Friday, January 25, 2013

Day 3 - Budget Trip Pulau Pangkor

Hohoho! Dah hari terakhir kat Pangkor!

Memandangkan nak kena check out pukul 12 tengah hari so gigih lah set alarm pukul 9 pagi. Siap siap dan terus check out agak awal dalam pukul 11 pagi. Lepas tu terus suruh receptionist call van untuk datang ambil kitorang dekat chalet. 

Byeee Nipah Bay Villa. I am looking forward to see you again! 

Byeeee Pangkor!


Nasib kitorang agak baik sebab 2 hari sebelum cuaca sangat baik tapi hari last kat sini, masa check out hari dah mendung. Naik je van untuk ke jeti, hujan dah mula turun rintik rintik. Syukur! Kalau hujan semalam tak dapat snorkeling! Hewhewhew. So untuk perjalanan balik naik van pink dikenakan bayaran sebanyak RM15. 

Haaaaa! Masa datang haritu jangan lupa simpan tiket feri baik baik dan di tempat yang selamat sebab tiket tu adalah tiket pergi balik. Bukan sehala okay? :) 


Tiket feri! Jangan lupa simpan! 

Baru best dapat feri yang macam ni! Boleh tengok pemandangannnn dgn clear sekali! 

Thanks korang teman holiday kat sini lepas tension dengan paper exam yang last sekali! -_- 

Eh eh? Makan? Haaaa. Kitorang kan terus gerak pergi jeti je dan terus naik feri. Sampai je dekat jeti Lumut, pergi dekat kereta letak barang dan segala beg yang berat baru pergi makan. Laparrrrr tak payah cakap lah dah tengah hari. Perut pulak mintak nasi campur. Tak pandang dah western ke apa! Hohoho! Lepas dah makan barulah pergi beli sotong kering, sate ikan dan sebagainya dekat jeti Lumut tuh. Masa dekat jeti Pangkor pon ada tapi kitorang nak lari dari hujan so beli barang kat sini pon okay! :) 


Banyak kedai makan dekat jeti Lumut ni so pilihhhh je mana berkenan! 

Untuk perjalanan balik, tambah lagi RM30 untuk duit minyak dan bayar duit parking RM13.50. Ingat mahal sebab tinggal lama tapi bila nak bayar terkojut dennn! Murahh jo hah. Takdelah mahal mana. Tempat pon boleh tahan selamat untuk tinggalkan kereta. 

So, itu je lah untuk holiday cuti semester kali ini dengan kawan kawan. Duit poket pon dah kering. So time to diet memandangkan badan pon dah naik tak hengat! Makin chubbyy! TIDAKKKK! TSK! 


Perbelanjaan hari terakhir : 
Duit collect : RM115 - RM15 (van dari chalet ke jeti) - RM13.50 (parking) = RM86.50

Duit sendiri : RM85.30 - RM5.70 (lunch di jeti Lumut) = RM79.60 


Datang Pangkor ni pandai pandailah cari tempat makan sedap and murah and kena pandai tawar menawar! Kalau tak confirm agak mahal! :) Kalau datang memang untuk buat aktiviti air rasanya chalet chalet yang biasa pon dah okay. Tak payah cari yang mahal sangat. Ni pon dah berbaloi baloi!




Byeee Pangkor! :D 





0 lovebite:

Related Posts with Thumbnails