Sunday, September 30, 2012

I Cant Thank You Enough :')

A million thanks to my mama for bought me this camera! Thanks to ayah and angah too sebab teman beli camera ni sama sama. hihi! :) so ber-vlog lah pulak lepas ni. boleh? Hewhewhew. 


i wanna buy Nikon but this Canon really caught my attention :) 


So dah tak perlu pening pening nak fikir pasal nak pinjam camera siapa nak buat assignment. I have my own camera now! Heyho! Lets go! Dah tak perlu berebut dengan ayah yang sekarang dah pandai berblogging and jadi journalist tak berbayar. Ayah dah boleh ambil yang ini! Aherherher :) 

Dear mama.. Seriously, I cant thank you enough :') 



p/s : Tayar pancit masa nak pergi beli camera ni. nasib ayah and angah ada. My Heroes! :D 



Saturday, September 29, 2012

Semester 2 Broadcasting, UiTM Shah Alam

Hye semua! Assalamualaikum! :)

Nak dekat sebulan dah masuk semester yang kedua ni. Setakat ni everything went well. Cuma yang penatnya ada class setiap hari. Masa semester satu kan class tiga hari je dari hari isnin sampai rabu. so for this semester, setiappp hari kena naik tangga tangga menuju kejayaan ini dengan gigih! 


Untuk semester kedua ni ada 8 subject yang tia nak kena ambil. tia tak dapat nak buat pengecualian kredit macam member tia yang lain sebab masa diploma tia bukan study dekat uitm.. tapi politeknik. so kena lah tabah hadapi 8 subject ni. chaiyokk! :) 

Principles of Translation
Marketing Communication
Effective Speaking 
Sociology
Graphic and Creative Design 
Co-curiculum II

Minor : 
Principles of Interpersonal Communication
Principles of Public Relations 

Masa fikir nak sambung study dulu mula mula nak pilih Public Relations (PR) tapi akhirnya bertukar jadi Broadcasting. so untuk minor tia pilih subject PR and Interpersonal untuk belajar sedikit knowledge yang basic dalam bidang ni. ramai cakap subject PR susah tapi kalau kita dah set mind nak belajar and tak susah tak jadi masalah kot. kan? ;) *sedapkan hati sendiri*

Ada lagi subject yang boleh dipilih as minor macam subject Advertising, Journalism, Publishing, Instructional and Communication Management. Masa semester 1 tia dah pun ambil Communication Management. Teringin jugak sebenarnya nak ambil subject Advertising tapi mengenangkan diri ini tak terlalu kreatif jadi takpelahhh... -__-

Dalam masa almost sebulan ni, tia paling suka subject Interpersonal and Effective Speaking. Maybe sebab dapat lecturer yang best and sempoi kot? Hewhewhew :) Kadang kadang bila kita suka lecturer yang ajar kita tu, minat kita nak belajar lagi mendalam kan? ye dok? 

tia, lecturer tia (mama) and kawan kawan tia (khalid, nani, min, qila, nadia)
outdoor asgment dekat KLCC untuk subject Effective Speaking.
Thanks Mama! :)

Okay. Tu je untuk pengenalan semester 2 - broadcasting. nanti kalau ada assignment yang best tia akan post dekat blog! and memang dah ada yang besttt pon macam asgment untuk Effective Speaking ni, so tak sabar nak update! tapi.. nantilah! :)) Aherherher.






