Thursday, January 24, 2013

Day 2 - Budget Trip Pulau Pangkor

Okay now tia sambung untuk hari kedua di Pulau Pangkor. Heyho lets go! >.<

Since kitorang tidur agak lewat semalamnya and tahu kalau bangun pagi pun susah nak cari breakfast disebabkan banyak kedai tak bukak, so kitorang bangun agak lambat dalam pukul 11am. Aherherher. 

Kitorang bersiap dalam pukul 12:30pm dan terus keluar nak cari souvenir, cari makan and plan nak buat aktiviti apa. Semalam dah cakap dekat pak cik van pink nak round Pulau Pangkor naik van dengan bayaran RM50 (ni harga tawar menawar kalau tak RM70 harga biasa), tapi kitorang still rasa macam nak tak nak lagi. 

So, keluar je dari chalet, pergi dekat area pantai memang takde kedai makan yang bukak melainkan kedai semalam yang agak so-so je tuh. So kitorang shopping lah dulu souvenir untuk kawan kawan dan family. 

sebelum makan beli souvenir dulu :)

Lepas tu, sebelum nak pergi makan dekat cafe di chalet Nipah Bay Villa ada seorang pakcik tegur dan ajak kami pergi round pulau naik bot dan snorkeling dengan harga RM150. Terkejut jugak dengan harga yang agak tak sesuai dengan budget kitorang so kitorang decide later and pergi makan dulu. Lapaq baq hang! 


Cafe Nipah Bay Villa

Mine - Ice Lemon Tea RM3 & Nasi Putih + Ayam masak oyster sauce RM 12.70

Time makan ni pakcik tadi datang lagi lepak dengan kitorang. Bercerita macam macam lepas tu dia cakap RM150 tu dia akan bawak jalan jalan pulau, snorkeling, siap dia ajar dan teman tak kisah suka hati nak berapa jam. Kitorang pon apa lagi, terus OKAY PAK NON! kitorang bersiap ambil duit segala bagai lepas makan terus pergi kedai Pak Non ambil life jacket and goggle dannn berlari masuk bot! yayyy! 

Haaa, kalau korang nak tau, biasanya Pak Non atau peniaga watersport yang lain akan kenakan bayaran yang lagi mahal untuk semua perkhidmatan tadi dalam RM200++,  untuk snorkeling anda akan ditinggalkan sendiri bersama rakan rakan sama ada reti ke tak berenang dan perjalanan hanya 2 jam SAHAJA. 

So kitorang ni agak bertuah datang weekdays takde orang jadi mereka layankan aje karenah kitorang selama 4 JAM dari pukul 2:30pm sampai 6:30pm siap terjerit jerit tak reti berenang. Tapi akhirnya Tia berjaya jugak snorkeling walau takut and fobia sangat dengan air. Hewhewhew! 

Get ready girlsssss! :D 

Masing masing muka excited! first time holiday bersamaaa! 

Dekat pulau ni ada batu berbentuk kaki orang! Pergh! 

Pulau Kepala Buaya! Nampak tak mata dia? Dia tengah tidur! Syyyyuuhhhhhh! 

Pulau Kepala Ular. Ular ni pon tengah tidur tuh. Syyuhhhh! 

Pulau Kepala Ikan Paus 

Private Island yang dulu dikenali sebagai Pan Pacific. Sampai ke sini kami dibawa berjalan!

Siap diberi peluang untuk bawak bot lagi setiap sorang! Thanks Pak Non! :)

Bagi ikan ikan makan sebelum snorkeling! 

Snorkeling Timeeeeee! 

Haaaa. Pak Non ada pesan kat kitorang kalau nak snorkeling PASTIKAN time air pasang. Bukan air surut sebab kalau air surut nanti senang cedera kena terumbu karang dan sebagainya. Tapi kitorang ni time air pasang pon luka jugak kaki sebab cuai -_- Nak tengok terumbu karang kena snorkeling jauh sikit and dekat air dalam. Time ni memang pegang tangan abang mat tak lepas lepas. Takut and fobia dengan air. Sampailah bila nampak ikan besar besar and terasa dalam terus panik menjerit mintak patah balik. Gila tak lawakk! Tsk!


Abang Mat pergi dasar laut ambil Landak Laut sebab kitorang eager sangat nak tengok! 

