Thursday, August 21, 2014

Lofalens Celebrity Brown

Hai semorang! :)

Okay, untuk post pasal contact lens dari Lofalens ni tia just nak tunjuk the packaging and stuff sebab untuk review rasanya tak sesuai sebab tia bukan jenis yang pakai contact lens so tak tau nak beza macam mana ke rasa macam mana ke apa. Hahahaha! -_-
 
Paperbag, Contact Lens, Case

Tia ni nak pakai contact lens pon takut takut walaupun dah pernah pakai beberapa kali. Tapi cara tia pakai memang pelik gilalah! Dari tepi gittew! Ini pun gambar yang tia akan tunjuk sebelah mata je sebab sebelah mata lagi tak berjaya walaupun dah berkali kali cuba. Tsk!


Memula tengok macam produk The Balm sebab packaging dia. Hewhewhew.

Belakang kotak

Sebagai seorang yang minat dengan warna pink, ini sangatlah OHMAIGOD! Cantikkk sangat packaging dia. Menarik macam Neelofa jugak! Hiks! I am one of Neelofa fans. Neeofa ni bukan je cantik and talented tapi she is a beauty with a brain :D


Tak lupa jugak case pon warna pink! Awwwhhh~

What a great marketing! Hiks! Go get a pair guys! :)

The lens - Celebrity Brown

Harga : RM69
Expired : 1 Bulan 

Bila tia pakai tia dapat rasa contact lens ni soft sangat! Dari segi warna, tia prefer yang macam Nora Danish selalu pakai tuh *over sungguh!* lagi banyak warna brown dari warna hitam, so mungkin kalau tia nak try lagi lepas ni, tia akan pilih Cat Eyes Brown. Hewhewhew.
 
 

#iamyoureyecon

Okay, setakat ni tia give up sekejap nak pakai. Mungkin sebab husband-to-be berkeras tak bagi beli dan tak bagi pakai so lens ni pon agak berkeras tak nak masuk mata tia. Hukhukhuk. If tia dah try dedua mata nanti tia akan hupdate tepek gambar kat sini, kalau tak, lebih sebulan jawabnya GOODBYE!





OKAYBYE!




*nangis*



Wednesday, August 20, 2014

Selesai Semester 5 Broadcasting, UiTM Shah Alam

Hai semorang! :)

Alhamdulillah tia dah officially tamat semester 5 bidang Broadcasting (Penyiaran) dekat UiTM Shah Alam ni. Seriously, semester 5 adalah semester yang paling busy untuk shooting ke sana sini and paling banyak masa habis dekat studio dan shooting.


Tia di depan pejabat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media/ Faculty Communication and Media Studies (Masscomm)

Result pon dah dapat dan Alhamdulillah lagi sekali tia tak menghampakan diri sendiri. Ingatkan semester yang agak berat ni susah nak score tapi bak kata orang, usaha tangga kejayaan dan usaha tia telah pon membuahkan hasil.

Jadi host magazine program untuk group sendiri 'Watlekwatpeace Production'

Subjek yang paling 'OMG kenapa ada subjek ni dekat Masscomm?' which is Statistik sebenarnya yang akan paling membantu untuk dapat A.  Ini paling serius tia cakap! Walaupun tia tak minat matematik *antara sebab pilih Masscomm* tapi Statistik ni kalau pay attention and selalu buat latihan, insyaAllah akan dapat A :)

Okay, what else subjek yang tia rasa susah? Hmm.. Animation! Sebab kena buat Short Film camtu yang berbentuk Animation. I was like 'What the hell? This is not for beginners!' and percayalah kalau hampa dapat lecturer macam yang tia dapat, korang cakaplah apa pon, HE DON'T EVEN CARE asalkan kerja kau siap dan dia puas hati.
 
Orang kuat Tia dari hari pertama di Uitm. Thanks for everything kak long! :)
 
Subjek yang boleh membantu korang dapat A adalah subjek yang praktikal macam Media and Broadcast Production yang kena buat PSA, Magazine and Talk Show, TV Directing yang kena buat apa-apa program selama lebih kurang 20 minit dan 3rd language if and only if korang minat dengan 3rd language korang tu so senang nak score :)


Tia sebagai Floor Manager Watlekwatpeace Production untuk Talk Show 'Bual Bow Edisi Raya' di Studio Masscomm UiTM.


Yang lain just okay je kot cumanya subjek yang ada FINAL EXAM ni kalau ikutkan pengalaman dari semester 1, STUDY PAST YEAR EXAM. Tia kalau nak dekat exam, tia akan bukak website uitm yang ada past year paper and print dalam 5 semester yang lepas punya and study serta siasat soalan famous. Tapi still, study jugak buku teks :)

Dan paling best tahun ni, dapat bertiga-tigaan dengan best friends untuk Malam Anugerah Dekan! Alhamdulillah! :)

Malam Anugerah Dekan

Malam Pra Graduan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam

And now, tia dah ready untuk intern! Tia intern dekat gomen je since my fiancé ada dekat situ. Senang. Takde TV3 takde Astro ke apa. Orang kata kejar syurga dari kejar dunia. Kenapa? Sebab syurga di bawah tapak kaki suami! Hikhokhikhok!
 

