Sunday, February 20, 2011

BLOGGER IDOL kini bermula! adakah anda yang kami cari ?

[DENGAN KERJASAMA AKMALHILMI DAN ANDYHOWTT]

untuk lebih cepat loading klik SINI ;)


adakah korang BLOGGER IDOL yang kami cari ? tibalah masanya untuk tunjok bakat nyanyian korang dekat blog! amacam ? BERMINAT takkk ? *takkan blogger pandai menaip je?* tapi kalau korang TAK MINAT menyanyi korang jugak boleh dapatkan hadiah wang tunai dari contest ni! jom baca duluuu!

TERMA SYARAT PERATURAN serta ARAHAN untuk menyertai BLOGGER IDOL ialah :


hanya terbuka kepada BLOGGER SAHAJA.

buat rakaman anda menyanyi dan buat entry bertajuk BLOGGER IDOL ANJURAN TIAFAZUNIA KINI BERMULA! kenalkan diri dan tajuk lagu yang korang hendak nyanyi di entry. tak payah copy semua terma syarat bagai ni dan hantarkan link korang tuh di ruangan komen contest ni oke? tuliskan sekali DENGAN KERJASAMA AKMALHILMI DAN ANDYHOWTT di dalam entry korang :D jangan lupa letakkan sekali link REFERRAL (dari mana korang dapat tau pasal contest ni) anda!



letak kan banner contest ini dekat entry dan sidebar anda dan jangan lupa linkkan ke entri ini.

anda tidak diwajibkan untuk follow. tapi kalau nak follow my pleasure lah! kalau tak follow selalulah datang kat blog tia untuk mengetahui update terkini :)

minus one tidak dibenarkan. tetapi alat muzik seperti gitar dan piano amatlah digalakkan tak pon hanya suara sahaja (unplugged) adalah lebih bagus dan pemilihan lagu mengikut pilihan dan citarasa korang sendiri.

korang boleh bernyanyi secara solo, berduet ataupun berkumpulan tetapi pastikan rakan duet anda atau rakan dalam kumpulan anda adalah blogger! *hadiah nanti kongsi la ye?*

tia, akmal dan andy berhak me’reject’ video korang kalau tidak menepati syarat syarat yang ditetapkan atau terdapat sebarang penipuan dalam video tersebut.

tag la beberapa orang kawan blogger yang korang rasa suara dorang sedap atau korang rasa dorang ada bakat! tak tag pon takpe, tak paksa ;)

korang jugak perlu SIGN UP di 1tube.my dan upload video yang korang menyanyi tuh. letakkan tajuk video anda BLOGGER IDOL ANJURAN TIAFAZUNIA KINI BERMULA! dan letakkan link blog tia di description serta link contest dari blog korang . siapa yang dapat view serta komen tertinggi akan dapat membuat vlog pertama korang bersama 1tube.my ! macam tia punya vlog yang INI. dan ada hadiah special dari pihak 1tube.my sendiri! ;)

tarikh tutup adalah pada 17 APRIL 2011 dan jika peserta tidak lebih dari 10 orang contest akan terbatal serta merta.

jika anda menjadi REFERRAL TERTINGGI (blogger yang join contest tau ada contest ni dari blog korang) korang juga akan dapat hadiah wang tunai. *tidak termasuk reference dari akmalhilmi dan andyhowtt.*


HADIAH PEMENANG :

Johan Blogger Idol : RM 100
Naib Johan Blogger Idol : RM50
Tempat Ketiga Blogger Idol : RM30

Referral Tertinggi : RM30
View dan Komen Paling Banyak di 1tube.my akan dapat membuat first vlog dengan krew 1tube.my *masih dalam perbincangan* dan hadiah special dari pihak 1tube.my.

and tia akan cuba cari sponsor. mana tau korang boleh dapat domain ke hadiah yang lebih ke ye dak ? ATAU ADA SESIAPA YANG INGIN MEMBERI SPONSOR ? hihi!

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH CONTACT TIA DI FACEBOOK PAGE BLOG TIAFAZUNIA, AKMALHILMI ATAUPON ANDYHOWTT.




