Friday, January 25, 2013

Day 3 - Budget Trip Pulau Pangkor

Hohoho! Dah hari terakhir kat Pangkor!

Memandangkan nak kena check out pukul 12 tengah hari so gigih lah set alarm pukul 9 pagi. Siap siap dan terus check out agak awal dalam pukul 11 pagi. Lepas tu terus suruh receptionist call van untuk datang ambil kitorang dekat chalet. 

Byeee Nipah Bay Villa. I am looking forward to see you again! 

Byeeee Pangkor!


Nasib kitorang agak baik sebab 2 hari sebelum cuaca sangat baik tapi hari last kat sini, masa check out hari dah mendung. Naik je van untuk ke jeti, hujan dah mula turun rintik rintik. Syukur! Kalau hujan semalam tak dapat snorkeling! Hewhewhew. So untuk perjalanan balik naik van pink dikenakan bayaran sebanyak RM15. 

Haaaaa! Masa datang haritu jangan lupa simpan tiket feri baik baik dan di tempat yang selamat sebab tiket tu adalah tiket pergi balik. Bukan sehala okay? :) 


Tiket feri! Jangan lupa simpan! 

Baru best dapat feri yang macam ni! Boleh tengok pemandangannnn dgn clear sekali! 

Thanks korang teman holiday kat sini lepas tension dengan paper exam yang last sekali! -_- 

Eh eh? Makan? Haaaa. Kitorang kan terus gerak pergi jeti je dan terus naik feri. Sampai je dekat jeti Lumut, pergi dekat kereta letak barang dan segala beg yang berat baru pergi makan. Laparrrrr tak payah cakap lah dah tengah hari. Perut pulak mintak nasi campur. Tak pandang dah western ke apa! Hohoho! Lepas dah makan barulah pergi beli sotong kering, sate ikan dan sebagainya dekat jeti Lumut tuh. Masa dekat jeti Pangkor pon ada tapi kitorang nak lari dari hujan so beli barang kat sini pon okay! :) 


Banyak kedai makan dekat jeti Lumut ni so pilihhhh je mana berkenan! 

Untuk perjalanan balik, tambah lagi RM30 untuk duit minyak dan bayar duit parking RM13.50. Ingat mahal sebab tinggal lama tapi bila nak bayar terkojut dennn! Murahh jo hah. Takdelah mahal mana. Tempat pon boleh tahan selamat untuk tinggalkan kereta. 

So, itu je lah untuk holiday cuti semester kali ini dengan kawan kawan. Duit poket pon dah kering. So time to diet memandangkan badan pon dah naik tak hengat! Makin chubbyy! TIDAKKKK! TSK! 


Perbelanjaan hari terakhir : 
Duit collect : RM115 - RM15 (van dari chalet ke jeti) - RM13.50 (parking) = RM86.50

Duit sendiri : RM85.30 - RM5.70 (lunch di jeti Lumut) = RM79.60 


Datang Pangkor ni pandai pandailah cari tempat makan sedap and murah and kena pandai tawar menawar! Kalau tak confirm agak mahal! :) Kalau datang memang untuk buat aktiviti air rasanya chalet chalet yang biasa pon dah okay. Tak payah cari yang mahal sangat. Ni pon dah berbaloi baloi!




Byeee Pangkor! :D 





Thursday, January 24, 2013

Day 2 - Budget Trip Pulau Pangkor

Okay now tia sambung untuk hari kedua di Pulau Pangkor. Heyho lets go! >.<

Since kitorang tidur agak lewat semalamnya and tahu kalau bangun pagi pun susah nak cari breakfast disebabkan banyak kedai tak bukak, so kitorang bangun agak lambat dalam pukul 11am. Aherherher. 

Kitorang bersiap dalam pukul 12:30pm dan terus keluar nak cari souvenir, cari makan and plan nak buat aktiviti apa. Semalam dah cakap dekat pak cik van pink nak round Pulau Pangkor naik van dengan bayaran RM50 (ni harga tawar menawar kalau tak RM70 harga biasa), tapi kitorang still rasa macam nak tak nak lagi. 

