Thursday, February 16, 2012

perkara paling mudah tapi jadi payah. KAN?

pernah tak pergi McD kena beratur panjang? then sampai turn orang depan korang bila pekerja McD tu tanya nak makan apa dia baru terkial kial nak tengok menu nak tanya member makan apa nak call orang yang suruh pesan nak makan apa sebab lupa apa yang dipesan.. 

dah beratur panjang tu takkan time tu tak boleh nak fikir lagi nak makan apa? tak kan nak tunggu turn kau baru nak fikir? -_____- 




pernah tak kau tengah bawak kereta then nampak ada 1 kereta laju menonong potong kau then bila sampai dekat tol dia tengah beratur panjang nak bayar dekat lorong tunai? nak cepat sangat apesal tak guna touchNgo je kan? lepas tu bila sampai turn dia nak bayar baru terkial kial nak keluarkan purse nak cari duit kertas nak kira duit syiling bagai? 

durh! tadi mcm nak cepat sangat then tak boleh ke siap siap keluarkan dulu duit berapa yang nak kena bayar time dekat tol masa tengah beratur panjang tadi tu? 
-_____- 

pernah tak kau nak pergi ATM Machine sebab nak bank in duit dekat cash deposit machine tu then ada orang depan korang baru nak call tanya member dia “weh berapa no akaun kau?” tak pon baru terkial kial nak cari kertas yang ada nombor akaun dekat dalam purse poket kanan poket kiri poket baju bagai? 

nasib kau call sekali member kau terus angkat. kalau dia tak angkat angkat fon tu berapa lama kau nak aku tunggu kat belakang ni? -_____- 




pernah tak masa nak bayar untuk isi minyak dekat petrol pam orang depan kau nak bayar then bila tanya pam berapa baru nak terhegeh hegeh tengok nombor pam dia berapa? 

dah keluar kereta sebelum pergi bayar tu tak boleh ke tengok dulu? -_____- 

apa apa pun kalau korang jadi orang belakang apa yang mampu buat just bersabar je lahhh banyak banyak and fikir cepat cepat jangan susahkan orang belakang korang pulak okay?


peace! :D 

8 lovebite:

Liza said...

yg kat mcd tu pernah.dh lah lama tggu.

Judiene said...

Seriously, semua kejadian yang you ceritakan ni pernah berlaku kat I. I mean, memang rasa WTF la time tu kan. Hahahaha.

nabilah_2908 said...

selalu je terjadi perkara begini...

apa yg boleh kita buat...tarik nafas dalam2 sabar...... ;)

[k]o{q}i[n] said...

jgn tanye la nape kena maki time tu ngn org belakang... :p

kaizen said...

lempang jer org cmtu

Mr feckry said...

tu semua di namakan tebiat manusia

cik helena said...

yang part kereta tu selaluuuuu sangat nampak!lagi kelaka dok sibuk bawak laju potong kte..pastu kat depan jumpe balik kete tu kat traffic light!hahahaa

ade kene mengene ke??teehee

Muammar said...

hihi..sgt common...slalu wat camtu gak kat mcd...haha~

Related Posts with Thumbnails