SELAMAT BERJAAAAYAAAA KEPADA SEMUA CONTESTANT! :D


terima kasih banyak2 kepada yang terlibat untuk menjayakan BLOGGER IDOL ni. u know who u are ;)

Thursday, February 17, 2011

apa yang BEST bercinta dengan BLOGGER ?

sebelum tuh.. korang minat karoke ? vlog ? baca kat sini kejap oke ? ;) tenkiuuu!


entry ni bukan datang dari tia, tapi dari bro framestone. first time tia join segmen. sebab tajok dia besttttt! lagipon bro guna gambar tia untok segmen ni. terhaaaruuu! ingat senang tia nak join segmen ? ini first time hokey ? bro! sila teharrruuu jugak. hikhik! :P



apa yang best bercinta dengan blogger ni hah ? bagi aku ..


boleh tuliskan kenangan sepanjang korang bercinta dekat blog. menjadi tatapan korang sendiri, orang lain dan anak anak ponnnnn boleeeeee ;) tapi agak agak ah jugak kan, ada yang sukaa sangat baca like howwww suuwwwitt dorang neh. tapi ada jugak yang tak suka like ouhhemmgeee! tak de benda lain nak update ke? macam kau sorang ada bf! :P

err.. boleh pergi gath sama samaaa! kemana mana pon bersama-sama. kadang kadang ada jugak blogger punya gf or bf yang bukan blogger tak bagi join gath kan? baik pergi dating kan ? so kalau dua dua blogger kan senang. apa korang buat masing masing tau, tangkap gambar dengan blogger perempuan ni, blogger lelaki tuh, takde la nak jeles ye dok?

kalau NAK kawen, korang boleh tuliskan perjalanan dari merisik saaammmpai la ke nikah. kann best? kenangan tuh weh! orang lain just ada gambar je. korang siap ada blog lagi! classs nok! kalau nak cerita pasal malam pertama pon adalah digalakkan! saya memanggg suka baacaaaa! :P

okegatal.

nanti DAH kawen korang boleh buat blog untuk korang berdua. cerita pasal life bila dah kawen, cerita pasal bini korang dah pregnant. cerita pasal laki korang kena morning sickness. cerita pasal anakkk! sounds great kan ? :D

tu je yang aku dapat berfikir dalam masa limabelasminittypeentryni. best best jugak. tapi kalau tiba tiba break? orang yang menyampah baca entry korang tuh asek bf bf gf gf je mesti tepuktangangelakgulingguling sebab korang tak berjaya ke jinjang pelamin kan? tapi dah takde jodoh apa boleh buat?

okbai!


kredit to Eva Natasha

Wednesday, February 16, 2011

bukan blogger femes sahaja boleh buat vlog & PENGUMUMAN PENTING!

ingat tak entry yang lepas yang aku cerita aku dan 5 orang blogger shooting dekat Bukit Bintang dengan 1tube.my ? ingat tak ? mesti tak kannn .. yelaa.. siapa la aku ni kannn. ok shadap! shadap!

video dahhh siap! kemain lagi aku tunggu video keluar, tapi bila dah keluar nebes gila nak tengok! apekehe nya ntah! maybe sebab aku banyak melalot kot! merepek meraban bagai. dengan rambut style macam tuh rasa selekeh plak! nampak chubby plak tuh! grrrrr.


kalau nak video tia ni lagi cepat loading, korang boleh pergi terus kat sini.


see ? 1tube.my bukan ambil blogger femes je untuk buat first vlog dengan dorang, tapi blogger picisan macam aku pon dapat jugak buat first vlog ni! sexcited wohh!

jommm aaaarrr layan video dekat 1tube.my dari akmal hilmi seksi, andyhowtt, darkbatman tough, kyerul zain, yuyu lar and DdFabulous! ;)



PERHATIAN KEPADA SEMUA BLOGGER YANG SUKA MENYANYI DAN KARAOKE!


aku akan buat pertandingan nyanyian dekat blog! macam mana ? buat vlog! nyanyi dan record dan sudah tentu korang kena buat entry! mana tau koranglah suara yang sedap antara bloggers yang ada dekat Malaysia neh ..so dapatlah hadiah dari aku! or maybe ada sponsor? hadiah lumayan ? hihi! insyaAllah! :D

tunggu next entry dari Tia! :))



tiafazunia :: gugup gilaaa nak bercakappp tau takk! grrr!

