Sunday, October 31, 2010

Kekasih Tua VS Kekasih Muda


kebanyakan couple mesti lelaki lagi tua daripada perempuan kan kan kann? tak kiralah tua 3 tahun ke, 4 tahun ke 10 tahun ke ataupon 20 tahun lagi tua daripada si awek. time neh dalam otak tia terbayang siti nurhaliza dengan datok k yang bermisai tebal tuh.auuuuwww~

tapi ada jugak couple yang perempuan lagi berusia (agak tak manis cakap tua, hehe) daripada lelaki kann? contoh dalam kepala otak tia ada rita rudaini dengan laki gagah dia tuh and bekas isteri akhil hay dengan laki dia yang mukabudaksangatkonianakikankeapa tuh. kihkih!

kalau tia diberi pilihan, confem ah tia nak yang sebaya atau pon lagi tua dari tia. tapi … errrr .. hmmm… dulu tia penah rapat dengan satu brader ni. time tuh umor tia 18 and brader tu plak 23. hubungan ‘rapat’ kitorang tuh sangat tak lama sebab tia tak boleh nak berpikir cara orang seumur tahap dia berpikir. and dia pulak tak boleh nak layan sifat childish tia yang tak matured lagi tuh. sigh~ nak mintak dimanja pon tak dilayan. takde perasaan brader neh gamaknya. so, tak boleh nak get along. arghhh! reject!

tapi kalau sebaya pon kadang kadang susah gak. kita merajok, dia pon sebok nak merajok. and sama sama tak matured untuk berfikir secara waras. sebab masing masing darah tengah panas kot. kadang kadang tak best jugak kann? Kalau gadoh da jadi macam budak budak. nak cari jalan penyelesaian tuh agak susa sebab masing masing ego. tak brader brader betul kalau dapat bf camni, tak gitu? Kalau yang brader yang lagi matured mesti dia mengalah and pujok awek dia laju laju… err .. kann?

tapi kalau dah sayang, dah jodoh yang ditentukan-Nya, nak cakap apa kann? Baik buruk ke tua muda ke hitam manis putih gebu ke.. jodoh kau jugakk.. TAK GITU ?



KALAU KORANG? CEMANE ? MUDA KE TUA ?

Wednesday, October 27, 2010

kegembiraan seorang 'ACU'

pernah dengar ACU ?
tia bukan nak cerita acuan gen Y dengan gen X kat sini.
ini ACU ialah kata ganti nama bagi MAK SU. tauu tauu ?
pernah dengar ? atau pon korang pon orang panggil acu ?
anak buah tia panggil tia acu :) manja sikit tia rasa daripada maksu.
kihkih~

tia & qimi (1st anak buah)

setakat ni tia ada 4 orang anak buah. tak ramai.
tapi bila berkumpul yang 2 orang pon da jadi macam 10 orang.
belum 10 orang lagi dak? :)

baru baru ni tia dapat berita yang wife acik tia pregnant! yay!
berita gembira kann ?
bertambah lagi jadi 5 orangggg! gembiraa sangat weh!
tahap gembira macam tia plak yang pregnant. weeeeee~


semua adik beradik tia da kahwin. tia sorang je belum kahwin.
anak bongsu laa katakan.
dem dem!
tia takde laa single pon.
tapi kalau nak ajak kawen tia sentiasa available punya!
nah KLIK SINI ntok kenal kenal dengan tia :)








yayy! tak sabar nak tunggu anak buah yang ke LIMA!





