Wednesday, June 20, 2012

Berhati hati dengan TIN minuman!

Salam semorang ;)

dah baca dekat facebook or dekat mana mana pasal tin minuman? kalau belum meh sini baca...

gambar :  google.

Pada hari minggu, sebuah keluarga bertemasya dengan membawa beberapa tin minuman. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dibawa ke hospital dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit (ICU). Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini terlacak pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospiraSangat dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung diantarkan ke kedai kedai tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteri.) Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan fatal.

setiap kali keluar dengan bf tia kalau minum air tin confirm dia akan ingatkan untuk bersihkan dulu permukaan tin minuman tu. ouhh! inilah sebab dia! sooooo bahaya! thanks by the way hubby sebab selalu ingatkan! :D 

and yeah, sometimes kalau penat sangat mendaki tangga nak pergi class kat UiTM tu, terus pergi vending machine beli air tin then terus minum! blerghhh! tak ingat langsung nak kena basuh dulu permukaan tin tu! kena beringat ingat lepas ni! kalau tak bahaya untuk kesihatan dan kecantikan!  hewhewhew.

renung renungkan dan selamat beramal! :)





p/s : dah nak dekat final exam. cepatnya masa berlalu?


Thursday, June 14, 2012

PUISI: Bila Esok Tuhan Tarik Nyawa..


bila esok Tuhan tarik nyawa 
apa kau akan buat ? 
nak menyesal tak sempat 
nak taubat dah terlambat 

silap kalau fikir kau muda masa kau panjang lagi 
silap kalau kau fikir tak sakit tak akan mati 
silap kalau kau fikir tak kiamat lagi apa nak peduli 
bila bila masa nyawa kau boleh pergi 
itu rahsia Dia, rahsia Ilahi.. 


bila esok Tuhan tarik nyawa.. 
sudah sediakah engkau dengan seksaan Dia? 
seksa kerana engkau derhaka kepada kedua ibu bapa 
seksa kerana engkau suka tunjuk kaya 
seksa kerana engkau berpakaian tak tentu hala 
seksa kerana kau bangga dengan segala apa kau ada 
seksa kerana kau lupakan Dia.. 
sudah sedia? 

banyak mana dosa banyak mana pahala? 
kalau ditimbang adakah berat sama rata? 
atau berat lagi dosa? 

mana mahu pergi antara syurga atau neraka? 
kalau teringin jadi ahli syurga 
mengapa di dunia selalu menyeru neraka? 

pintu taubat sentiasa terbuka 
jangan tunggu bila esok.. 
bila esok Tuhan tarik nyawa…. 







p/s : kadang kadang bila tengok orang berubah, teringin nak berubah. one day. InsyaAllah :’)



Friday, June 8, 2012

Selamat Datang Kittens!

Last post cerita pasal bella bunting, but actually bella dah beranak dah pon on 4th June. hikhik! saje tunjuk dia bunting dulu. takkan tetiba nak tunjuk kitten kan? sedangkan gambar bella mengawan pon tunjuk! hahaha! 

ni time hantar bella mengawan dekat rumah member ayah. bella  tengah landing.
yang berdiri kucing jantan ni nama dia messi :) 


anddd tadaaaaaaaaaaaaaaaaa! their kittens! 2 je yang berjaya dikeluarkan and both sama macam colour mama and papa dia kann kann? comel comel! 





i love you kittens! selamat datang! :D 


Thursday, June 7, 2012

bila Bella bunting

hai hai hai guys! eksaited sangat nak update blog sebab bella yang baru 11 bulan dah bunting! she's pregnant! homaigod! means menjadi jugaklah mengawan haritu. ingat tak jadi. sebab lama betul tunggu tapi macam tak ada apa apa langsung -_- 

tapi tiba tiba 1 hari nampak lain je perut dia. bulat semacam! tapi susah jugak nak perasan memandangkan bulu dia agak fluffy! so nak cek, tia peganglah breast dia. anddd yes! memang ada susu! tu salah 1 tanda kucing bunting kan? hikhik!

ghupanya dah lama dia pregnant cuma lately je nampak besar sebab dah nak bersalin. tanda nak bersalin jugak dia nampak manjaaaaa sangat! asyik datang kat tia nak mintak dibelai belai diusap usap. ouhhh so sweett!


mommy bellaaa! :D 
tiap hari kena belai mommy bella ni hah! comel! 

and tengok video ni. manja sangattt sangat macam nak perhatian. nak bersalin lettew! hihihi! 





comel cam tuan dia kann kann? :)



okbai! hikhikkk! 
Related Posts with Thumbnails