So, keluar je dari chalet, pergi dekat area pantai memang takde kedai makan yang bukak melainkan kedai semalam yang agak so-so je tuh. So kitorang shopping lah dulu souvenir untuk kawan kawan dan family. 

sebelum makan beli souvenir dulu :)

Lepas tu, sebelum nak pergi makan dekat cafe di chalet Nipah Bay Villa ada seorang pakcik tegur dan ajak kami pergi round pulau naik bot dan snorkeling dengan harga RM150. Terkejut jugak dengan harga yang agak tak sesuai dengan budget kitorang so kitorang decide later and pergi makan dulu. Lapaq baq hang! 


Cafe Nipah Bay Villa

Mine - Ice Lemon Tea RM3 & Nasi Putih + Ayam masak oyster sauce RM 12.70

Time makan ni pakcik tadi datang lagi lepak dengan kitorang. Bercerita macam macam lepas tu dia cakap RM150 tu dia akan bawak jalan jalan pulau, snorkeling, siap dia ajar dan teman tak kisah suka hati nak berapa jam. Kitorang pon apa lagi, terus OKAY PAK NON! kitorang bersiap ambil duit segala bagai lepas makan terus pergi kedai Pak Non ambil life jacket and goggle dannn berlari masuk bot! yayyy! 

Haaa, kalau korang nak tau, biasanya Pak Non atau peniaga watersport yang lain akan kenakan bayaran yang lagi mahal untuk semua perkhidmatan tadi dalam RM200++,  untuk snorkeling anda akan ditinggalkan sendiri bersama rakan rakan sama ada reti ke tak berenang dan perjalanan hanya 2 jam SAHAJA. 

So kitorang ni agak bertuah datang weekdays takde orang jadi mereka layankan aje karenah kitorang selama 4 JAM dari pukul 2:30pm sampai 6:30pm siap terjerit jerit tak reti berenang. Tapi akhirnya Tia berjaya jugak snorkeling walau takut and fobia sangat dengan air. Hewhewhew! 

Get ready girlsssss! :D 

Masing masing muka excited! first time holiday bersamaaa! 

Dekat pulau ni ada batu berbentuk kaki orang! Pergh! 

Pulau Kepala Buaya! Nampak tak mata dia? Dia tengah tidur! Syyyyuuhhhhhh! 

Pulau Kepala Ular. Ular ni pon tengah tidur tuh. Syyuhhhh! 

Pulau Kepala Ikan Paus 

Private Island yang dulu dikenali sebagai Pan Pacific. Sampai ke sini kami dibawa berjalan!

Siap diberi peluang untuk bawak bot lagi setiap sorang! Thanks Pak Non! :)

Bagi ikan ikan makan sebelum snorkeling! 

Snorkeling Timeeeeee! 

Haaaa. Pak Non ada pesan kat kitorang kalau nak snorkeling PASTIKAN time air pasang. Bukan air surut sebab kalau air surut nanti senang cedera kena terumbu karang dan sebagainya. Tapi kitorang ni time air pasang pon luka jugak kaki sebab cuai -_- Nak tengok terumbu karang kena snorkeling jauh sikit and dekat air dalam. Time ni memang pegang tangan abang mat tak lepas lepas. Takut and fobia dengan air. Sampailah bila nampak ikan besar besar and terasa dalam terus panik menjerit mintak patah balik. Gila tak lawakk! Tsk!


Abang Mat pergi dasar laut ambil Landak Laut sebab kitorang eager sangat nak tengok! 

Lepas dah puas snorkeling tengok terumbu karang, Pak Non bawak kitorang pergi Coral Island. Kat sini boleh buat gathering and BBQ. Best pulau ni! Air sangatlah jernih tapi masa snorkeling kat sini bila tempat dalam sikit banyak pulak timun laut (sea cucumber) so patah balik. Aherherher. Timun laut ni kalau nampak 1 je tak geli sangat tapi bila nampak perkampungan dia jadi geli pulak -___-

Nurul, Abang Mat and Fazli pulak kemain suka campak campak benda alah ni. Dah lah agak lucah. Bila tekan ada pulak liquid putih pekat keluar. Pergh! Lagilah lucah! *tutup mata*

Ni hah timun laut. Kalau tengok and pegang 1 je okay lah lagi tapi bila nampak banyak banyak masa snorkeling terus menggelabah and patah balik sebab automatik jadi geli -_-
Gambar kredit to Google. Cam mana nak tangkap gambar menatang ni dalam air!

