Thursday, May 30, 2013

Cameron Highland, Kami Datang!

Holla Everybody! :)

Tia tengah cuti seminggu now ni. Heavennyaaa rasa! Kalau tak, mesti busy dengan assignment yang sangat sangat banyak. Semester 3 kali ni agak mencabar jugak dari semester yang lepas. Hewhewhew. So, untuk lepaskan stress yang dah berminggu minggu, tia pon plan lah untuk ke Cameron Highland. Nasib kawan-kawan semua okay and on je. Kalau tak meroyan duduk rumah je. Tskk! 

Perjalanan dari KL ke Cameron Highland took us about 3 hours. Yang buat penatnya nak ke Cameron ni sebab jalan dia yang bengkang bengkok. Yang lain semua okay. Haaaa lagi 1 seingat tia dulu pergi Cameron sejuk, now ni dah kurang. Mungkin sebab pembangunan kat sana or cuaca kat Malaysia yang memang dah makin panas? -_- 


Me with Ayu (cousin) and Nurul (BFF) :) 

Sampai je Cameron, kitorang terus ke Hotel Rainbow untuk check-in dulu. Macam biasalah kitorang akan pilih hotel budget je sebab nak bercuti pon 2 hari tak berbaloi pulak nak ambil hotel mahal. Lagipun sesuailah dengan kitorang yang study and baru kerja ni. Hihihihiihi. Hotel Rainbow ni 1 malam RM180. Tapi walaupun hotel budget, bilik dia selesaaaaa :) Cumanya bising sikit sebab hotel betul betul tengah town Brinchang. 


Gambar pertama : Hotel Rainbow yang tengah bangunan warna putih.
Gambar ke 2 & 3 : Keadaan dalam bilik.
Gambar ke 4 : Hotel budget but got bathtub also. Hewhewhew.

Maaf gambar dalam bilik agak berselerak sebab dah nak balik baru teringat nak ambil gambor. Tskk! 

Then, after check-in and rest sekejap dalam bilik, kitorang terus pergi cari kedai makan. Boleh tahan banyak jugak kedai makan kat sini. Pilih aje nak makan kedai mamak or masakan melayu. Semuaaa ada. Anddddd.. dekat Brinchang ni ada pasar malam jugak setiap hari kalau cuti sekolah. So lepas makan kitorang terus pergi pasar malam walaupun baru pukul 5 lebih. 


Pasar Malam Brinchang. 

Nasib baik jugak ada pasar malam ni haa sebab harga barang dekat pasar malam agak murah berbanding dengan kedai kedai yang ada. Tapi kena pandai tawar menawar jugak sebenarnya. Kalau tak, nasiblahh beli barang mahal. Malamnya, kitorang pergi pulak try makan dekat kedai masakan melayu. Tapi, kat sini takdelah pulak nak tangkap gambar. Masakan melayu ni pon kat KL ada jugak ye dok? HIHIHI. 

Esoknya, lepas check out kitorang bergerak ke Big Red Strawberry Farm. Mulanya ingat nak pergi Cactus Valley and Strawberry Park tapi cancel disebabkan semuaaanyaaa ada dekat Big Red Strawberry Farm ni. Senanggg. Parking 1 tempat and jalan je kat dalam ni. 


U can pick your own strawberriessss. 

Ada sayur-sayurann. Fresh gilaaaa rasa nak ambil salad terus cicah cili sos kat situ jugakk! 

Ada kaktus segala jenis dekat sini dari yang besarrrr sampailah kecik. 

And of course, ada segala jenis bunga jugak. Cantiknyaaaaaa! :) 

Lepas dah penat berjalan dalam ni, kitorang terus pergi foodcourt dia sebab terliurrr tengok menu dia. Semua makanan berasaskan strawberry. MMMMMmmmmmdappppp! Meh tengok apa adaaaa.. 




Strawberry Waffle 

Strawberry cheesecake 



Strawberry Fondue. 

Strawberry kat sini semua fresh and besarrrr! Terbaik! 


Sooooo tempting! 


Ni antara yang kitorang makan and banyak lagi sebenarnya menu menu dekat foodcourt ni... 


Semangat tia google nak tunjuk korang menu dia yang lain. Ada strawberry sundae, strawberry pie, yogurt strawberry and banyakkkk lagi. Thank you google! :) 

Lepas dah puas makan strawberry, kitorang singgah Tanah Rata untuk lunch. Then singgah pulak dekat Cameron Highland Tea House ( Bharat Plantations) untuk minum teh strawberry sambil layan pemandangan cantikkk dan indahhh di ladang teh. Hihihi. 


Tea timeeeee! :) 

Thanks korang sudiiii ikut! :) 

Kali ni takdelah percutian budget sangat sebab masing masing beli barang sampai tak muat bonet kereta. Lagi lagi bila shopping dekat pasar malam tuh. Sebelum balik, kitorang singgah lagi dekat Tanjung Malim untuk pekena pau sedapppp. Takde pulak gambarr sebab dah kepenatan dan kekenyangan tapi still sumbattt jugak sebab nak rasaa pau and mee kari. Hewhewhew.


Okbaiiii! Still planning lagi untuk holidayyy in Malaysiaaaa! :D 



THANK YOU SO MUCHHH DEAR YOUUU! :) 

4 lovebite:

lavenderlover said...

waaa.. lama x pi cameron.. so many strawberries.. love them so much!!
=)

mr. secretary said...

alah, singgah tanjong malim takmo bagi tau.. klu tak, leh jumpa kat pau yikmoon tu. uhuhuhu

careno said...

Btul ker Rainbow hotel ni tak sediakan parking...

tiafazunia said...

@careno kat situ dia open space. Boleh parking memana :)

Related Posts with Thumbnails