Tuesday, September 1, 2015

(VIDEO) Tutorial Makeup - Simple Makeup Look

Haiii semoranggg! :)

Korang minat makeup tak tak tahu and tak reti makeup? Jom tengok video makeup tia dekat Youtube! Tia jugak ada share makeup look, makeup tips and teknik dekat instagram tia @tia_makeuptalk.




Untuk video kali ni, tia just buat tutorial simple makeup look untuk sesiapa yang tak suka makeup tebal, yang selalu takde masa nak makeup sangat, so korang boleh jadikan tutorial yang tia buat ni sebagai guide untuk korang okay? :)




Okay tu je korang! Selamat menonton! :D 






Friday, May 29, 2015

Tutorial (Video) : Cara Melukis Kening

Hai semorang!

Dalam beberapa bulan yang lepas tia pernah post pasal Cara Lukis Kening yang Salah dan post ni mendapat sambutan yang menggalakkan! Ramai rupanya sedang belajar untuk melukis kening kan? Tia dulu setakat eyeliner je kira dah lengkap lah makeup muka, tapi sesejak dah melukis kening bila tak lukis nampak muka macam pelik semacam je. Hahahaha!

So, dekat dalam video ni tia dah sediakan tutorial tia melukis kening. Sorry kalau video agak blur. Tak reti pulak tetiba nak setting camera -_-



Produk yang digunakan:
Nyx Cake Powder (Grey)
Elianto Autoeyebrow Pencil
Simplysiti Autoeyebrow Pencil
Elianto Concealer (01 Fair) - Optional! Nak guna boleh, tak nak pon takpe :)

Berus mekap yang digunakan:
Spooli (Sikat kening)
Angle Brush
Lip Brush (Untuk conceal kening)

Tak semestinya korang kena pakai produk yang tia pakai. Kalau takde produk kening ni dalam almari mekap korang, cuba tengok tengok kalau ada eyeshadow yang warna dark brown ke grey tu. Pastu cuba try pakai dekat kening! Tia pon pernah tau buat dulu! Siapa cakap eyeshadow untuk pakai dekat mata je? Hikhokhikhok!

By the way, korang anggaplah kening korang tu adik beradik. So tak sama sikit pon masa melukis takpe. Tapi jangan sampai ketara sangat okay? Mengundang gelak orang je karang!
Okay itu je untuk masa sekarang ni.


Selamat mencuba! :)

Thursday, May 14, 2015

Baju Kurung Moden Terkini dari Zalora

Hai korang! :)

Tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Korang semua dah habis ganti puasa ke? Hikhik! Masa ni jugaklah semua orang dah sibuk pergi jahit baju raya, cari kain jahit baju, hantar kain dekat tukang jahit, beli baju raya dekat mall and tak kurang juga sekarang ni shopping online! Kan? Biasalah, kita kaum perempuan ni mesti utamakan penampilan! Lagi lagi first day raya! Tak gitu?

Selalunya jenis pakaian yang dipakai masa raya adalah pakaian tradisional macam baju kurung dan kebaya kan? Tapi berbeza dengan 5 tahun yang lepas, fesyen baju kurung dah makin trendy dan makin mengikuti citarasa terkini.

So, jom tengok 3 gaya baju kurung moden terkini online yang boleh anda jadikan sebagai inspirasi untuk digayakan pada Raya 2015 ini! Heyho letsgo!




Baju Kurung Moden Cape

Baju Kurung Moden Cape ni merupakan design yang paling fresh and tak lari dari konsep asal baju kurung yang sopan dipakai! Cantik kann? :)




Baju Kurung Moden Peplum

Dulu fesyen peplum ni famous sangat kan? Pergi mana-mana semua pakai fesyen ni! Well, sekarang pon masih lagi releven untuk dipakai lagi lagi bila dah diubahsuai mengikut trend yang terkini.




Baju Kurung Fish Tail 

Begitu juga dengan rekaan baju kurung fish tail atau bahasa yang mudah sikit, baju kurung yang ada potongan lebih labuh sikit di bahagian belakang.



So, yang mana satu orang berkenan? Kalau tia, of course Baju Kurung Moden Peplum! Lepas tu pakai liptick merah menyala! Awwww~ Cantik sangat! Kalau nak tengok banyak lagiii boleh klik dekat baju kurung moden terkini okay? :)




Okbai!
Related Posts with Thumbnails