Showing posts with label cinta tak kenal usia. Show all posts
Showing posts with label cinta tak kenal usia. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

PUISI: Rasa Yang Sama Sama Rasa




aku tak reti buat puisi yang manis manis
juga tak reti buat puisi yang best best
aku buat puisi untuk aku confess
yang aku telah rasa sesuatu yang tak mampu aku tepis
rasa sayang yang semua orang pernah rasa
rasa cinta yang berbunga bunga
rasa rasa bila bersama dengan dia
rasa ingin beritahu satu dunia

mohon..
mohon dialah satu satunya
kerana dia buat aku kenal cinta itu buta
yang buat aku rasa umur itu hanya sekadar usia
yang mungkin akan buat dunia aku bahagia
bermula dengan sekadar suka suka tanpa rasa apa
hanya rasa ingin berkenalan sahaja
tak sangka timbul rasa sayang dan cinta
dan sekarang rasa tak ingin hilang apa yang telah dibina

tolong percaya aku kali ini.
percaya ini semua dari hati.
tolong?






Sunday, October 31, 2010

Kekasih Tua VS Kekasih Muda


kebanyakan couple mesti lelaki lagi tua daripada perempuan kan kan kann? tak kiralah tua 3 tahun ke, 4 tahun ke 10 tahun ke ataupon 20 tahun lagi tua daripada si awek. time neh dalam otak tia terbayang siti nurhaliza dengan datok k yang bermisai tebal tuh.auuuuwww~

tapi ada jugak couple yang perempuan lagi berusia (agak tak manis cakap tua, hehe) daripada lelaki kann? contoh dalam kepala otak tia ada rita rudaini dengan laki gagah dia tuh and bekas isteri akhil hay dengan laki dia yang mukabudaksangatkonianakikankeapa tuh. kihkih!

kalau tia diberi pilihan, confem ah tia nak yang sebaya atau pon lagi tua dari tia. tapi … errrr .. hmmm… dulu tia penah rapat dengan satu brader ni. time tuh umor tia 18 and brader tu plak 23. hubungan ‘rapat’ kitorang tuh sangat tak lama sebab tia tak boleh nak berpikir cara orang seumur tahap dia berpikir. and dia pulak tak boleh nak layan sifat childish tia yang tak matured lagi tuh. sigh~ nak mintak dimanja pon tak dilayan. takde perasaan brader neh gamaknya. so, tak boleh nak get along. arghhh! reject!

tapi kalau sebaya pon kadang kadang susah gak. kita merajok, dia pon sebok nak merajok. and sama sama tak matured untuk berfikir secara waras. sebab masing masing darah tengah panas kot. kadang kadang tak best jugak kann? Kalau gadoh da jadi macam budak budak. nak cari jalan penyelesaian tuh agak susa sebab masing masing ego. tak brader brader betul kalau dapat bf camni, tak gitu? Kalau yang brader yang lagi matured mesti dia mengalah and pujok awek dia laju laju… err .. kann?

tapi kalau dah sayang, dah jodoh yang ditentukan-Nya, nak cakap apa kann? Baik buruk ke tua muda ke hitam manis putih gebu ke.. jodoh kau jugakk.. TAK GITU ?



KALAU KORANG? CEMANE ? MUDA KE TUA ?

Related Posts with Thumbnails