Friday, May 28, 2010

PUISI : Lumrah Insan Bumi

indahnya sang pelangi,
tetapi biarpun keindahahannya dirasai,
ia datang tanpa diingini,
pergi tanpa disedari,
mengapa perlu begini ?
sakit hati!
tapi sakit lagi bila kedatangannya sekali lagi,
bagaikan duri yang menusuk hati.

sang awan pula amat suci,
putih warnanya menutup mentari,
tapi jangan disangka ia baik hati,
mengumpul air bak menyimpan rahsia diri,
tetapi bila sampai masanya,
dicurah segalanya, memakan diri.
bila jadi begini,
tiada siapa dapat dimaafi lagi.

panasnya sang mentari,
amat panas hingga orang membenci,
tetapi dialah menerangi saban hari
ada kau peduli ?
tidak, kerana buruknya sahaja kau sedari.

suramnya sang bulan,
bagaikan tiada guna disebalik malam,
tiada sinaran, hanya muram,
tapi pernah kau sedar betapa indahnya ia ?
tidak! kerana kau tidak pedulikannya.
tiada kepentingan untuk kamu.
bukankah begitu ?

lumrah manusia bukan ?
yang buruk kerap sahaja nampak dimana .
yang baik ? engkau sahaja ada jawapannya.
tidak hargai yang didepan mata,
cuma tahu menilai kekurangannya
.

8 lovebite:

Aizat Si Lipan said...

sgt mendalam..i loikee~

Nazry Iskandar said...

monolog. ;)

diyha said...

monolog hebaatt!
menarik ! ;pp

APAN said...

pandainye die bermain dengna kata2...
huhu...

pinkyytia said...

aizat si lipan : ye, amat mendalam! :)

nazry iskandar ; >.<

diyha ; thanx yunk! ^^*

apan ; kerana terasa dgn keadaan dunia, puisi dicipta. :)

Raybond said...

suka post nie... ada kebenaran.. =)

APAN said...

andai ku bisa...
haha...

pinkyytia said...

raybond ; thanx! :)
yep! mmg ade kebenaran,
sifat manusia, sama sahaja.
>.<

apan ; try! try! :)

Related Posts with Thumbnails