Thursday, August 30, 2012

Cornflakes Madu - Kellogg's ke Nestle?

Selamat Hari Raya Aidilfitri semuaa! :) 

Actually before raya haritu tia try buat a few kuih raya. tak payah a few sangatlah. 2 jenis je sebenarnya hah. cornflakes madu and chocolate chips. both are my favorite kuih raya ever. so malas macam mana pun mesti tia akan buat! kalau mama dah suruh buat kuih raya yang tia tak berkenan sangat macam almond london yang sooooo 2002 tuh, tia tak buat lah. hihihi! yang duduk rumah pon tia je, kalau orang yang datang tak habiskan siapa lagi nak habiskan ye dak? tiaaaa jugak. so buat yang tia suka makan je lah dok? aherherher. 

So time nak buat cornflakes madu ni, tia tengok resipi and terus pergi beli bahan bahan dia. sampai kat kedai baru terfikir yang cornflakes ni ada 2 brand. kellogg's and nestle -__- tak tahu nak pilih mana 1. last last tia ambil je dedua sekali. haaa senang kata ko! 


Ramai yang cakap cornflakes kellogg's lagi sedap dari nestle. kalau tengok isi pon memang ada beza antara dua brand ni. Tia kan first time nak try buat kuih guna cornflakes ni. Manalah tau dua dua ni tak samaaa. Nama sama kan? 

Kellogg's dia nipis dan kecil je size tapi kalau Nestle dia punya size agak besar dan tebal. so untuk kuih raya cornflakes madu ni lagi sedap kalau guna cornflakes Kellogg's. mama pon cakap macam tuh! :) sedap pon sedap!

tambah almond sekali. omnomnomm! :) 

Tapi takdelah nak cakap kalau guna Nestle tak sedap. okay lah. bolehlah nak makan jugak. ikut selera masing masing. untuk tia, tia prefer Kellogg's Cornflakes! :) kalau korang? 

Tia yang buat, tia yang makan, tia yang habiskan. sedapp habaq hang! hikhikhik! last last time raya tinggal sikit je. tu yang buat lagi and this time guna Nestle. tapi.. tu lah. kalau dah prefer Kellogg's macam macam lah nak komplen pasal Nestle kan? hahahaha! 

tengok pon dah sodap. apatah lagi rasa? awhh~ ok gedik. hahaha! 


okbai! :) 


Monday, August 13, 2012

Sampai Disini Sahaja :(

Hai korang!

Tajuk macam putus cinta kan? hewhewhew. im not in a good mood these couple weeks. sedih sebab terpaksa melepaskan sesuatu yang tia sangat sayang... 

Bella 

Tia dah bagi Bella dekat orang lain. walaupun susah nak lepaskan tapi terpaksa jugak bagi dekat orang lain. harap orang yang ambil bella ni dapat jaga dia sebaik yang mungkin. sedih tau tengok orang ambil kucing yang kita sayang teramat sangat ni. sedih bila tengok orang tu ambil bawak masuk kereta and berlalu pergi... tak hilang lagi sedih dengan kehilangan bella, tia terpaksa jugak melepaskan anak anak dia sekali..

kiko and lola 
ni anak anak bella. tia bagi nama kiko and lola. masa nak bagi dekat aunty tu, tiba tiba dia cakap nak seekor je. tia ingat tak naklah pisahkan diorang adik beradik, tapi aunty tuh cakap nak lola je. tia bawak balik kiko. sedih lagi sekali tengok lola dimasukkan di dalam kereta dan dibawa pergi. dah lah lola yang paling manja sekali :( aunty, jaga lola elok elok pleaseee... 

kiko
dan akhir sekali, tiba giliran kiko. kiko ni time ada bella, dia asyik ikut bella kehulu kehilir. lepas bella takde dia ikut lola pulak. selalu buli lola. and sangat penakut dengan tia. tapi lepas lola pon takde, tiba tiba dia jadi manja dengan tia and mama. ikut je kaki kitorang. and bila tia nak tidur, dia pon naik atas katil nak tidur sekali :') tapi tu semua tak lama pon. tia lepaskan dia. sedih untuk ketiga kalinya. tengok kiko dibawa pergi.. 

