Saturday, March 31, 2012

bila sudah disatukan! :)

hai semorang! :)

selama tia bela Bella ni banyak kali jugak tia fikir nak mandulkan dia bila dia besar nanti ataupun bagi je dia mengawan and giving birth and make beautiful cutey babies. awww~ lama kot fikir nak buat mana satu!

tia tak ada experience nak neutered kucing ni. tak pernah ada! and before neutered doktor suruh puasakan dia 8 jam? hoi tak sanggup nak bagi dia kelaparan :( then tak sanggup nak tengok muka kesian dia lepas kena bedah nanti -____- so buat masa ni biarlah dia menjalani kehidupan yang normal seperti haiwan yang lain. yes. membesar, mengawan, having babies... i mean NORMAL LIFE? get it?

so bila one day si Bella ni dah start meroyan macam nak mengawan, time ni jugaklah i have decided nak hantar dia dekat rumah member ayah yang ada kucing jantan. tak sampai hati tengok dia mengeow meow meow meoww setiap hari non-stop cari laki! ahahah! comel but kinda kesian kot tengok. bukan meow macam biasa tuh hah, ni meow macam nak menggatal tuh!

and look at what i got from the owner of kucing jantan yang bernama Messi ni!

ecehh Bella and Messi berpandangan sama sendiri. cari feel agaknya. hikhik! 

Messi intai Bella tidur. nak ajak tidur sama lettew! 

tapi diorang tak tidurr pon! akhirnyaaaaa! hihihihi! 

eh kejap! gambar atas ni patot censored ke camane sebenarnya? kehkehkeh! happy gilaaa dapat tengok gambar Bella! tak lama lagi boleh dapat banyakkk kitten kann! :D






p/s : sebenarnya berapa lama nak bagi dia honeymoon kat rumah Messi ni?
p/s : kaler Bella and Messi sama okay! sepadannn sangat! auww~ 





Thursday, March 22, 2012

yay! tak perlu lagi beratur panjang!

Assalamualaikum bloggers and readers sekaliann! :) 

Sejak dah masuk belajar ni even ada rumah sewa dekat area seksyen 7 tuh tak pernah lagi balik sana. ahaha! kira bayar membazir duit gitu je hah. tapi masoknya belum lagi. barang barang je yang dah duduk kat dalam rumah tu. tuan barang belum lagi. homesick katanyaaa -__- 

So bila dah ulang alik ni takde la penat mana bila tiap hari dapat tengok muka orang tersayang ni. dapat tengok muka ayah tercinta, mama tercinta, boyfriend tercinta termasuklah bella! rasa seronokkkkk je :) 

Tapi yang rasa penatnya bila balik and lalu dekat federal highway tu hah! tak sah tak jem! pfffttt! dah lah jem! then bila dekat tol pulak nak kena beratur kemain panjang lagi. time tu baru terfikir kalau ada smart tag ke touch n go ke sedap jugak kan? 

Then tanpa fikir panjang order terusssss kat twitter! kebetulan time tuh tengah hangat diorang kat twitter tuh promote #TJTouchNGo. weeeeee~ 

my #TJTouchNGo pink kaler u know? 
so dah dapat Touch n Go tia! senang woi! tak payah dah nak tunggu beratur panjang bila ada card ni! kehkehkeh! *lap peluh* 

kat depan siap ada TWEETHANDLE lagi. curlasss gittew! 
kat belakang pulak ada URL twitter korang :) 

dengan adanya card ni tak payah dahhh beratur panjang habaq hang! boleh terus je meluncur laju kat lane touch n go sambil lambai keseronokan dekat orang ramai yang tengah beratur kat lane tunai tuh. hikhik! 

kalau korang yang ada twitter  berminat nak buat card ni pergi la search hashtag #TJTouchNGo. tia tak sure ada lagi ke tak sebab dah lama tak layan twitter ni hah. sebok belajarrr kata ko! 


okbai! :) 



Thursday, March 15, 2012

dulu terkedek kedek sekarang tergedik gedik

hai semorang! ingat bella lagi? kalau tak ingat sini tengok picture dia :)

Bella - 2 Bulan
ye. inilah bella kesayangan tia! tia jumpa dia dekat mudah.my. time tengok terus call owner and hari yang sama jugak pergi ambil dia kat puchong tanpa pengetahuan ayah and mama sebab diorang dah malas nak bela. kahkah! so bawak balik bella time tuh dengan perasaan takut sebab takut mama ayah suruh buang -_- 

lepas dah bela minah bella ni, punyalah susah nak bagi dia makan! dah try 5 jenis makanan kucing dah tapi semua bella taknak makan! termasuklah friskies and whiskas sekali. so bila dia lapar mulalah dia mogok! bagi macam macam taknak makan. lastly dia pergi kat cage and buat muka kesiannn.. 

