Friday, September 7, 2012

Tuah Manusia Siapa Yang Tahu..

Hai semua :) 

Pernah tak member korang or sesiapa cakap 'Untunglah jadi kau' takpun 'Bertuah jadi kau' atau 'Bestnya jadi kauu!' Pernah?

Me? Yes. Tapi orang yang cakap macam ni sebenarnya tak tahu yang kadang kadang bertuah mana pon kita ni ada jugak masa susahnya. Bukan semua benda senang. Ye dok? and trust me, orang yang kau cakap dia bertuah dengan kehidupan dia tu pon belum tentu dia rasa dia tu bertuah. Mungkin dia pon ada jugak terfikir nak jadi macam orang lain yang lagi bertuah. Kan? Manusia mana pernah rasa cukup dengan nikmat yang diberi? Aherherher.

Okay. Ni random ..

Mungkin kau dilahirkan dalam family yang sederhana and kau jeles tengok orang yang lebih senang dari kau. Mintak apa semua dapat. Tapi kena fikir jugak.. mungkin family dia tak bahagia walau senang macam mana pun. Mungkin hutang keliling pinggang. Mungkin family kau lagi bahagia. Walaupun tak berduit tapi makan pakai masih cukup tanpa perlu berhutang Mungkin? Kemungkinan itu ada :) 

Contoh seperti diatas. wkwkwkwk!

Mungkin kau setakat SPM tapi member kau dah degree. Chill lah? Sekarang ni pengalaman kadang kadang lagi berharga dari segulung ijazah tahu? Mungkin dalam masa member kau dok sibuk belajar kau dah dapat bermacam macam pengalaman masa kerja. Mungkin suatu hari nanti kau cari kerja guna pengalaman yang ada pon boleh dapat gaji macam orang yang ada degree. Who knows right? :) 

Tuah dan rezeki ni kita tak tahu. Bila bila boleh datang. Semua orang bertuah dilahirkan dekat dunia ni. Kita sendiri yang akan tentukan macam mana nasib kita suatu hari nanti. So corakkanlah perjalanan hidup sementara masih boleh. 

Tapi kalau dengki dengan rezeki orang lepas tu tutup periuk nasi orang, kita sabar je lah. Biar Tuhan balas semua tu. Kalau Tuhan bayar cash bolehlah kita gelak masa dia jatuh terguling guling sebab tutup periuk nasi orang. Hewhewhew. Berdoa je lah orang macam ni terima nasib yang setimpal dengan perbuatan dia! :) What goes around comes around! 


 
Okbai! 


notatakpuashati : aku pon tak putus putus berdoa semoga orang yang pernah pijak aku yang tak bersalah ni masa kerja dulu akan dipijak balik dan terima nasib yang setimpal dgn apa yg dia buat. hurmm.. 







5 lovebite:

.::: Princess MOMOY :::. said...

betul pengalaman tu lagi berharga tau
setuju sangat

syAzAnA said...

Syaz lebih suka Allah balas perbuatan dia daripada syaz balas. Kang kalau balas, kita pun sama macam orang tu.

Yasmin Aris said...

SETUJU ! :)
so kite kena laa bersyukur dgn ape yg kite ade n jgn putus utk brdoa & berusaha . InsyaAllah ! :D

Mr feckry said...

goood teacher is from an experience

ainraus said...

its just si true babe. :)

Related Posts with Thumbnails