semuanya kerana.. hmmm.. nantilah tia cerita. mata dah masuk habuk banyak ni. tak nampak keyboard nak taip. puasa puasa ni tak baik kalau air mata keluar banyak sangat kan? nanti haus!
-___- 

bella, lola, kiko.. harap tuan baru korang jaga korang elok elok...



p/s : nasiblah ada video. setiap malam before tidur boleh tengok video diorang :( 



Bella and Memories : 



:'(


Tuesday, August 7, 2012

Truth Hurts

Jodoh itu rahsia Allah..

Selama mana kita setia, 
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita bila bersama kekasih,
Sebanyak mana cinta kita untuk dia, 

Jika Allah tidah menulis jodoh kita dengan kekasih kita, kita tetap tidak akan dapat bersamanya. 
Think Positive.
Terimalah takdirnya. 



Bila terbaca text ni dekat BBM jadi takut. Takut jika orang yang kita sayang selama ni, orang yang kita selalu habiskan waktu bersama, orang yang kita rancang macam macam bersama, orang yang selalu kita rindu, bukan milik kita akhirnya. 

Jika cinta boleh pudar dalam sekelip mata,
Jika sayang boleh hilang begitu sahaja,
Jika setia boleh berpindah menjadi milik sesiapa, 
Mungkin senang untuk menerima takdir bukan?




Friday, August 3, 2012

Bersyukur

hai semorang! :)

harini kecoh pasal result degree UiTM dah keluar kan. at first boleh buat lex lu sap kok lu tapi lama lama bila ramai yang dah dapat email pasal result tetiba hati jadi berdebar debar -___-  punyalah tunggu sampai tak tidur nak dekat pukul 6 pagi rupanya result dah masuk dekat email pukul 5 pagi dah. tapi dekat folder spam. saje nak buat aii nebesss lettew result ni! 

Alhamdulillah. almost nak dapat dekan tapi mungkin takda rezeki lagi kot. feeling? awkward. haha! teramat awkward sebab diploma sebelum ni tak pernah dapat pointer 3.5 kebawah. so macam awkward and agak sedih sebab lagi sikitttt je nak cecah 3.5. whatever pon, tia masih bersyukur :) baru first semester degree kan. i will try my best for next semester :) 

dont give up tia. still have 5 sem to go! :)

walaupun mama ayah selalu bising sebab selalu balik lambat, kehulu kehilir jumpa boyfriend lepas class, almost everyday dating, bayar almost RM700 for rumah sewa tapi tak sehari pon duduk, habis duit isi minyak kereta untuk perjalanan 80km sehari untuk pergi class, tak nak ambil PTPTN bagai tapi diorang senyum lebar and puas hati bila tengok result tia. senyuman yang tak boleh dibeli dengan duit :) 

bila tengok senyuman tu tia rasa nak menangis sebab tak berusaha lebih lagi :(  tapi diorang tenangkan tia. diorang cakap.. tia dah lari jauh dari course masa diploma, dapat pointer macam ni pon dah terbaik. 

im happy with my result! :) 

betul cakap diorang. masa diploma ambil course sains kesetiausahaan tetiba degree ambil broadcasting. dari politeknik masuk universiti. hampir 2 tahun tinggalkan buku buku semua. so pointer macam ni pon dah patut bersyukur :) thanks mama. thanks ayah. pandai diorang sedapkan hati anak bongsu diorang ni hah :') 


tia and qila 

and gambar kat atas ni gambar tia dengan kawan yang paling baik dengan tia since first class sampailah sekarang. dia banyak tolong tia masa belajar. and congratulations qila sebab dapat dekan! im so proud of you :) walaupun selalu risau sebab takut tak dapat pointer bagus, at last pointer dia tinggi sangat! *hugs* and kami berjanji untuk saling ingat mengingati untuk belajar bersungguh sungguh for every coming semester! 




p/s : tak sedih pasal result. tapi sedih sebab dah bagi Bella dekat orang yang lebih layak untuk menjaga dia :'( 




Related Posts with Thumbnails