Coral Island! Indahnyaaaaaa! 

Kami bersama our beach boys yang sudi tolong and ajar snorkeling - Abang Mat (baju kelabu) and Fazli (baju merah)
Thanksss korang! :) 

Gambar bawah belah kanan : Gerai makan di Coral Island. 

Beronok ronok di Coral Island. Thanks Pak Non pegangkan camera and tangkap gambar kitorang tanpa jemu.
hihi! 

Kat sini kami mandi and snorkeling sampaiii puas! Kulit hitam pon tak kisah asalkan dapat mandi. Hikhik! Lepas tu tup tup lah camera habis bateri. Charger pulak tak bawak. Tskkk! So sampai balik kat Teluk Nipah dalam 6:30pm. Rilex kejap tepi pantai sambil makan jagung bakar baru balik chalet siap siap untuk dinner. 

Yang menjimatkan duit bila abang mat offer untuk bawak kami pergi dinner dekat Pasir Bogak disebabkan dekat Teluk Nipah banyak kedai tak bukak. Disebabkan camera pon takde so tak boleh nak tangkap gambar seafood yang kitorang makan. Nasi putih + ikan siakap + udang lipan + sotong goreng tepung and masing masing air coke semua sekali RM64.50. 

Lepas makan abang mat dengan baik hatinya bawak kami pusing pusing Pulau Pangkor naik kereta. Kalau naik van pink dah RM70 rugi. Ni dengan abang mat dapat free! Syukur! Dia bawa kitorang pergi tengok ikan naga dekat tempat yang ada replika Tembok Besar Cina, pergi Kota Belanda, tengok Batu Bersurat, kawasan perumahan orang orang Pangkor dan siap dibawa pergi tengok monyet tidur lagi. Hahaha! Walaupun penat petang tadi tak habis lagi tapi tetap enjoyy! Sebelum balik chalet, kitorang lepak makan aiskrim tepi pantai dulu. Hihi! 

Perbelanjaan untuk hari kedua :
Souvenir : RM20 (budget so tak boleh beli banyak sangat)
Lunch (Tia) : RM15.70
Snorkeling : RM50 seorang
Dinner : RM20 seorang

So, baki semalam : RM191 tolak segala perbelanjaan sama dengan RM85.30 (tak termasuk jagung bakar, asikrim, seluar pendek yang dibeli untuk tidur bagai) Hihi!
Duit collect untuk hari ini tidak digunakan.

Hari terakhir di pulau pangkorrr next post okay! Panjang sangat dah! Hewhewhew



notakakitiafazunia : Rasanya kalau pergi tempat macam ni, lagi best buat aktiviti air daripada jalan jalan pergi lawat tempat bersejarah yang tak berapa banyak sangat tu. Ni pendapat tia lah :)









Day 1 - Budget Trip Pulau Pangkor

Hye yuolssss sekaliannnn!

Rasa nak menjerit sebab seronokkk sangat dapat pergi holiday dengan my best cousin and my best friend! Gila tak seronok? Mama ayah siap tanya banyak kali and macam macam sebelum melepaskan anak bongsu mereka pergi holiday sendiri kot! Thanks ayah sebab tolong servis kereta dulu! :)

Kami pergi on weekdays. Selasa sampailah Khamis. Ada bestnyaaa datang weekdays tapi ada jugak yang tak bestnya! Lets cekidout!

Tia, Ayu ( my best cousin) and Nurul (my best friend)

We started our journey at 1:30 pm. Yes. Agak lambat disebabkan ada hal hal yang tak dapat dielakkan. Itsokey. So, budget kami untuk ke Pulau Pangkor adalah RM300 - RM350 seorang. Dalam kereta, Nurul dah siap siap collect seorang RM150 untuk budget : 

Minyak kereta : RM50
Feri : RM10 seorang (Tiket feri pergi balik)
Van dari jeti ke chalet : RM15 (pergi) + RM15 (balik)
Chalet : RM80 seorang 
Parking Kereta : RM13.50 (Selasa, 4:30pm - Khamis, 12:30pm) 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut mengambil masa selama 3 jam. Tia tak lalu highway sebab nak elak tol lagipun boleh layan pemandangan sekali tapiii yang tak bestnya bila lalu jalan kampung banyak lori! Sampai jeti Lumut pukul 4.30pm dan terus parking di Medan Tempat Letak Kereta berhampiran dengan jeti.


