tiap kali tak paham aku tanya dia. dia yang kenalkan aku dengan GengBlogger (GB). lepas tu melekat je dekat chatbox GB. kalau tak melekat kat situ, sekarang mesti tak kenal siapa ayamgile, qilah, syazberry, shakudo mijae, zulfahmi, gadis terbilang, brader leplep, suffer8zine, hellioz and ramai lagi. sekarang chatbox kat GB dah takde. too bad! time tu chat guna username pinkytiyha. big thanx to akmalhilmi. sekarang ni jadik babysitter aku. bawak aku kemana aja bila ada gath. ekekeke :)






entry kosong. saja flashback. okbai!

Sunday, April 17, 2011

CONTEST BLOGGER IDOL KINI TAMAT!


hellooooo guys!

first of all, sorry sesangat lambat update *lambat sehari* Blogger Idol ni hah. patotnya tutup semalam tapi sebab penat sangat and masalah berukben yang makin hari makin mintak ditampar so tak dapek den nak update awal. sorry!

secondly, nak tahu siapa menang? HARAP BERSABAR! kami *tia,akmalhilmi and andyhowtt* akan umumkan pemenang sebelum bulan may orite? sebab kitorang nak bebincang dulu untuk pilih juara. susah tahu? hihihi! :)

kepada contestant, korang dah boleh turunkan banner Blogger Idol kat blog korang okay? thanx sesangat kepada 18 orang blogger sebab join. bukan senang nak join kan? bukan semua orang ade keberanian nak join ekceli. thanx a lot guys! =D

and tak lupa, thanx a lot kepada yang tolong promote contest tia ni! hikhik!

sesiapa yang belum tengok video contestant, kat belah kanan ade nama plus link dorang yang akan direct terus ke blog dorang. so enjoice! nak bagi pendapat siapa yang patot menang ponnnn boleyyy! my pleasure :)

kalau ada ape ape jangan malu nak tanya tia oke? pergi je kat twitter tia or fb tia. tunggu keputusannya taww! kehkehkeh! saje nak buat korang berdebar tahu? :P


THANX TO AKMAL HILMI AND ANDYHOWTT!

THANX KEPADA SEMUA CONTESTANT YANG JOIN.

THANX GUYS!



Tuesday, April 12, 2011

PUISI: Bila Hati Bicara, Mulut Diam Tanpa Kata


gambar sekadar hiasan. kehkehkeh.


kadang kadang hati berbicara,
siapa dia ? kenapa dia ?
termenung .. berfikir ..
dia cinta hati ku dia cintakan aku dia yang sayang padaku,
tapi hati ku betul betul ada padanya ?
mungkin..
tapi kadang kadang, bila memori datang mengimbas kenangan
hati dimana ? perasaan bagaimana ?
adakah ini hanya mimpi ? atau realiti ?
entah.

ini jawapan yang perlu dicari ,
perlu digali hingga ke lubuk hati
bagaimana hendak ku singkirkan dia ?
sedangkan selama ini aku impikan kasih sayangnya ?

dan dia..
sudah menjadi nadi hidupku selama ini.
bukan dia tidak sempurna,
tetapi hati ku yang belum menyempurnakan perasaan terhadapnya
tergamam..
aku bagaikan tersekat
terpenjara dalam perasaan sendiri
bukan tidak ingin keluar daripada penjara itu
tapi kunci penjara hilang entah kemana
mungkin satu hari nanti aku akan keluar
biar hati yang bicara, mulut tidak mampu berkata apa

puisi ini mendalam
jangan difikir
ini untuk dibaca
jangan ditanya
ini bukan soalan
tidak masuk sebarang peperiksaan

ini nukilan hati seorang gadis biasa
tiada siapa dapat rasa
jangan keliru
jika ini pasalku
tiada kena mengena denganmu



tiafazunia :: ini tujuan asal aku buat blog. berpuisi. entah bagaimana lari dari misi. hmph...




Wednesday, April 6, 2011

Belajar VS Kerja



dah tengok video kat atas ni ? ekekekekeke. rindu time kekecik dulu. tapi dalam video ni bukan time kecik pon. dah besar gabak! kalau kawen dah boleh sangat jadi mak orang tahu? entah kenapa tetiba rasa best main kat tempat macam ni. release stress kot. hikhik!


bila dah kerja, mesti ingat time study dedulu. rindu tahu ? rindu nak duduk dalam class. tengok lecturer mengajar *oke ni tipu* buat bising dalam class, duduk rumah sewa dengan memember, makan maggi tak masak, minum milo 3 in 1, study memalam bagai nak rak. memacam ah!


tapi kadang kadang bila tengah study pulak mesti fikir kan best kerja. ada duit sendiri. boleh beli macam macam yang kita nak. beli itu beli ini beli belah sampai lebam! takde siapa kesah sebab guna duit sendiri. kalau tengah study? duit ptptpu la jadi mangsa shopping. konon konon banyak duit kaya bagai time tuh. duit ptptpu tapi .. tuih! *ludah kat sinki oke?*


ingat lagi bila member dapat duit pinjaman tuh, cecepat pergi rebonding rambut lah, beli handphone baru lah. pastuh belagak nak mati! paseipaaaa la depa ni. padehal guna duit pinjaman je kot. wadehel ? *cermin diri sat* oke. aku tak buat macam tu. keh3~


moral of the story ? manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. *ada kena mengena tak?*


tiafazunia :: naseb baik muat kat gelongsor tuh! kalau tersekat tiba tiba tak ke naya? *gelaktutupmulut*



okbai!








Sunday, April 3, 2011

ini baru titik permulaan


tia dah dapat genggam segulung diploma. tapi ni bukan titik terakhir. mungkin. tia nak teruskan perjalanan sebagai seorang pelajar lagi. *ayat skema kemaen!*


so, tia tengah prepare and get ready for my exam! MUET! nebesss tahu?



scan senget! tangan tak bedong ke woi?grr



good luck and all the best untuk diri sendiri dan semua kawan kawannn yang ambil exam muet ni jugak! chaiyok guys! :)


ouh, sabtu lepas 2hb april tia pergi subang parade dengan bloggers. jumpa nisa kay, akmal hilmi, eazy izzudin, eman, din, encik psychopath, and aman. untuk entry selanjutnya korang boleh baca kat blog nisa kay kat sini.


ni la si cantik nisa kay :)

and ada jugak vlog time pergi sana, ex classmate tia, nur aizuddin yang buat. dia memang rajin vlog vlog neh! and pandai buat video. jommm layannnnzz! :)





okbai! :)
Related Posts with Thumbnails