Monday, August 4, 2014

Cara Lukis Kening yang Salah

Hai semorang! :)

Untuk tutorial melukis kening, korang boleh tengok dekat sini : Tutorial Melukis Kening

Tia tak perasan bila tiba tiba tia minat dengan makeup ni. Kadang kadang sampaikan before tidur boleh pergi depan cermin lepas tu cuba experiment dengan segala makeup yang ada. Herherher. Dah boleh jadi beauty blogger dah ni. Hiks! Tak tak, tipu je. Tia tak expert lagi pasal makeup ni walaupun ada hati jugak nak jadi MUA ni. Hewhewhew :P



So, untuk post pasal makeup ni tia akan mulakan dengan kening dulu. Kenapa kening? Sebab kening bila di 'lukis' akan memainkan peranan yang sangat penting and yang akan paling menyerlah dekat muka kita. Dari jauh dah nampak, gittew! Untuk tia, tia memang kena lukis sebab bulu kening tia nipis.
Tips untuk kening - jangan lakukan ni paling basic sekali, kalau boleh elakkan supaya kening yang dilukis nampak natural :)




1. Kening-asal-ada
Kening macam ni sangatlah tak sesuai dilakukan untuk yang tak cukur bulu kening. Kalau rasa malas sekalipun, baik tak payah buat daripada buat macam ni. Kalau korang pandai nak tutup bulu kening selebihnya menggunakan concealer, make sure it will stay all day kalau tak, berpeluh atau berminyak sikit terus nampak kening korang pelik.


2. Kening-dari-jauh-dah-nampak
Kalau korang nak lukis kening, make sure tak terlalu pekat lagi lagi bila guna eyebrow pencil. Kalau rasa sesuai dengan makeup muka yang heavy masa tu okaylah, tapi kalau tak makeup tapi still nak nampakkan kening korang tu ada, lepas dilukis, guna berus kening untuk kurangkan kepekatan warna yang dah dilukis tadi. Yang penting, gunakan warna pencil kening yang sesuai dengan kulit dan rambut korang.






3. Kening-depan-petak
Kalau nak lukis kening jangan petakkan bahagian depan, kalau boleh, gunakan berus eyebrow dan softkan warna kening yang dilukis tadi supaya nampak lebih natural.


4. Kening-selekoh-tajam
Seperti dalam gambar, kalau boleh elakkan melukis kening sampai ada tajam kat bahagian yang dibulatkan kat atas tu. Kalau boleh softkan sikit bahagian tu supaya tak nampak pelik dan kelakar. Hewhewhew.




5. Kening-konon-bersambung
Kening korang bersambung ke tak bersambung ke, elakkan melukis kening terlalu dekat antara satu sama lain. Ni lagilah pelik teramatt sangat!
6. Kening-tebal-macam-sin-chan
Kening tebal memang cantik, tapi kalau terlalu tebal dah macam sin chan dah tengok. Jadi, kalau korang nak melukis, elakkan terlalu tebal. Bagi tia, kalau muka chubby atau berisi, sesuai untuk kening tebal sikit untuk nampakkan muka kita kecik. Hewhewhew.
Okay, ini je bagi tia yang tak patut buat kalau korang nak melukis kening korang. Tia pon still tak perfect lagi bab nak melukis kening tapi practice make perfect so keep on prektis prektis prektis!:)
Kalau tanya mana tia belajar, mostly from youtube. Tapi agak susah jugak sebab kening tak cukur so kadang kadang bentuk kening jadi sebelah lain sebelah lain. Herherher. And kadang kadang, boyfriend termasuk kawan kawan tia pon rajin jugak tegur bila makeup tia terutama part kening nampak pelik atau kelakar. So, dari situ tia akan try betulkan, betulkan dan betulkan! :)
So, yeah! Bila kita tengok cermin memang kita nampak diri kita cantik jeeeee, tapi tak salah kalau tanya boyfriend atau kawan kawan makeup kita untuk hari tu, okay ke, cantik tak, buruk ke, kelakar ke so dari situ kita dapat improve lagi dan lagi! Hiks!
Okay, tu je buat masa ni! Byeee semorang!

4 lovebite:

Nadya Bubble said...

Nice tips :D

MummyAiris PapaAiris said...

Tip yang sgt berguna

Biey Moha said...

Saya pn kening trbal...xtau mcmana nk bentukkan guna eyebrow pencil

tiafazunia said...

Klu kening tebal, cuba try guna concealer utk tutup sikit kening. Selalunya concealer yg jenis pekat senang nak cover :)

Related Posts with Thumbnails