Sunday, September 16, 2012

Dari Politeknik Ke Universiti

hai guys! raya dah habis. tahniah kepada sesiapa yang sempat berpuasa enam. yang lain jangan lupa ganti puasa okay? jangan tunggu raya tahun depan baru nak ganti puasa! #notetoself. kehkehkeh. 

okay now tia nak cerita sikit masa tia belajar dekat politeknik and bila masuk universiti sekarang. sikit je okay! lagipun baru part 2. tak banyak nak cerita :)

dulu time diploma dekat politeknik, student tak perlu guna student portal untuk register course. semua student daftar course dengan PA (Penasihat Akademik) masing masing. kira macam guru kelas lah. tapi bila dekat UiTM ni kena log in student portal for registration. and part yang tak best is nak kena berebut course elective and kokurikulum. kira siapa cepat dia dapatlah ni. yes. tia kena ambil kokurikulum untuk part 2. HAHAHA! demmit! demmit! T____T

masa konvo dekat Politeknik Sultan Idris Shah.
Diploma Sains Kesetiausahaan.
keji perangai kaburkan muka orang lain kat belakang tuh. HAHAHAHA! -_- 

okay sambung balik.. masa part 1 tia dapat transfer kredit so tia tak perlu berkawad redah panas sebab masa diploma tia dah ambil course Polibriged. but then part 2 dah tak dapat transfer kredit. dont know why. blerghh! tu je lah pon  course yang dapat transfer kredit. yang lain kena study balik macam biasa. including tamadun islam. 

sepatutnya untuk kokurikulum tia dah register Drama which is hari khamis pukul 5.30pm - 7.30pm. then tiba tiba timetable clash dengan subject elective yang tia kena pilih which is Public Relation pukul 6:10pm - 9:00pm. then terpaksa drop Drama. tiba tiba class elective ni tukar on Monday. @#$##$$$!!! bila nak register Drama balik, dah full! hampeh gila kot? terpaksalah pilih club lain. nak register kokurikulum and class elective kena berebut okay yuols? nasiblah masa tia bukak student portal tu still tak ramai yang register course elective yang tia nak. kalau tak mahunya stress kena belajar subject yang kita terpaksa ambil tahu? 

oklah. tu je kot setakat ni. kalau ada lagi nanti tia cerita. kehkehkeh. 

:) 

so moral of the story, jangan cepat percaya timetable ni. diorang boleh berubah rubah. ehh? macam tak best je moral dia. takpelah. tu je pon nak cerita. 

okbai! 


p/s : kepada nabila azman yang tanya something kat tia haritu, maaf tia dah cuba untuk respond guna email tapi email tu macam tak wujud. please gimme your email again if u need my help :))




Monday, September 10, 2012

Semua Perempuan Macam Ni Ke?

Hai semorang! :)
 
My cuti semester dah habis. Minggu ni dah start class! YAY! haha. I am so happy but ada lah jugak rasa malas malas nak bangun pagi tuh tapi best lah dari tak buat apa ye dok? Kalau tak asyik duduk terperap dekat rumah besarkan badan je hah -_-
 
So semalam dekat twitter, tia terbaca satu quote dari account twitter ustaz don daniyal. im not sure this is his real account or not, but nevermind lah. okay je pon tweet tweet dia :)
 
and this one... so damn true!
 


tak tau lah kalau semua perempuan macam ni. tapi tia memang perangai serupa gini hah. pantang marah or merajuk sikit macam macam perkataan keluar. semua benda kalau boleh tia nak ungkit. tapi kadang kadang lah -.-"
 
kalau dah geram sangat sampai cakap i hate you, u know? aherherher *gelak tak ikhlas* tapi takdelah sampai mencarut karut bagai. NO! NO! and kalau nak power sikit atau nak cepat dipujuk mintak break up je terus. aherherher *gelak tak ikhlas lagi* buruk perangai kan? but SERIOUSLY, apa semua yang tia cakap or mintak break up bagai tu semua tak berniat, just nak PERHATIAN.  sekian.
 
HAHAHAHA! kena kurangkan perangai macam ni. kang selalu mintak break up last last betul kena tinggal siapa nak jawab? siapa yang merana? akuuuu jugak! aherherherher *gelak sambil lap air mata*
 
korang macam ni ke tak? or is it just me? tak mungkinlah tia sorang je. kalau tak, tak keluar quote kat atas tu hah!
 

okbai!