Monday, October 25, 2010

bukan salah saya

semalam balik dari kerja aku terus gerak pergi gym. yes! gym.
ini gara gara bulan puasa harituh badan aku tamau turun turun lagi.
kalau boleh bluutuut lemak lemak ni aku da agih bagi sorang sikit. kihkih~

lepas da sejam berhempas pulas kat gym. aku siap sedia nak balik.
penat tahap aku sendiri nak tekan pedal minyak kereta pun bole pergi takat 50km sejam je. dem demm! pukul berapa nak sampai rumah ? dengan jem lagi ?
dengan bawak kereta secara perlahan dan sangat bersopan santun, tiba tiba ada satu kereta myvi haibim haibim dari jaoh. MANGKOK! aku kat lane tengah kot.
nak potong pergi laa lane kanan cislaskas! mangkok! grr~

then dia still haibim lagi dan lagi dan lagi.
perempuan bajet cantik berspek. myvi putih kotor tak basoh!
apesal dia haibim ? oke oke. aku pon dalam hati da sangat panas.
aku terus tekan break sekuat hati.
nampak sangat dia pon kena tekan break gak ye dak? kahkah!
terus minah tu potong and pergi lane kanan sekali sebab aku da jadi terlampau slow.
yes! permainan dah start :)

(dalam hati terus berkata kata)
GENTLEMAN! eh silap. LADIES! START YOUR ENGINE!
aku terus masok lane kanan and kejar minah tuh balik.
haibim haibim haibim banyak kali kat dia. haaaa! puas hati!
dia masok lane tengah balik. then bila aku da kat depan .. dia masok lane kanan balik.
cis! nak haibim aku balik ? fine!
aku terus pecut ke depan,
dia ikot rapat rapat macam couple yang tengah angau bercinta.
dengan selamber, aku terus tekan break tanpa rasa bersalah
and terus lari masok lane tengah.




DUMMMMMM! kereta belakang minah tuh langgar dia.
haa! kan da kena!
aku da laa penat. saper soh kacau?


kalau la minah tuh baca blog aku neh, nak pesan, alang alang kau bawak kereta kau pergi workshop, jangan lupa pergi sental laju laju sekali kereta putih kau tuh, da hitam sangat macam hati kau!



notakecik ; berhati hati di jalan raya. ingat orang yang tersayang :)

Thursday, October 21, 2010

Bagaimana?

KELIRU
macam mana nak tau yang dia betul betul untuk kita?
macam mana nak tau yang dia sesuai untuk kita?
grr~
hey! ini bukan cinta tiga segi.

Monday, October 18, 2010

JOM JOIN CONTEST MUKA ITIK ITU CUN

entri tak komen pon tape, tapi nak join contest digalakkan. JOM!

da lama aku tak join contest. kihkih~
tapi kali neh bila da ditag oleh sally rasa tak sedap plak bila tak join :)
kang cakap aku sombong plak sape nak jawab ? haaaa?

ini contest nye ... tadaaaaaaa~~



contest oleh : misznorul
korang nak join klik je kat nama misznorul tuh bole direct terus gi blog dia.
tarikh tutup 31 oktober. banyak lagi masa! cepatt join oke oke oke?



ni da tahap mulot platipus aku syak. dah bukan mulot itik lagi! grr~




aku nak tag weeda & kak sumi ntok join contest neh! ape lagi ??
MEH JOINNNN!



Sunday, October 17, 2010

kesalahan berjogging

yes! dah 2 minggu aku berjaya jalankan misi turun berat badan dengan berjogging. ingat senang nak bangun pagi dikala orang laen sedang enak diulit mimpi? cobaan betul! tapi sebab nak kurus ramping punya pasal aku kuatkan iman. tido neh bila bila masa boleh ganti ye dak?

macam macam pesen aku jumpa kat taman. paling tak bekenan tengok bila ada brader joging selow selow dengan berseluar ketat. *ah bang, lu saje nak goda perempuan inesen cam aku kan?* bila aku cakap ketat lu orang pikir la apa yang boleh nampak secara ketatnya disitu. kihkih~ tahap ketat tuh mungkin dapat melemaskan 'benda hidup' yang ada didalam seluar tu gamaknye. tapi tu aku rasa. brader tuh mungkin rasa lain kan? mungkin rasa selesa+bangga sebab dapat tonjol tunjukkan aset. ahhh! apesal mata aku melekat kat 'situ' bila dia joging depan aku! grr~

sila jangan marah. brader tuh yang buat freeshow kann?

then then, pesen yang kak-kau-lawa-sangat-nak-joging-kenapa pon ada. aduyai! eksaited lebey ke atau level konpiden rendah ke aku tak dapat nak agak. siap eyeshadow betempek lagi kat kelopak mata. tak cukup dengan tu, bulu mata palsu pon melekat skali kat mata tuh, hadoy! nak jogging ke nak cari jodoh ahkak?

p/s :: lepas neh aku kena cari cara bejogging secara tutup mata. takde la rasa bedosa sangat. tak gitu ?