Beraya di rumah classmate bersama classmates. Hahahha!





Okay, till then! :)



Monday, August 11, 2014

The Balm Nude'tude Eyeshadow Palette

Hai semorang! :)

Puasssssnya hati bila The Balm Nude'tude Eyeshadow Palette ni dah jadi milik tia! Hiks! Dah lama mengidam nak  palette ni sebab warna dia cantik and superrr pigmented (pekat). So bila SaSa buat sales haritu dengan harga RM89, terusss pergi serbu! Meh tengok palette ni!
 

 
 
 
 
Perfect mirror!
 
6 Naked Womennn! Kemain posing memasing depa ni!
 
The brush! :)

 
The Balm Nude'tude Palette ni ada 2 version which are Feeling Naughty and Feeling Nice. Beza Feeling Naughty and Feeling Nice ni dari segi design, yang Naughty ada gambar perempuan Naked (several part covered by eyeshadow) and version Nice pulak kosong hanya ada eyeshadow je. Mine is obviously, Feeling Naughty! Miawww! :P
 
Okay jom tengok setiap eyeshadow yang ada dalam palette ni!
 
 


4 LIGHT SHADES :
Sassy: frosted white, buttery, smooth texture.
Stubborn: light-medium peach with soft frost finish.
Snobby:  gold shimmered medium-dark yellow.
Stand.offish: bronze-shimmered brown with warm, red undertones and a frost-metallic finish.





4 MEDIUM SHADES :
Selfish: frosted taupe – it is brown and gray.
Sophisticated: dark brown with subtle warm undertones and a bronze shimmer.
Sultry: medium brown with a matte finish
Seductive: golden bronze-brown.



 
 
4 DARK SHADES :
Sexy: burgundy with hints of red and brown. matte finish.
Serious: dark black with a matte finish.
Silly: red-tinted brown with flecks of copper sparkle
Sleek: dark black-brown with a matte finish.
 
Swatches without flash.

Swatches with flash.
 

SUKA :
Super pigmented (pekat tak perlu banyak lapisan)
Senang untuk blend (smooth texture)
Warna eyeshadow tak hilang bila di blend dengan eyeshadow lain
Warna eyeshadow yang cantik (from light, medium to dark shades)
Boleh create many look from natural to dramatic
Cool-gilaaa packaging
Comes with a small brush
 
TAK SUKA:
Matte shades cuma ada 3
Kenapaaaa mahal sangatttt? :(
 

Sassy, Sultry, Seductive, Sleek

 
 
Harga: RM135
Where to buy: SaSa Outlet (I bought it at SaSa KL Festival City)
 
Dah tau mahal kenapa beli? Hiks! Sebab kualiti eyeshadow produk dari The Balm ni sangat bagus! Lagipunnn, tia beli masa SaSa tengah buat sale! So dari harga RM135 tia dapat RM89! :D
 
 
Till then! Muah!
 
 
 
 

 
 
 

Biore Makeup Removing Facial Foam

Salam semorang :)

Makeup remover dari Biore ni kira makeup remover yang kedua tia ada lepas PIXY ni. Honestly, tia kurang guna makeup remover sebab tia lagi selesa remove makeup guna baby oil je. Hiks! Tapi lepas cuba PIXY and very satisfied dgn result dia, terus macam, 'Oh, makeup remover ni function jugak ghupanya' gittew!
 
 




 So, bila dapat tester Biore ni (dapat dari  kawan) terus macam, 'Let see if this one can works wonders too!'  Tapi bezanya, makeup remover dari Biore ni berbentuk facial foam. So boleh terus cuci muka sambil menghilangkan kesan makeup.




 
Tia dah cuba makeup remover ni dalam 5 ke 6 kali anddd dah habis dah pon. Hiks! Kenalah try banyak kali sebab tia nak tengok ada beza tak bila guna untuk lipstick biasa, NYX lip cream, auto eye liner, liquid eyeliner, foundation, bb cream semualah! :) So, the result ...
 