:P

Friday, September 7, 2012

Tuah Manusia Siapa Yang Tahu..

Hai semua :) 

Pernah tak member korang or sesiapa cakap 'Untunglah jadi kau' takpun 'Bertuah jadi kau' atau 'Bestnya jadi kauu!' Pernah?

Me? Yes. Tapi orang yang cakap macam ni sebenarnya tak tahu yang kadang kadang bertuah mana pon kita ni ada jugak masa susahnya. Bukan semua benda senang. Ye dok? and trust me, orang yang kau cakap dia bertuah dengan kehidupan dia tu pon belum tentu dia rasa dia tu bertuah. Mungkin dia pon ada jugak terfikir nak jadi macam orang lain yang lagi bertuah. Kan? Manusia mana pernah rasa cukup dengan nikmat yang diberi? Aherherher.

Okay. Ni random ..

Mungkin kau dilahirkan dalam family yang sederhana and kau jeles tengok orang yang lebih senang dari kau. Mintak apa semua dapat. Tapi kena fikir jugak.. mungkin family dia tak bahagia walau senang macam mana pun. Mungkin hutang keliling pinggang. Mungkin family kau lagi bahagia. Walaupun tak berduit tapi makan pakai masih cukup tanpa perlu berhutang Mungkin? Kemungkinan itu ada :) 

Contoh seperti diatas. wkwkwkwk!

Mungkin kau setakat SPM tapi member kau dah degree. Chill lah? Sekarang ni pengalaman kadang kadang lagi berharga dari segulung ijazah tahu? Mungkin dalam masa member kau dok sibuk belajar kau dah dapat bermacam macam pengalaman masa kerja. Mungkin suatu hari nanti kau cari kerja guna pengalaman yang ada pon boleh dapat gaji macam orang yang ada degree. Who knows right? :) 

Tuah dan rezeki ni kita tak tahu. Bila bila boleh datang. Semua orang bertuah dilahirkan dekat dunia ni. Kita sendiri yang akan tentukan macam mana nasib kita suatu hari nanti. So corakkanlah perjalanan hidup sementara masih boleh. 

Tapi kalau dengki dengan rezeki orang lepas tu tutup periuk nasi orang, kita sabar je lah. Biar Tuhan balas semua tu. Kalau Tuhan bayar cash bolehlah kita gelak masa dia jatuh terguling guling sebab tutup periuk nasi orang. Hewhewhew. Berdoa je lah orang macam ni terima nasib yang setimpal dengan perbuatan dia! :) What goes around comes around! 


 
Okbai! 


notatakpuashati : aku pon tak putus putus berdoa semoga orang yang pernah pijak aku yang tak bersalah ni masa kerja dulu akan dipijak balik dan terima nasib yang setimpal dgn apa yg dia buat. hurmm.. 







Tuesday, September 4, 2012

Indahnya Mimpi Yang Sementara

Assalammualaikum semorang! :) 

Hows raya treating yuols? dah timbang berat anda? hewhewhew. tia tak pergi lagi mana mana open house. takut termakan banyak tak tercontrol nanti makin bertambah berat badan yang dah pon memberatkan ini. tskk! i really need to lose some weight. tapi tak disiplin kan? haruslah tak turun turun! 

Okay. Stop dulu pasal raya :) 

So..im at the age where a lot of my friends are getting engaged and married. And this is so not cool ya know! Bila balik kampung or ada orang datang rumah mesti ada je soalan yang tak best hinggap kat telinga. Bila nak itu bila nak ini. Sabar sabar. Bila jodoh dah datang nanti, adalah :) nasiblah alasan still study tu ada! winkk!

Then last night i dreamt that im married to someone. bestnyaa feeling tuh! Rasa excited betul. Tapi biasalah mimpi kan? muka orang mesti kita tak nampak...but however, so sweetlah my dream! :) 

indahnyaa! indahnyaaa!
Picture from Google. 

