Wednesday, May 30, 2012

Resepi Rainbow Cake

Hai semorang! :D 

Oklah sebelum tengok resepi moh ler tengok hasilnya dulu. boleh camtu? haha! 

ramai tak percaya tia boleh buat kek ni!
tia pon bila tengok hasil macam tak percaya *lap peluh*
anda percaya? percayalah woi! aku buat pepenat ni! grrrrr!  
Nak buat rainbow kek ni memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. macam kes tia, memerlukan kesabaran yang tahap DOUBLE TRIPLE punya tinggi sebab start buat pukul 8 malam tiba tiba pukul 10 blackout! pukul 11 nasib ada elektrik balik. nasib jugak time tu takde kek dalam oven. nasib nasib...

Tahap kesabaran yang tinggi juga digunakan bila membakar kek ini selapis demi selapis. mula mula try 2 lapis tapi yang lapis bawah tu tak masak habis. terpaksa keluarkan yang atas then kena bakar balik yang bawah dalam 5 minit. so lapisan seterusnya terpaksalah buat satu persatu. Masa blackout tu tinggal selapis je lagi nak siap -_- 

Tahap kesabaran seterusnya apabila dalam pukul 1.20 pagi tetiba blackout! AGAIN! dalam pukul 2 baru ada elektrik balik. so startlah meletakkan krim di sekeliling kek. time ni pon memerlukan kesabaran yang tinggi jugak sebab tia first time buat kek besar cenggini. nak ratakan krim kek bagi rata seratanya dan nampak licin adalah sangat sangat payah. sampaikan ayah pon tension tengok and dia ajar sapu krim kek tu macam sapu simen dekat batu bata. hahaha! thanks ayah! tapi lastly, tak rata sangat pon... meh close up sikit gambar kek.. 

ok. sila jangan gelak. jangan gelaklah! pfttttt! :( 
tapi bila potong nampak cantikkkkk bangat dengan kalerfulnyaa lagi. awwwhhhh~ 


tapi yang spoilnya bila warna merah and oren nampak sama. warna kuning pulak nampak macam warna oren. sigh~ but itsokey. nama pon FIRST TRY kan? jadi lettew! hikhik! 
 
 
Raibow Cake
1 cup unsalted butter (suhu bilik)
2 1/3 cup gula
5  biji telur saiz besar (putih sahaja bersuhu bilik)
2 sudu kecil perasa vanilla
3 cup tepung serbaguna (all-purpose flour)
4 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cup susu bersuhu bilik (tia guna susu segar) 

Pewarna - merah, oren, kuning, hijau, biru and purple
Shortening

1. Panaskan oven 160C.
2. Sediakan Loyang 9 inci yang dilapik dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit shortening. (tia guna Loyang 6 inci, so kek jadi agak tinggi)
3. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
4. Pukul butter dan gula sehingga bertukar warna pucat.
5. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
7. Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga dengan tepung. Kacau sehingga sebati.
8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. *tia bahagikan 3 senduk kecil setiap 6 bahagian ikut cara masing masing nak bahagikan macam mana * :)
9. Bakar dalam oven untuk 25 minit bagi setiap loyang. *ni ikut oven tia*


 Lemony Swiss Meringue Buttercream


5 biji telur saiz besar ( putih sahaja)
1 cup gula
1 cup unsalted butter (suhu bilik)
1 sudu kecil perahan lemon
 

1. Masak telur putih dan gula didalam saucepan di dalam suhu yang sederhana. Pukul sehingga gula larut sepenuhnya.
2. Pindahkan adunan gula dan telur putih tadi ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maximum larutan tadi sehingga suhu adunan bertukar ke suhu bilik.
3. Selepas suhu adunan bertukar ke suhu bilik, perlahankan mixer dengan kelajuan yang sederhana, masukkan butter sedikit demi sedikit. Pukul adunan dengan sebati setiap kali memasukkan butter ke dalam mangkuk mixer.
4. Selepas habis memasukkan butter, dengan kelajuan mixer yang tinggi, pukul adunan sehingga sebati (dalam 5 minit).
5. Masukkan perahan lemon.
6. Pukul sehingga perahan lemon sebati dengan adunan. Siap!
7. Hias mengikut kreativiti.
 