Sunday, February 13, 2011

Shooting Vlog with 1tube.my


nampak tak dalam gambar ni ada aie darkbatman (dia TOP 10 Most Influential Blogger (by Faces Magazine) kat Malaysia bak kata DD, kyerul, akmal, tia, mia as Admin 1tube.my and andyhowt! yang takde dalam gambar DD and yuyular! time ni aku malu malu sikit nak tegur yuyu =.="


kitorang buat shooting kat Bukit Bintang. shooting first vlog dengan 1tube.my! pukul 8 malam kitorang da sampai kat sini. pengalaman shooting ni sangat best tapi neves gyler kot bila orang ramai da kerumun tengok kitorang ala-ala berlakon kat tengah tengah Bukit Bintang tuh. haha! *macam artis tak siap. hikhik* then dah pukul 10 lebih macam tuh baru syafiq rosli and nisa kay datang ;)

aie darkbatman and nisa kay ni femes okay! tiba tiba rasa kecil plak aku time lepak ngan dorang. tapi dorang tak sombong! banyak cakapp lagi! :D


*tiba tiba rasa rimas dengan rambut ni! arghhhh!*


rabu ni admin 1tube.my cakap video kitorang siap. so .. jangan lupa tengok eh nanti ? taww taawww! tia paksa ni! angguk cepattt! ngeeee! ;) tapi aku ada terjah bloggers yang buat skandal kat sahabat blogger ni! kemain lagi borak borak kat facebook tapi bila jumpa blushing habis! jommmm ushaaaa!

haikorang ? sukahatilah ? KAHKAH! kerek je weh! grrr!




okbai!

tiafazunia : my ex called lepas baca last post, "eh, citer pasal i eh ? cis lu!" damn! perasan laa!

Tuesday, February 8, 2011

TIPS: Lupakan bekas kekasih anda

haha! tergelak gelak bila ada member aku terkejut and seronok bila aku cakap aku dah tak heran and boleh terima ex-bf aku sekarang dengan orang lain. yela, dulu kemain lagi aku menangis tiap tiap malam, mengadu kat dia yang aku tak boleh lupakan lah, nak dia lagi lah.. alih alih sekarang aku dah tak heran pasal ex-bf aku tu ;)

macam mana aku boleh lupakan ex-bf aku tu ? terus terang.. aku tak pernah benci dia.. aku terus terusan sayang dia walaupun dia ada orang lain. serius ni! sampai lah satu hari, dia datang minta something yang mungkin gf dia tak dapat bagi … and i was like …



weh ? wtf ?


WTF wehhhh ?




then bila dah jadi macam tuh, secara automatik aku terfikir, kalau aku jadi gf dia lagi, mungkin aku pon kena kayu tiga kat belakang dia ni. kena tipu hidup hidup lagi. mentang mentang muka jambu habis. kira aku tengok pon boleh cair tahap meronta ronta nak kat dia.. tapi tu dulu ah, bila dia dah meningkat dewasa ni .. errr…

hensem ke jambu ke perangai burok tak guna jugak ye dak?


so bila dah boleh berfikir secara waras, tiba tiba automatik juga aku rasa menyampah dengan dia. lagi lagi bila dapat tau dia gaduh dengan gf dia pasal gurl lain. see ? maybe Tuhan nak tunjok aku takkan bahagia dengan dia. lagi 1, dia EGO. bila aku da couple dengan orang lain baru nak terhegeh hegeh balik, then last last aku tolak dia. siapa suruh EGO sangat ye dak? nasib baik weh! kalau tak, mesti down gila dah jadi milik dia tapi dia main belakang =.='

and sekarang, aku dah tak stalk pon facebook dia. sikit pon tak. kalau tak, bila bukak facebook dia la orang pertama yang aku nak tengok, sekarang ni, takde nafsu langsung. bila dia up status yang konon konon sweet pon aku baca macam takde perasaan. sebesar zarah pon aku tak jeles. hebatkan aku ? mungkin sebab perangai dia yang dulu suka kikis duit aku =.=" demm demm!