And..... waking up was pretty much bullshit -____- mimpi tak habis lagi woi! kenapa terjaga? 


Kalaulah mimpi boleh ada balik bila kita sambung tidur kan best... 

:( 

nasib tak keluar muka pengantin lelaki tu, kalau keluar muka bf, tak pepasal pagi esok jugak aku minta break sebab orang cakap mimpi tu kan terbalik? so kena cari lainlah! HAHAHAHA! 


JOKE! :D




Saturday, September 1, 2012

Jangan Lakukan! - Dalam Panggung Wayang

Hye uolss! >.<

Macam macam benda yang selalu jadi bila tengok wayang. Walaupun orang tau benda tu akan menganggu orang lain but who cares? hek lu who cares. who cares. hormat lah orang lain jugak please? :)

Handphone - First thing orang selalu buat bila masuk wayang is capai handphone and turn it to silent mode kan? Kalau takut tak perasan ada emergency call ke apa set lah vibrate mode and letak berdekatan dengan korang so that bila orang call dengan korang korang sekali bergegar. baru perasan ada orang call gituu! :) Lepastu kalau nak pick up, cakap tu slow slow je lah. Tak payah bagi satu hall dengar. 

Akulah Director Type - Ada yang bila tengah tengok movie this so called dah-tengok-tapi-nak-tengok-lagi punya orang ni asyik bercerita je. Dah tengok tu senyap je lah. Tak payah nak bagi tahu what's going to happen next. spoil orang punya mood -_- kalau macam tu baik aku dengar kau cerita je, tak payah beli tiket wayang ye dak? 


Orang tengok movie nak rilex rilex. Bukan tension :)
Picture from Google

Baby - Ada jugak yang suka bawak baby pergi tengok wayang. siap bawak susu bagai untuk baby. Lepastu pergi berdiri dekat bawah screen dodoikan baby sambil tengok movie. amboi! tapi baby kan? kalau dah start menangis tak henti mesti ganggu orang. balik beli dvd layan satu family dekat rumah kan lagi senang. problem solved! good parenting! 

Masuk Lambat - Ada yang jenis masuk lambat. Lepas dah masuk gelap gelap tuh baru nak tengok tiket seat dekat mana. Pastu sibuk nak nyalakan lampu handphone sebab nak baca tiket tu. Hadoi. Tengok lah sesiap seat kat mana sebelum masuk wayang masa lampu tengah terang benderang tuh hah. *facepalm*

Tendang - Tendang ni tak tahulah kenapa boleh terjadi. Time tengah kusyuk layan movie mesti ada je rasa orang tendang seat. Maybe orang belakang tu nak tukar position duduk dia so dia tertendang? I guess. Or dia buat benda lain? hmmm.. Lupa pulak nak toleh belakang! 

Picture from Google


Anddd banyak lagiii! Semua kat atas ni bagi tia dah normal sangat dah. Tapi semalam baru terjadi 1 lagi benda yang tak pernah terjadi...

Bau - Bukan bau badan. Bukan bau kentut. Tapi ni bau kaki yang kau dah berjalan 1 hari tiba tiba masuk wayang kau bukak kasut andd pergghhh bauuuu! -___- kebetulan tia duduk sebelah dia. and dia pon senang lenangnya duduk silang kaki then letak kaki dekat atas peha dia. lagi lah makin kuat bau! tak tahan sangat tia mengadu dekat bf then bf tia toleh banyak kali dekat dia and sumpah seranah bau kaki dia tuh. hewhewhew. then rasanya dia dengar kot, dalam 10 minit bila cerita pon dah nak start dia sarungkan balik kasut dia. Alhamdulillah! Selamat hidungkuuu! Aman nak tengok movie. YAY! 



korang ada situasi yang lagi teruk pernah terjadi kat korang? 




Related Posts with Thumbnails