Tia ikut resepi dekat website ni : http://www.marthastewart.com/256688/rainbow-cake . Kat website ni siap ada video lagi so senang untuk tengok macam mana dia buat step by step.



 
Kalau rasa taknak hias guna buttercream, korang boleh je guna frosting lain!
okbai! selamat mencuba! :) 




Tuesday, May 29, 2012

May bulan paling best!

hai semoranggggg! 

eksaited nak update blog tapi malas! *sigh* there is a lot of things to story morry tapi nak menaip tu ya ampunnnnnn malas kemain! dengan banyak assignment, nak study lagi and nak dekat final dah?  homai im dead! okay skip all this pening kepala thingy -_____- 

9 May 2012 berganjaklah umur tia dari 21 ke 22 tahun. muda lagi kan? *kekenyit mata* hahaha! macam macam benda yang terjadi untuk birthday kali ni! the worst things is i've ruined my own surprise birthday party sebab ikutkan sangat perasaan merajuk bagai ni. booo me! :(  

tapi pagi 9 May 2012, my lecturer and classmate celebrate my birthday! yayyy! itupun sebab class photo communication memang selalu dekat rumah lecturer. so no belajar and lets party! hikhik! 

tiup lilin time! peh pehh pehhhh! *tiup gaya johan rajalawak* 

karaoke time! thanks prof yang very the sporting one! hihihi! 

and malam pulak, bila surprise birthday party dah tak jadi, my bff - bob di'suruh' plan ajak semua kawan kawan baik saya untuk celebrate birthday saya! ni semua plan bf tia nak buat tia rasa happy on that night disebabkan surprise dia, tia dah ruin-kan. so jomlah makan steambot kawan kawan dengan hati yang sedih kerana kekasih hati tidak turut serta. walaupun secara luaran nampak happy tapi dalam sangat sedih. but actually memanglah happy dapat kumpul dengan semua bestfriend since highschool on my day! tskk tskk! 

le me and friends :D 

bf ittew tanya ni ke muka sedih tia? wakakaka! luar je happy dalam sedih tahu?
btw, thanks bob sebab jam mintak! bukan jam kasi. hahaha! 

and 10 May 2012, barulah pergi celebrate dengan bf! im so very the eksaited and happy sebab dilayan macam princess sangat! thanks hubby! *hugs* 

so lepas makan kitorang layan Dark Shadow and this is my first time tengok  movie
dekat Platinum Movie Suite, Cathay Cineplex Damansara. agak selesa tapi sejukkkkk!
nasib ada blanket! :D 

total semua sekali termasuk tiket as in the resit dekat atas tu. tiket seorang dah  RM40
then tambah lagi french fries, Chipster, popcorn and softdrink + blanket last minit kena
add RM5 for each.

mula mula blanket tu kitorang tak nak pon sebab masing masing macam cool je cakap boleh tahan sejuk then lastly agaknya sebab ada 3 couple je dalam hall tu so aircond memang sangat kuat sampai terpaksa mintak blanket sorang satu. -_- 

and hadiah yang dapat untuk my birthday tahun ni ....


the latest ipad from hubby! awww~ :') terharuuu! 

blackberry playbook from sister and brother in law. hikhik! 

big thanks to my hubby, bff - bob, jasika, sabrina, fandi, qila, my classmate especially nani yang pergi belikan cake with nurman and irfan and thanks to all yang wish dekat fb, twitter and phone. thanks a lot! me so happy this year! :D 


May pon dah nak berlalu. then Jun! nak kena mengadap final exam. wish me luck guys! :) 




Sunday, May 20, 2012

Masih bernafas..



9 May 2012 J




Thank you God.. for giving me another year of life. 
When i close my eyes and prepare to blow out the candles on my birthday cake,
i wont just be making a wish.
I’ll be taking a moment to appreciate my life 
and all of the wonderful beautiful people and things 
that make it all worthwhile ♥





Related Posts with Thumbnails