buruk tau perangai minah ni! 
lepas tuh punyalah fikir nak bagi makan apa, last last mama suruh bagi makan ayam rebus. so mama lah tiap pagi bagi dia makan ayam rebus. kemain laju woi dia makan! macam tak cukup 1 mulut! Grrrr bellaaaaa!! 

untunglaaa tiap hari makan ayam rebus! 
so bila dia dah dapat makan ayammm! mestilah happy cenggini!

yayyyyyyy! :D 
tapi sekarang takdelah nak kena bagi makan ayam rebus je. tokei ayam pon bankrup kalau bela kucing camni! -_- tahap comel dia mama and ayah pon dah sayang! kehkehkeh! tapi bila dah masuk belajar macam dah takda masa nak jaga. mama suruh juallah.. bagi orang lah.. haih! :( 

comel camni nak suruh let go mama? ouhh tamo tamo! :( 
dia suka bajet comel camni bila orang pandang dia! comel! 

tengah fikir apa nasib dia lepas ni.. tapi apa pun tetap kuatkan hati nak bela dia sampai bila bila! :(

ouhh! meh la tengok video dia masa kecik! macam patungg! comel gilaaaaaa! mana tak tergoda camni?







sayang bella! :) 



Saturday, March 10, 2012

Saya Pelajar Masscomm Penyiaran, UiTM Shah Alam!


setelah dilemma 2 February haritu nak pilih kerja or study, lastly 3 March 2012 dah pon selamat register as student dekat Uitm Shah Alam. Alhamdulillah :) harap harap harappppp sangat dapat fokus on study dan dapat pointer yang dapat membanggakan diri sendiri and parents andd errr future husband? hikhik! 

gambar kelakar. muka terpaksa dikaburkan. kehkehkeh

nasib ada keela teman tia register haritu but dia just register je then study kat puncak alam! haiyahh! kalau takde keela maybe suruh parents teman. segan kot bawak parents ni kan? im oredy 22 years old and still mintak parents teman for registration? segan kot! but yes.. kalau takde member confem my parents will absolutely KENA teman. ambik kau! kena siap capslock lagi. kira wajib ah tu. *facepalm* 

then hari isnin 5 March 2012 terus pergi kat fakulti and terus kena masuk kelas? like seriously? habis yang aku terkedek kedek dengan tangan penuh bawak file x-ray bagai ni nak bagi siapa woi? so terus je la dengan muka blur-nya pergi tengok timetable and cari class. nasib jumpa a group of student yang ambil course yang sama macam tia. Broadcasting. so kitorang bergerak sama sama cari class.. *lap peluhh* 

first week start class ni sangat penat. sangat sangat. tapi best! yang paling best sebab dapat voucher RM200! dulu ikut member shopping buku bagai dekat bookstore now its my turn bebeh! bahahaha! *gelak jahat* but yeah.. baru masuk class kan? banyak buku nak kena beli. so stuff that is not so important kena tolak tepi dulu -_- 

so nak beli buku ape ni? weeeee~

pergi class memanglah bawak kereta.. tapi kalau ada class dekat tempat lain? macam kat menara tu hah? jauh! terpaksa naik bas! kalau nak jalan kaki? class dah habes baru kau sampai tahu? so dah berapa tahun tak naik bus at last kena naik bus dan yang kelakarnya ingatkan bus rapid ni sistem dia macam dulu which is boleh guna 1 tiket for the whole day rupa rupanya sekali naik 1 tiket. malu woi konfiden je tunjuk tiket kat driver bus tuh! nasib dalam bus tak ramai studentt! -_- kalau tak? terserlah kebodohan kat situuuu.. 

ingat tia! 1 tiket 1 kali naik bus! ingat! 
kalau nak parking kat sana memang kena lah pagi pagi dah sampai! class pukul 8.30 pagi pukul 7 pagi aku dah terpacak kat parking tu hah. takut tak dapat parking punya pasal. punyalahh kecik tempat parking dengan student yang ramai macam tu? sigh~ tu kalau datang pagi. kalau class habis tengah hari kenalah kuatkan tenaga untuk tolak tolak kereta sebab nak keluarkan kereta kau. diorang dah buat double parking. dah macam main puzzle! 

kawasan parking.. 
tu kalau naik bus.. kalau nak pergi kat fakulti sendiri? pagi pagi boleh habis berbotol botol air sebab nak kena harung tangga yang sangat tinggi and jalan yang berbukit bukit! and bayangkan first day tia pakai heels? patah kaki tau tak? then the next day and hari hari yang akan datang no heels dah! a big NO! 



lelah woi naik tangga ni hah! -_- 

setakat ni dululah kenangan first week dekat Uitm Shah Alam. Next week mungkin dah start kuliah. Wish me good luck people! :)


notakanantiafazunia : baru first week dah demam -_________-



Related Posts with Thumbnails