Makeup yang dapat di-remove :
Foundation
BB cream
Blusher
Eyeshadow
Lipstick
Eyebrow liner
Liquid eyeliner
 
Makeup yang tak dapat di-remove :
Auto eyeliner
Nyx Soft Matte Lip Cream
 

Produk yang susah nak di-remove dari muka ni mungkin sebab waterproof and Biore Makeup Removing Facial Foam ni hanya untuk non-waterproof makeup sahaja. So, yang biasa makeup light light je sesuailah guna makeup remover dari Biore ni :)
 
 
 
 
 
 
Untuk tia, tia memang guna auto eyeliner yang waterproof sebab tia tak suka bila dah makeup tetiba eyeliner comot sebab berpeluh. Tapi bila balik lambat dan penat, I will definitely choose makeup remover Biore ni sebab dia cepat tanggalkan makeup walaupun eyeliner tak hilang -_-
 

Suka :
Bau makeup remover Biore ni just nice
Cepat dan mudah untuk digunakan
Packaging warna PINKKK!
Harga berpatutan
 
Tak suka :
Agak pedih bila terkena mata
Non-waterproof only :(



Byeeee semorang! :)






Monday, August 4, 2014

Cara Lukis Kening yang Salah

Hai semorang! :)

Untuk tutorial melukis kening, korang boleh tengok dekat sini : Tutorial Melukis Kening

Tia tak perasan bila tiba tiba tia minat dengan makeup ni. Kadang kadang sampaikan before tidur boleh pergi depan cermin lepas tu cuba experiment dengan segala makeup yang ada. Herherher. Dah boleh jadi beauty blogger dah ni. Hiks! Tak tak, tipu je. Tia tak expert lagi pasal makeup ni walaupun ada hati jugak nak jadi MUA ni. Hewhewhew :P



So, untuk post pasal makeup ni tia akan mulakan dengan kening dulu. Kenapa kening? Sebab kening bila di 'lukis' akan memainkan peranan yang sangat penting and yang akan paling menyerlah dekat muka kita. Dari jauh dah nampak, gittew! Untuk tia, tia memang kena lukis sebab bulu kening tia nipis.
Tips untuk kening - jangan lakukan ni paling basic sekali, kalau boleh elakkan supaya kening yang dilukis nampak natural :)




1. Kening-asal-ada
Kening macam ni sangatlah tak sesuai dilakukan untuk yang tak cukur bulu kening. Kalau rasa malas sekalipun, baik tak payah buat daripada buat macam ni. Kalau korang pandai nak tutup bulu kening selebihnya menggunakan concealer, make sure it will stay all day kalau tak, berpeluh atau berminyak sikit terus nampak kening korang pelik.


2. Kening-dari-jauh-dah-nampak
Kalau korang nak lukis kening, make sure tak terlalu pekat lagi lagi bila guna eyebrow pencil. Kalau rasa sesuai dengan makeup muka yang heavy masa tu okaylah, tapi kalau tak makeup tapi still nak nampakkan kening korang tu ada, lepas dilukis, guna berus kening untuk kurangkan kepekatan warna yang dah dilukis tadi. Yang penting, gunakan warna pencil kening yang sesuai dengan kulit dan rambut korang.






3. Kening-depan-petak
Kalau nak lukis kening jangan petakkan bahagian depan, kalau boleh, gunakan berus eyebrow dan softkan warna kening yang dilukis tadi supaya nampak lebih natural.


4. Kening-selekoh-tajam
Seperti dalam gambar, kalau boleh elakkan melukis kening sampai ada tajam kat bahagian yang dibulatkan kat atas tu. Kalau boleh softkan sikit bahagian tu supaya tak nampak pelik dan kelakar. Hewhewhew.




5. Kening-konon-bersambung
Kening korang bersambung ke tak bersambung ke, elakkan melukis kening terlalu dekat antara satu sama lain. Ni lagilah pelik teramatt sangat!
6. Kening-tebal-macam-sin-chan
Kening tebal memang cantik, tapi kalau terlalu tebal dah macam sin chan dah tengok. Jadi, kalau korang nak melukis, elakkan terlalu tebal. Bagi tia, kalau muka chubby atau berisi, sesuai untuk kening tebal sikit untuk nampakkan muka kita kecik. Hewhewhew.
Okay, ini je bagi tia yang tak patut buat kalau korang nak melukis kening korang. Tia pon still tak perfect lagi bab nak melukis kening tapi practice make perfect so keep on prektis prektis prektis!:)
Kalau tanya mana tia belajar, mostly from youtube. Tapi agak susah jugak sebab kening tak cukur so kadang kadang bentuk kening jadi sebelah lain sebelah lain. Herherher. And kadang kadang, boyfriend termasuk kawan kawan tia pon rajin jugak tegur bila makeup tia terutama part kening nampak pelik atau kelakar. So, dari situ tia akan try betulkan, betulkan dan betulkan! :)
So, yeah! Bila kita tengok cermin memang kita nampak diri kita cantik jeeeee, tapi tak salah kalau tanya boyfriend atau kawan kawan makeup kita untuk hari tu, okay ke, cantik tak, buruk ke, kelakar ke so dari situ kita dapat improve lagi dan lagi! Hiks!
Okay, tu je buat masa ni! Byeee semorang!
Related Posts with Thumbnails