Sunday, July 10, 2011

PUISI: Kau Pilih Siapa Kau

semalam berjumpa dengan hari ini
tapi hari ini terus menghalau semalam
kerana harini ini hanya menanti esok

semalam kecewa dengan hari ini
bukankah peristiwa semalam boleh dimaafkan?
bukankah peristiwa semalam boleh dibuat pengalaman?
bukankah peristiwa semalam boleh dielak supaya berulang?
bukankah kita semua belajar dari semalam?

hari ini ego. masih menanti esok.
hari ini takut dihampakan oleh semalam.
biar semalam menjadi kenangan.
biar semalam menjadi pengajaran.
biar semalam berlalu sepi. tanpa hari ini.

hari ini hanya mahukan esok.
hari ini menanti.
dengan harapan esok bukan seperti semalam.

esoknya tiba. tetapi esok tidak langsung memandang hari ini.
tidak langsung bertegur dengan hari ini.
esok hanya memandang hari ini dengan kesal.
bagi esok, hari ini sama seperti semalam.
esok tidak mengerti. kenapa hari ini ingin melupakan semalam?

hari ini,
esok juga akan menjadi semalam.
esok juga akan menjadi hari ini.
esok bukan hari yang bermakna jika tiada semalam dan hari ini.
jangan lupa pada semalam.
kerana ada semalam ada juga hari ini dan esok.


hari ini kaku. kesal dengan sikap sendiri.
“semalam, mampu kau bahagiakan aku untuk hari esok?”


semalam angguk dan esok berlalu pergi.
hari ini menjadi hari yang baru.
tidak akan meninggalkan semalam. tidak akan terkejarkan esok.

hari ini memegang tangan semalam.
sama sama bergerak pada esok hari.
dan esok berharap semoga hari ini dan semalam
akan sentiasa ada setiap esok untuk hidup bersama.
selamanya.


tanpa semalam, tiada hari ini. tanpa hari ini. tiada esok.


hari ini faham. mengizinkan matahari berganti bulan.
hari ini tidak mungkin berpaling lagi pada esok.
kerana semalam adalah segala galanya.
kerana ..
semalam adalah hari ini dan hari ini adalah esok.


kadang kadang bila kita diatas, jangan lupa pandang bawah.

13 lovebite:

Yutaka Mushimura said...

betulll...biler kita diatas...jgn lupe memandang ke bawah...

sebab..

kita bukannyer akan sentiasa berada diatas....itu adelah hukum alam...:)

ade pasang surutnyer

Liyana Aziz said...

tia, yana suka puisi ni... sangat bermakna... tersirat sangat... kalau ada masa nak copy la... heehehehhe

Syaforce said...

:')

APi said...

jangan mudah melupakan semalam dan jangan terlalu berharap esok akan tiba.. =)

Leplep said...

semalam kita tak jumpa,esok harap-harap boleh jumpa..

farah si monster said...

wow! tia hebat! :)

Legasi Piston Pecah said...

dah kira esok lah kan (hari nie)?

KAMIHIDUP said...

motivasi. :)

cik helena said...

KITE NOTICE YANG TIA MEMANG BERBAKAT TULIS PUISI :)

Mr feckry said...

setinggi mana kitaa, kita tetap di bawah..ALLAh sentiasa diatas

sarah mohamad said...

betul. kalau kita diatas, yg di bawah mesti lah kita sama2 tolong :D

cik aiLebiu said...

well written bebeh :D

m!3yr4h_LolLy said...

wah ! beznye puisi nie.. penuh dengan kata2 tersirat

Related Posts with Thumbnails