Medan Tempat Letak Kereta di Lumut.
Kalau nak bawak kereta pergi Pulau Pangkor akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.

Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor


Sehari sebelum bergerak ke sini, we have decided to stay for 3 days 2 night at Nipah Bay Villa. So, masa on the way, dah sampai dekat Teluk Intan baru call Nipah Bay Villa untuk booking. Senang. Kalau tak nanti anda akan diserang agen agen pelancongan di jeti pastu nanti habis kena paksa pilih itu ini. Pening -_-

Naik feri dari Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa selama 30 minit dan dari jeti Pulau Pangkor ke Nipah Bay Villa di Teluk Nipah mengambil masa dalam 20 minit dengan menaiki van pink! Kalau tak nak naik van boleh juga sewa kereta dalam RM70 ataupun motor dalam RM30. Tapi lagi senangg naik van! Boleh rilex sambil menikmati pemandangan di Pulau Pangkor.


Pintu masuk Nipah Bay Villa

Our chalet - Deluxe Terrace. Suitable and comfortable for 3 person.
RM 120 per night on low season / RM240 per night on public holiday
Murah kannn pergi weekdays? Aherherher!

Suasana dalam chalet 

Kecil tapi muatlah untuk kitorang 3 orang! :)

Lepas dah letak barang, rilex kan badan dalam pukul 5:45pm kitorang keluar bergerak ke pantai. Hajat nak mandi tapi disebabkan esok masih ada masa so kitorang banyak camwhore, main main air and layan sunset je dulu di tepi pantai! hikhik! 



Gigih set timer nak tangkap gambar bertiga! Hewhewhew

Layan sunset sekali di Teluk Nipah :)

Lepas dah puas main air dan layan sunset, kitorang pergi makan terus untuk dinner. Kan pergi weekdays, too bad banyak kedai makan yang tutup, so tak banyak pilihan sangat. Masuk je mana yang ada. So next time kalau nak pergi weekdays kena beli makanan ringan siap siap dari rumah. Kedai runcit kat sini pon boleh tahan cekik darah jugak harga harga barang dia -_- Tapi kalau tak nak beg berat, redha je lah beli barang kat sini.


Mine - Carrot juice RM3
Nasi goreng seafood - RM6.00 

Total for carrot juice and nasi goreng seafood = RM9. Rasa masakan kedai ni just so-so je lah. Bolehlah makan tapi seafood dia sikit sangat and tak berbaloi dengan harga. Pergi weekdays kan memang tak banyak kedai makan yang bukak, so nak tak nak redah je lah. 



Perbelanjaan untuk hari pertama

Duit collect RM150 seorang x 3 = RM450 
RM450 - RM50 (minyak kereta) - RM30 (feri) - RM15 (van dari jeti ke chalet) - RM240 (chalet utk 3 hari 2 malam) = RM115 

Duit sendiri (bajet Tia RM350 tolak duit collect RM150 so tinggal RM200)
RM200 - RM9 (dinner) = RM191 




Sekian cerita untuk hari pertama kami di Pulau Pangkor.

Hari kedua nanti ada cerita pasal snorkeling, pusing pusing pulau pangkor anddd macam macam lagi! Tunggu yehhh? :) 





Wednesday, January 9, 2013

#2 Random thought

Sebelum tidur mesti random thought ni akan blingggg! datanggg tiba tiba. Aherherher. Tak boleh blah siap ada bunyi blinggggg -_- 



Masa baru masuk sekolah selayang dulu which is when i was in form 2, masuk je terus kena buli dengan this so called gangster sekolah but seriously to me dorang bukan gangster pun, dorang tu bohsia kawasan selayang. Kiranya dorang ni tak boleh tengok perempuan cantik *ehem ehem* masuk sekolah tu nanti jatuh saham dorang kat depan rempit rempit. Hahahah! Gittew. 

Kena buli sampai balik rumah je nangis. Dah lah tension tak habis lagi sebab kena pindah rumah, pindah sekolah pastu dapat class paling corot sekali siap kena buli pulak tuh? what a bad bad year for me. Hah yang bohsia bohsia tadi tuh dari kalangan class corot jugak lah ye? Menyesal tak perform masa form 1. Tskk! 