so, kalau korang dalam sesi nak membenci ex korang. lupakanlah! tak payah nak benci benci sangat ni. tunggu je MASA dan KEADAAN yang tentukan. kan orang ada cakap, bila kita benci orang tuh, nanti benci bertukar sayangg anddd vice versa. haaa! lagi la susah nak lupakan kalau dah sayang ye dak ? so, lex lex cool je babe! ;)






tiafazunia : thanx weh sebab ada je dengan aku time aku tengah meroyan dulu dulu tuh ;)


tiafazunia : apa yang susah sangat lu nak lupakan dia ? perangai ntah pape dia tuh pon da cukup buat lu annoying kan ? apa lagi nak tunggu ? =.="




bukan lupa macam hilang ingatan, tapi lupakan dia macam dia tak pernah wujud pon dalam hidup. dah tak diperlukan. dah tak sayang ;)






*credit to google for the image*

Sunday, February 6, 2011

Gathering Sahabat Blogger

kahkahkah! tajok nak kontroversi je ye dak ? nak tau tube apa ? baca lah dulu! :P

apa apa pon, korang dah join group SAHABAT BLOGGER (SB) dekat facebook ? admin group ni adalah owner dari blog yang garang ni, blog atiq salleh ni, dengan bro framestone.

daripada group ni beratos orang, sekarang dah beribu. sekarang dah nak dekat 3000 members! hebat kan ? kat sini korang bukan je boleh ping entri, tapi boleh post status ikut suka hati korang. komen ramai ramai pon boleh. cari kawan lagi la boleh! tapi INGAT! jangan jadi spammer dok promote link korang kat semua status orang oke? ;)

ekceli nak update pasal gathering SB yang berlangsung 30hb Januari kat times square arituh tapi macam dah terlambat! basi weh! basii! tapi ada ah sikit gambar aku nak tepekk jugak.


antara yang hadir. ramaikan? ;)



api, eazy, tia n andyhowt



salah seorang admin SB, atiq salleh ;)



bro framestone pon admin SB jugak! *saje taw bro suruh tia bukak heels sebab nak sama tinggi! grrr!*


then time gath tuh, mana ada blogger pakai tube woi! tapi kitorang yang join gathering semua dah daftar dekat 1tube.my! *tube jugak kann? =.='* korang dah daftar ? sama macam youtube jugak tapi 1tube.my ni kan produk malaysia. so guys ! DO SUPPORT THEM OKE ? ;))

video ni 1tube.my yang buat khas untuk Sahabat Blogger. best kan dorang neh ? siap buatkan video gath lagi! :D


kalau lambat sila ke 1tube.my untuk cepat loading! and tengok dekat minit yang ke 6.26. paksa ni! hikhik!

tiafazunia :: list blogger yang hadir ada dekat group Sahabat Blogger di FB ;)
tiafazuniaa :: jangan lupa sign up 1tube.my oke oke ?


Friday, February 4, 2011

Menguap Hiburan Syaitan

entry ni khasnya untuk mengingatkan diri tia sendiri and kawan kawan yang lain. antara sedar atau tidak, ada segelintir antara kita yang selalu menghiburkan syaitan =.="
*mode Pendidikan Islam on*

time tia menguap selalu keluar macam macam bunyi! kadang kadang bunyi macam kapal terbang nak terhempas pon tia pernah buat! hoi! ini serius! jangan gelakk oke! nampak tak muka aku serius ni ? *sambil berpeluk tubuh and buat dahi berkerut kerut* bukan sekali menguap macam tuh, tapi banyak kali kot! siap boleh buat irama lagu lagi!

tiba tiba bila terbaca artikel yang menyatakan bahawasanya *perghhh ayat akuuu!* Allah SWT benci orang yang menguap! terkejot la weh! then cepat cepat tia google lagi semua pasal menguap ni. dan jumpa lagi pelbagai artikel tentang menguap. hope sesiapa yang perangai macam aku dapat berubah lepas ni ;)




Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah'.

Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan! bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyi tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan, sukakah kita bila syaitan seronok?

Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang-kadang tidak kita sedar setidak-tidaknya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH SWT dan menjauhkan fitnah syaitan...





tiafazunia :: menguap ni pon satu penyakit berjangkit kan ? kalau salah sorang menguap mesti ada jugak yang ikot menguap. perasan tak ? ;) *time type entri ni pon banyak kali da menguap!*

tiafazuniaa :: ingat tanak update holiday ni, tapi bila terbaca pasal ni cepat cepat update! hihi! ;)

Related Posts with Thumbnails