Thursday, January 30, 2014

DIY: Cara Membuat Flower Crown

(TEMPAHAN DITUTUP SEMENTARA SEHINGGA DIBERITAHU)

Hai semorang! :)

Haritu tia ada dinner dekat UiTM, tema Medieval Night so terfikirlah nak buat flower crown ni. Memula ingat nak beli online je tapi harga dalam RM25+. Last last tia buat sendiri tapi tak berbaloi jugak sebab nak guna sikit, tapi kena beli banyak termasuklah glue gun -_- Hikhokhikhok! Selain guna untuk dinner yang bersesuaian boleh jugak guna untuk flower girls time wedding!




Bahan bahan yang diperlukan adalah :




Okay. Ni tia nak tambah sikit :

~ Bunga - boleh ikut saiz dan warna yang korang nak atau yang bersesuaian. Boleh beli jambangan sekali sebab boleh guna daun dia atau kalau nak bunga je pon boleh. Up to you :)

~ Flower tape ada macam macam colour ikut korang nak warna apa. Tia pilih hijau.

~ Make sure stok glue stick ada. Kalau tak ada pergilah beli! Herherher.

~ Untuk dawai tu boleh je guna apa apa dawai asalkan kecik dan boleh dibengkang bengkokkan.


CARA MEMBUAT FLOWER CROWN :

1. Potong dawai mengikut saiz kepala atau saiz yang bersesuaian untuk dijadikan crown. Bentukkan dawai menjadi bulat seperti crown. (Ukur dikepala semasa jadikannya bulat)

2. Potong beberapa bunga daripada jambangan. Ambil batang bunga yang mempunyai daun dan lilitkan di crown. Sedikit demi sedikit dengan jarak yang berpatutan dan ikut bentuk bulat crown tersebut. Kemaskan batang bunga dengan menggunakan dawai.

3. Lepas dah penuh daun di crown (agak tebal kerana terdapat batang daun), balut dengan flower tape. Flower tape ni sticky means dia boleh melekat sendiri. So buat kemas kemas supaya flower tape ni tak terbukak di kemudian hari. Herherher. Kalau nak lebih selamat, balut crown 2 kali.

4. Ambil bunga yang telah dipotong dari jambangan dan dengan menggunakan glue gun, lekatkan bunga di crown tersebut dengan jumlah yang bersesuaian. Flower crown SIAP! :)




Senang je sebenarnya nak buat flower crown ni. Tak sampai setengah jam pon. Hikhik! Boleh je kalau korang nak buat sendiri and tak ikut cara tia. And boleh jugak cari dawai yang cecantik sikit and tanpa guna daun, terus je lekatkan pelbagai jenis bunga dan SIAP! :)

Ikut kreativiti anda okay?

UPDATE! 

Tapi kalau anda malasssss nak buat and senang nak beli je, tia pon ada jual jugak Flower Crown ni tauuu! Tapi design yang tia buat ni tak full, means bunga bukan dekat sekeliling. Sebab apa? Sebab tia punya ADJUSTABLE! Means pelbagai saiz kepala pon muat! Hikhikhik! Jom tengok design yang tia jual ni! :)









Untuk Flower Crown ni, tia jual dalam harga RM7 ke RM10 sahaja tak termasuk pos. Murah kann? Dan kalau beli lebih daripada 10 dapat FREE POS sebab tia akan guna kotak pos laju. Kotak pos laju tu pon dah RM13 -_-'.

Kalau korang nak, kalau boleh request nak warna bunga dan design macam mana termasuklah nak letak riben siap siap atau korang nak letak sendiri sebab Flower Crown macam ni boleh juga dijadikan macam cekak. Haaaaa macam ni :


Untuk bisnes ni tia ada buat satu instagram baru supaya tak melibatkan instagram personal tia sebab tia taknak spam kawan kawan dekat instagram personal tia. So, kalau korang berminat nak tengok banyak lagi design cantik tertarik menarikkkk korang boleh pergi dekat instagram bisnes tia which is @littlepinkkyshop. INGAT TAU! pinkyy tu ada dua Y :)

Kalau berminat tapi korang takde instagram, boleh whatsapp tia untuk beli dan tia akan bagi gambar dekat korang mana mana Flower Crown yang still available lagi. Add tia dekat whatsapp korang 0176193191 (BUSINESS ONLY PLEASE!)

