Thursday, April 17, 2014

REVIEW: NYX Soft Matte Lip Cream

Hellooo semorang! :)

Okay okay, tia tahu tia lambat tahu pasal NYX Soft Matte Lip Cream (SMLC) ni. Herherher. Orang dok sibuk tayang kat Instagram barulah tia pon sibuk 'eh apa ni?' 'macam best je' bagai.
 
So, tia terus cari online shop dekat Instagram and order SMLC ni. Macam macam hashtag tia search contohnya macam #nyxmalaysia #nyxmurah #nyxoriginal. Tapi kebanyakkannya semua pre-order sebab depa semua order straight from USA. Brand NYX ni ada je dekat Sephora tapi untuk Soft Matte Lip Cream ni memang always sold out! Pergi Sephora memang kecewa lah tengok area ni kosongggg doplohpatjam -_-


Soft Matte Lip Cream

Apa yang bestnya pasal produk ni sebab banyak colour yang cantik cantik. Dalam gambar kat atas tu semuaaa colour favorite tia tapi ada 1 lah yang kurang berkenan sikit sebab tak kena dengan skin tone tia so bila pakai nampak muka pucat which is Tokyo. Tapi tu small matter je sebab tia boleh try mix colour lain untuk bagi nampak tak pucat :)


Hati hati kalau beli online sebab ada yang FAKE!




Dari kiri : Antwerp, Istanbul, Tokyo, Milan, San Paulo, Addis Ababa, London and Abu Dhabi

Tia suka pakai SMLC ni sebab dia matte finish. Means takde glossy ke glitter ke rasa macam melekit melekit ke. Lagi lagi tia ni jenis oily skin, lagilah tak suka pakai produk macam lip gloss misalnya. Tapi SMLC ni bila pakai memang tak rasa macam pakai apa apa sebab dia sangatlah light weight dan sangat creamy. Bau dia pon best! Macam bau macam vanilla. Rasa sedap sampai nak jilat bibir sendiri. Hewhewhew.
 
 
 
Apa yang buatkan SMLC ni lagi best sebab colour dia tahan lama dan superrr pigmentation. Kalau tak makan tak minum bolehlah tahan dalam 3 4 jam macam tu. Tapi disebabkan SMLC ni  matte finish jadi cepatlah bibir korang akan kering.
 
Jadi tia suggestkan masa nak makeup pakai lip balm siap siap! Lepas tu baruuu pakai SMLC ni. Then bila SMLC ni dah kering bila sejam lebih dah pakai, lembapkan balik guna lip balm. Easy peasy girl! :)


Maapler bibir kita tak lawa. Hikhok!

Update : Baru beli! :)

Okay ni gambar tia pakai semua SMLC yang tia ada. Abu Dhabi issss my favourite sebab colour dia hampir sama macam colour bibir tia, nampak natural gittew. Seriously, colour SMLC ni kalau luar camera lagi lawa! And, setiap orang mungkin nampak berbeza bila pakai sebab skin tone kita berbeza :)


PRICE :
Online shopping (mostly) : RM24-26 (excluding postage)
Sephora : RM26
 
 
 
 
Okbai! :) 
 


10 lovebite:

Cik Nadz said...

Suka addis ababa sbb so pinkish! tapi terbaca adidas boleh? :p

I tagged u with Liebster Award!
Kalau sudi, silalah jawab 11 soalan sy..hee

the link is here: http://cikerza.blogspot.com/2014/05/liebster-award-i-got-it-omggg.html

asz niqira said...

Beli kat mana? Sephora xde kat johor. Beli dr awak boleh me?

asz niqira said...

Beli kat mana? Sephora xde kat johor. Beli dr awak boleh me?

Bitt (double IS) said...

love!! suka addis ababa

tiafazunia said...

@ciknadz hahahah! At first i pon terbaca adidasss jugak!

@aszniqira tia xjual dear. Tia pon beli online dkt instagram. Klu kat sephora cepat sold out!

@bitt tia ponnn sukaaa addis ababa! Pinkkk gilaaaa!

dita said...

Coba yang stockholm tia.. bagus sekali warnanya stockholm itu di bibir :)

tiafazunia said...

@dita :

nnt tia cuba. haritu nak jugak try beli tapi Nampak sama je warna dia dgn abu dhabi and London. heeeee

amalina mohd hashim said...

Blh tia bg link kt mna tia Bli?

tiafazunia said...

@amalina mohd hashim

Sis..tia beli dkt instagram yg owner lain2 sbb ada yg bg murah ada yg bg mahal. Akak try cari kat instagram guna #nyxmalaysia #nyxmurah mesti jumpaaa. Selalu klu beli byk dpt murahh! :)

Nabilla Riza said...

Tia, correction. Sephora dah naik harge.. RM29.90! Baik beli online. Tia. Warna wajib kena try coppengahen/transylvania! Tp susah jumpa.. amsterdam/monte carlo pun lawo sgt. Saya punya stock is on the way.. tak sabar!

Related Posts with Thumbnails