Sampailah one day, agaknya muka tia ni nampak boleh pakai sikit, cikgu jadikan ketua kelas. Mungkin result masa tingkatan 1 tia lagi farrrr wayy better dari dorang. Lepas tu sehari dua dijadikan pulak pengawas sebab sekolah tu nak atleast 2 orang wakil dari setiap kelas yang corot corot ni. And lagilah terukkkk kena buli sebab dorang tak puas hati baru masuk dah dapat pegang jawatan semuaaaa tuh! Kahkahkah. Eh gelak pulak. Tengah sedih ni. 

Lepastu, tiap kali nak pergi mana mana, tia bawak 1 note pad ni and dekat part belakang note pad tu tia tulis besar besar.....

BIAR HODOH ASAL PANDAI
JANGAN CANTIK TAPI OTAK
TAK BOLEH PAKAI 

lamaaaa sikit lepas tu barulah tak kena buli dah. budak budak class pon dah jadi okay boleh layan bagai. sampailah form 3, terus dapat masuk class first sebab well.. pegang prinsip kat atas tuh lah! study bersungguh! dan.... bohsia bohsia tadi masih lagi di kelas yang tercorot. kata bohsia kan? natang menda pandai? 

dan sampai sekarang jugak bila teringat, dah lama rupanya tak jejak pasar malam selayang ni hah. malas! malas nak tengok muka muka pembuli a.k.a bohsia tu. haritu siap ada yang add lagi kat fesbuk. tak padan dengan tu PM suruh approve siap tanya lagi tak kenal ke. kahkahkah! memang tak lah aku kenal kau bohsia! pergi jalan. takkan nak mengaku kawan orang cemni?

okay ni random ke cerita pasal bohsia ni?

apa pun puas hati dapat masuk class first masa form 3 and tunjuk kat dorang mana patut aku berdiri. bukan sebelah dorang. definitely not. 


NEVER. 



Monday, January 7, 2013

Random Thought


Hai. 

Tia baru lepas study lepastu tefikir something yang sangat random. Macam kelakar tapi yeah, hidup ni kan macam macam boleh jadi. 

Masa UPSR dulu orang suruh dapatkan 5A nanti boleh masuk sekolah bagus. Lepas tu tingkatan satu, tak masuk mana mana pon. Just masuk sekolah biasa yang memang di idam idamkan untuk masuk.

Lepastu, tingkatan dua tukar sekolah yang tak dijangka langsung akan langkah kaki kat situ. Nak dekat PMR, kena paksa lagi dapatkan 8A sebab nanti boleh dapat aliran kos yang elok which are sains tulen, account and sastera. And dapat masuk sains tulen tapi tak minat biology for god sake! Tak dapat tukar kelas tapi dapat tukar sekolah terus. 

Dekat sekolah baru masa form 4, bila perkenalkan diri, ada je yang dapat 8A masa PMR tapi kat situ jugak, tak pergi ke mana pon. Hahaha. Kelakar. Aku yang tak berapa A pon dapat berdiri sebelah orang pandai.

Lepastu SPM. Lagi sekali paksaan untuk belajar sebab itulah yang menentukan kerja atau sambung belajar kat mana mana. 

Masuk politeknik, kat sini tak berapa kelakar. Memang tak akan ada yang berpuluh A kat sini. Poli kan? Cuma yang berketul A, yang A-nya boleh dikira oleh budak kecik 2 tahun. 

Lepas tu, sambung degree. Kat sini mula lagi kelakar dia, bila orang yang mungkin pernah dapat straight A untuk segala UPSR PMR SPM still berdiri sebelah aku yang tak ber-A sangat ni. Kiranya usaha aku dengan usaha mereka yang pandai end up dekat degree, lagi lagi bila degree sama. 

Sekarang tunggu habis study. Itupun kalau habis. Tengok pulak kerja dan tahap gaji. Mungkin akan membezakan mungkin tidak. Lepas tu dapatlah bezakan lagi 'aku 4A masa SPM tapi kau straight A tapi gaji sama je' misalnya. 

Misalnya je lah. 

Some people are lucky and some are not. 

Random sangat apehal entah ni. 

Okay nak tidur.

Zzzzzzzzzz. 






Related Posts with Thumbnails