Lagiii 1, kalau ada Wechat pon okay jugak! Add tia TIAFAZUNIA, dengan pesanan 'Saya nak beli Flower Crown' sebab tia hanya akan accept customer only! :)

Okay itu je untuk sekarang ni! Kalau berminat jangan lupaaaaaa contact tia okay! :D


Much love! :)


TEMPAHAN FLOWER CROWN DITUTUP SEMENTARA. 
HARAP MAKLUM! 





Thursday, January 23, 2014

Makeup Remover yang Murah dan Mudah

Hai semorang! :)
 
This is maybe a lil bit late untuk recommend this makeup remover for u guys as this product rasanya dah lama keluar. Hewhewhew. Tapi tak kisahlah! Disebabkan tia baru je try dalam bulan lepas so tia still nak bagitau jugak kat korang!

Fyi, tia ni tak pernah guna makeup remover. Tia selalu guna baby oil je untuk remove makeup sebab bagi tia baby oil lagi senang and cepat! Lagi satu tia pernah guna makeup remover brand yang mahal, memang dapat hilangkan makeup tapi takes time and nak kena berulang ulang baru dapat tanggalkan makeup tu. Dah lah mahal lepastu kena guna banyak lepastu cepat habis lepastu kena beli lagi. Wah pandai marketing department dorang nak suruh pengguna perabis duit. Herherher.

 Then, I found this brand...







Tia tak berapa familiar dengan brand PIXY but one day, masa dinner dapat sample makeup remover ni dari pihak PIXY sendiri so balik dari dinner terus tryyy and I was soooo surprised sebab makeup remover ni senang betul tanggalkan makeup! Letak sikit dekat kapas muka and WINKK makeup korang dapat ditanggalkan dengan mudah dan cepat!

Produk ni rasa macam air je and tak pedih bila kena mata. Masa nak cuci muka baru rasa product ni still ada dekat muka and rasa muka korang licin macam ada kesan sabun macamtu. Lepas tu, produk ni tak payah nak shake shake dulu baru guna, bau pon bau yang menyegarkannn. Tak payah nak tekan kapas dekat muka kuat kuat untuk tanggalkan makeup, just lalukan kapas muka yang ada makeup remover tu and tadaaaa! MAKEUP HILANG! And of courseeee, murahh dan berbaloi!


Dua kali swipe dengan pelbagai product.


U guys should give it a try! Then give me comment in the comment box below! Or kalau korang yang dah pernah try, what is your opinion? Or korang ada suggestion untuk makeup remover lain yang murah and does their job better than this? Gimme some suggestion guys! :)

Price : RM 11.90 (100ml) / RM6.50 (50ml)


Till then! :)








Monday, January 20, 2014

Belajar Make up melalui Youtube

Hai semorang :)

Yayyy! Dah selamat bercuti sem setelah mengharungi semester 4 yang menggila! Hikhik!

Tia tak ingatlah start cuti semester yang bila tia selalu tengok video video make up dekat youtube. Memula takdelah minat sangat tapi bila tengok masing masing make up cam cantikkk je kan terus rasa nak tengok, tengok and tengok last last tia subscribe je so next time dorang update video tia akan dapat tengok cecepat. Herherher :)

So antara yang best tia subscribed :


Carli Bybel

 
 
Nicole Guerriero
 
 
 
 Shaaanxo


 
 LoveMelisaMichelle



This is my top 4 setakat ni. Tia dah subscribe dalam 15 orang beauty guru dekat youtube ni. Suka tengok dorang make up tapi kalau nak make up sendiri memang tak lah. Lagi lagi part eyeshadow. Susah baq hang! -_-

Apa pun, kalau tengok video dorang ni memang terpengaruh habis nak beli macam macam jenama make up lagi lagi yang bukan brand drugstore. Herherher. Tapi kalau brand drugstore can give u the effect that u want what for nak beli yang mahal ye dok? Hikhokhikhok!

Kalau tengok video dorang ni memang nampak sangat dorang ni make up tebal. Tapi kita tak payah lah nak ikut sangat cara dorang make up. Just ikut idea dorang and opinion pon okay kot. Sebab iklim kita dengan omputeh ni lain. Dorang kat sana sejuk kot so boleh lah make up tebal. Kita kat sini panassss make up sekejap dah cair. Herherher.

Oh itu je nak share kalau korang berminat nak belajar make up. Ni one of video dorang. Banyak lagii video yang dorang ada. Korang ada subscribe? Who is your favorite beauty gurus on youtube? :)



Okbai! :)
 
 
Related Posts with Thumbnails