AKU DA START JOGGING. KORANG BILA LAGI?



weekend berukbeng amat lembap. nanti weekdays aku bw balik :)

Wednesday, October 13, 2010

kaki dan err.. kahwin lagi?

semenjak dua menjak neh aku kena amek mama balik kerja sebab ayah busy. oke. sila cakap aku anak mithali kalau dak aku hentak kepala sorang sorang satgi! kihkih~

kadang kadang bila dah berdua dengan mama dalam kereta boleh tahan kuat jugak bergosip. tapi belum sampai tahap mami jarum ah. setakat gosip light light je cukup. kang betambah dosa kecik. memang la kecik, tapi lama lama jadi besar jugak ye dak ?

tapi yang tak best tu kalau tengah sedap sedap gelak geli tiba tiba mama sound and membebel kat aku. arghhh! benda small matter je bak kata omputeh. tapi mama cakap siriyes je muka. kalau korang tengok muka mama time tuh confem dia tak bukak mulot lagi korang da nanges. hahaha~ sumpah aku tipu. dia baek oke ? cuma tegas sikit :)

'laa, buat lagi ? mana kasot dik?' mama da tengok kaki aku. drive tak pakai kasot/selipar/heels dan sewaktu dengannya. 'alaaa, tak selesa laa mama. tak pakai pape baru best! baru feel sikit nak pijak pedal minyak ngan break neh!'

'nanti jadi kaki itik tau lah! nak kawen pon nanti pakai heels da tak cantik, kaki kembang semacam je dik!' mama terus senyap. sambung baca novel yang dia pinjam kat opis. aku drive pon da tak keruan. bekerut kerut dahi! arghhhhh!

apa kena mengena kaki dengan kawennnnn!


ada gaya peace tak jari kaki aku neh? hahahaha!

Sunday, October 10, 2010

TIPS : hilangkan bulu pada pakaian

selamat menonton video yang tia buat supaya korang nampak sikit macam mana tia hilangkan bulu bulu pada pakaian. kehkehkeh : )


( muka baru bangun tidor. sembap sangat! haha! )


tia baru tau ada cara senang tanpa perlu pergi kedai pon nak buang bulu bulu yang melekat ni. especially bulu bulu atau habuk yang melekat dekat baju warna hitam. obvious sangat nampak semua bulu bulu tu kan? kadang kadang sampai rasa rimas! 

time masuk kerja dulu tia pakai skinny cotton warna hitam. penuh gilaaa habuk and segala bulu yang ada dekat seluar tuh. then kakak kat office tia bagi idea guna selefontep ni. PASANG TERBALIK TAU ? yang bahagian melekat tu dekat luar :) kihkih~ 

senang kan? tak perlulah pergi kedai kalau korang dah ada selefontep dekat rumah! hewhewhew. 


berkesan! hilang semua bulu dan habok habok kat seluar tuh! TERBAIK!


Thursday, October 7, 2010

boleh saya kongsi kegembiraan disini?

entri ni sumpah bukan untuk menunjuk apatah lagi riak sekalipon takbor adapon angkoh. cuma mahu kongsi kegembiraan. boleh ? :)

arituh tia ada post pasal handphone rosak. pergi kedai repair dorang tak boleh detect apa yang rosak. sigh~ lastly pinjam je phone ayah dulu. kesian kannn ?

so, dari bad news mesti ada good news ye dak ? maybe tia asyik bising je kena guna phone ayah, so mama pon seponser laa tia beli handphone baru! hoyeahh! mama terbaek!