Lepas dah puas snorkeling tengok terumbu karang, Pak Non bawak kitorang pergi Coral Island. Kat sini boleh buat gathering and BBQ. Best pulau ni! Air sangatlah jernih tapi masa snorkeling kat sini bila tempat dalam sikit banyak pulak timun laut (sea cucumber) so patah balik. Aherherher. Timun laut ni kalau nampak 1 je tak geli sangat tapi bila nampak perkampungan dia jadi geli pulak -___-

Nurul, Abang Mat and Fazli pulak kemain suka campak campak benda alah ni. Dah lah agak lucah. Bila tekan ada pulak liquid putih pekat keluar. Pergh! Lagilah lucah! *tutup mata*

Ni hah timun laut. Kalau tengok and pegang 1 je okay lah lagi tapi bila nampak banyak banyak masa snorkeling terus menggelabah and patah balik sebab automatik jadi geli -_-
Gambar kredit to Google. Cam mana nak tangkap gambar menatang ni dalam air!

Coral Island! Indahnyaaaaaa! 

Kami bersama our beach boys yang sudi tolong and ajar snorkeling - Abang Mat (baju kelabu) and Fazli (baju merah)
Thanksss korang! :) 

Gambar bawah belah kanan : Gerai makan di Coral Island. 

Beronok ronok di Coral Island. Thanks Pak Non pegangkan camera and tangkap gambar kitorang tanpa jemu.
hihi! 

Kat sini kami mandi and snorkeling sampaiii puas! Kulit hitam pon tak kisah asalkan dapat mandi. Hikhik! Lepas tu tup tup lah camera habis bateri. Charger pulak tak bawak. Tskkk! So sampai balik kat Teluk Nipah dalam 6:30pm. Rilex kejap tepi pantai sambil makan jagung bakar baru balik chalet siap siap untuk dinner. 

Yang menjimatkan duit bila abang mat offer untuk bawak kami pergi dinner dekat Pasir Bogak disebabkan dekat Teluk Nipah banyak kedai tak bukak. Disebabkan camera pon takde so tak boleh nak tangkap gambar seafood yang kitorang makan. Nasi putih + ikan siakap + udang lipan + sotong goreng tepung and masing masing air coke semua sekali RM64.50. 

Lepas makan abang mat dengan baik hatinya bawak kami pusing pusing Pulau Pangkor naik kereta. Kalau naik van pink dah RM70 rugi. Ni dengan abang mat dapat free! Syukur! Dia bawa kitorang pergi tengok ikan naga dekat tempat yang ada replika Tembok Besar Cina, pergi Kota Belanda, tengok Batu Bersurat, kawasan perumahan orang orang Pangkor dan siap dibawa pergi tengok monyet tidur lagi. Hahaha! Walaupun penat petang tadi tak habis lagi tapi tetap enjoyy! Sebelum balik chalet, kitorang lepak makan aiskrim tepi pantai dulu. Hihi! 

Perbelanjaan untuk hari kedua :
Souvenir : RM20 (budget so tak boleh beli banyak sangat)
Lunch (Tia) : RM15.70
Snorkeling : RM50 seorang
Dinner : RM20 seorang

So, baki semalam : RM191 tolak segala perbelanjaan sama dengan RM85.30 (tak termasuk jagung bakar, asikrim, seluar pendek yang dibeli untuk tidur bagai) Hihi!
Duit collect untuk hari ini tidak digunakan.

Hari terakhir di pulau pangkorrr next post okay! Panjang sangat dah! Hewhewhew



notakakitiafazunia : Rasanya kalau pergi tempat macam ni, lagi best buat aktiviti air daripada jalan jalan pergi lawat tempat bersejarah yang tak berapa banyak sangat tu. Ni pendapat tia lah :)









5 lovebite:

cokiedacomot said...

rindu masa zaman blaja , selalu main air , snorkeling .. budak sains akuatik katakan . pangkor cantik ^^

ada mokhtar said...

Wow bestnye snorkeling... Teringinnye....!! :)

Anonymous said...

ada nombor pak non tak? -mira-

Anonymous said...

Ade no.tel pak non x

zarul farhana said...

ada no contact x...

Related Posts with Thumbnails