Thursday, June 14, 2012

PUISI: Bila Esok Tuhan Tarik Nyawa..


bila esok Tuhan tarik nyawa 
apa kau akan buat ? 
nak menyesal tak sempat 
nak taubat dah terlambat 

silap kalau fikir kau muda masa kau panjang lagi 
silap kalau kau fikir tak sakit tak akan mati 
silap kalau kau fikir tak kiamat lagi apa nak peduli 
bila bila masa nyawa kau boleh pergi 
itu rahsia Dia, rahsia Ilahi.. 


bila esok Tuhan tarik nyawa.. 
sudah sediakah engkau dengan seksaan Dia? 
seksa kerana engkau derhaka kepada kedua ibu bapa 
seksa kerana engkau suka tunjuk kaya 
seksa kerana engkau berpakaian tak tentu hala 
seksa kerana kau bangga dengan segala apa kau ada 
seksa kerana kau lupakan Dia.. 
sudah sedia? 

banyak mana dosa banyak mana pahala? 
kalau ditimbang adakah berat sama rata? 
atau berat lagi dosa? 

mana mahu pergi antara syurga atau neraka? 
kalau teringin jadi ahli syurga 
mengapa di dunia selalu menyeru neraka? 

pintu taubat sentiasa terbuka 
jangan tunggu bila esok.. 
bila esok Tuhan tarik nyawa…. 







p/s : kadang kadang bila tengok orang berubah, teringin nak berubah. one day. InsyaAllah :’)



5 lovebite:

Unknown said...

semoga hidup kita sentisa dirahmati..

Ayu Imani said...

iman da follow awk tau =D

Unknown said...

Amin...niat dah ada..harap kak tia cepat berubah ke arah yang lebih baik..
sy pon nak berubah juga.:)

•NADiERA SUNDARA• said...

salam si cantik manis :D diera singgah sini :D

Mr feckry said...

gua doakan lu cepat hijrah..manusia boleh mati any time.tapi untuk bertaubat its may be they dont have time

Related Posts with Thumbnails