SE Satio


orang lain tengah gyler Iphone 4 lah, blackberry lahh, tapi ni je yang tia tertarik. tapi ok kann kann?

kepada abang abang dan kakakku, *naseb baek takde adek!* anggap je ni hadiah konvo saya yang ntah bila tuh ye ? and anggap je ni hadiah sempena anugerah ketua jabatan (anugerah Dekan) yang saya dapat setiap semester tu. boleh kann boleh kann? :)


p/s ; dulu handphone tak sampai berapa bulan da masok dalam lubang jamban! double u tii eff betul! :)

Monday, October 4, 2010

ni member ke loser?

*anda ada kawan yang depan je baek belakang cakap buruk pasal anda ?

*anda ada kawan masa senang je dok menyondol masa susah buat buat tak kenal ?

*anda ada kawan yang kuat beragama warak selalu suruh anda solat baca yasin tapi dia selalu buat phone sex dengan bf dia ? jadah ape macam tuh ?

*anda ada kawan yang sanggop masokkan sabon senyap senyap dalam masakan kawan yang lain time mereka memasak dan tudoh anda yang buat ?

*anda ada kawan yang gunakan anda sebab anda ada kereta so that dia senang nak ke kelas dan bila dia sudah ada kereta sendiri dia buat taik dengan anda? siap cakap belakang lagi. demyu!

*anda ada kawan yang buat sial dengan anda walaupun da banyak budi jasa dan duit anda taburkan kepada dia ?

*anda ada kawan yang tak suka anda berfesyen sebab dia jeles anda nampak cantik dan dia cuba meniru anda dan menyatakan diri dia lebih cantik dan vogehhh dari anda ? fux!

*anda ada kawan yang pernah buat buat dan menipu sakit leukimia sebab nak cari perhatian dan kasih sayang dari anda tapi da 3 tahun tak mampos mampos ? celake betei perangai!

*anda ada kawan yang baik sangat dengan anda then lepas gaduh habis dicanang semua cerita anda dekat orang lain ?




kau tak sempurna. aku lagi la tak sempurna. dan kawan sepatotnya jadi pelengkap hidup kawan yang lain untuk jadi sempurna. paham ? stop talking shit and doing fucking things la weh.


hamekkaw neh!
eh eh, tebalik plak. hamekkawww yang nehhh!

jangan nak sebok hal orang. kau pon belom tentu perfect. oke ? a big L for you :)

Sunday, October 3, 2010

janganlah tanya lagi!

masa balik kampung raya aritu entah kenapa tiba tiba ayah soklan cepumas kat aku.
bersaksikan mama, poksu dengan moksu yang sebok memerhati.

adik, kata umor 21 nak kawen ? ni da 20. calon pon macam takde je ?

teringat beberapa tahun yang lepas, aku pernah cakap kat dorang umor 21 nak kawen.
ah! time tuh hati suka memberontak. gatal miang semua ada.
pantang sayang sikit dengan orang ni nak kawen.
couple dengan orang ni nak kawen. ingat kawen ni free kot ?
hampeh je kauu tia!
bila tengok keadaan sorang mamat ni yang kawen awal, tapi tak cukop duit tanggong bini,
niat nak kawen awal tu terpadam. =.="

nanti laa ayah. ada jodoh kawen laa .... pehh! first time aku rasa aku boleh jawab soklan ni dengan jawapan paling jitu dan tenang sekali. kahkah!


da laa, malas nak fikir. jodoh belum sampai. umor pon sangat remaja lagi. tak sesuai betul!



10 minit lepas tu ....
adik bila nak kawen? nanti nak kawen kabor ke poksu deh ? poksu nak wi seponser.
grrrrrr~ janganlah tanya lagi!
saje poksu nak kasi semangat suroh aku kawen awal kan? pinkik betul!



ADA JODOH KAHWIN LAA SAYA! =.="


MR RIGHT ?
Related Posts with Thumbnails