Sunday, August 29, 2010

Gathering Gengblogger :)

sabtu. 28 ogos. *cis! da macam format report plak!* pagi pagi si akmalhilmi call aku. ajak pergi gathering gengblogger dekat plaza alam sentral. pung pang pung pang. pukul 3.30pm kitorang sampai dekat situ. terus pergi boling tempat dorang berkumpol. masuk je tiba tiba ada orang tegur ... "ni mesti tia kann?" tekejut aku tau tak fahmie! haha! then then lepas da register, aku and akmalhilmi lepak dengan fahmie, ada sorang mamat neh tibatiba hulur tangan and tanya "bila nak belanja makan?" tergamam jap. nak tau sape? yang selalu ada kat chatbox GB lah! suffer8zine! tekezutt weh! haha! mana nak kenal. dia kan anon! okeh, tanak citer banyak.



jom layan gambar yang aku amek kat page fanpage joegrimjoe, fb Eazy Izzuddin (blog) and azizie. :) credit to them.





group boling; [ sha, joegrijow, zack entry ]

ramai kann ? siyes best! *even mulamula agak nervous*


fahmie yang bising, akmalhilmi sexy, atokpantera yang paling muda with me :)


geng melilau tak tentu pasal! haha!



sesi icebreaking! :) *segan weh! segan!*



before bersurai. good bebehh! :)


agenda :
3 pm - pendaftaran di plaza alam sentral
4.30pm - boling di plaza alam sentral
6pm - gerak pergi bazaar ramadhan bersebelahan kompleks PKNS
7pm - gerak pergi dataran shah alam untuk berbuka
9.30pm - ice breaking
11.15pm - bersurai.


untuk gambar n cerita yang lagi best sila ke blog ;
joegrimjow
akmalhilmi
atok pantera


great dayy guys! hope next time boleh jumpa lagi.
:)


special thanks to akmalhilmi and fahmie sbb layan je perangai aku!
kihkih!





Thursday, August 26, 2010

judgemental - 2kali5seploh.

aku perlu comment yang bagus untuk entri neh. *hahahahaha* have u heard don’t judge a book by its cover ? *sigh*

sekarang ni tengah hangat video perempuan berzikir secara berdikir kan ? then ada yang cakap dorang neh mempersendakan agama/zikir. and ramai yang bagi respond yang aku rasa agak memperbodohkan diri sendiri termasuk respond aku sekali. aku pernah tinggalkan comment yang agak kurang ajar pasal tindakan perempuan2 tuh dekat blog someone. tapi bila aku pk balik. ye! mungkin dorang salah kerana berbuat demikian. tapi siapa kita nak menilai dorang? cukup baik ke kita nak menilai dorang tanpa cermin diri kita dulu? cukup sempurna ke kita dimata Allah sampai tengok sedara sesama Islam buat kesalahan lagi nak sebarkan dan bukan memberi kesedaran? lagi sebar sebarkan keburukan yang dorang lakukan and caci maki hina semua tuh jalan terbaik ? *sighlagi*

this case is not really mind-boggling ryte ? bukannya dorang pijak or koyak Al-Quran then bakar. bukan dorang kencing atas Al-Quran. lain la kalau betul dorang buat. memang patot jadi riuh rendah. tapi ni aku rasa benda kecik, MUNGKIN dorang tengah praktis untuk persembahan or something that need them to do or act like that. who knows? kenapa kita cepat sangat nak judge dorang? *lagilagisigh*

salah satu ayat kat fb. PEREMPUAN BERTUDUNG MEMPERSENDAKAN ZIKIR. fuck! then ada perempuan sexy mexy bagi statement "ingat yang bertudung ni baik sangat ke? yang sexy mexy macam aku neh teruk? jahat? tengoklah dorang buat ape? memalukan je! cam cibai!" see? first, maybe dorang kat IPTA SAHAJA bertudung. mungkin kat luar freehair. so? second, mungkin dorang teruk mempersendakan zikir, at least dorang BERZIKIR, tapi yang post kat fb tuh, siap cakap fuck, cibai, babi, sial bagai. ape tuh ? dapat pahala ke sebarkan keburukan orang and caci maki hina sampai mencarut? kenapa perlu mind-bending orang ramai ke jalan bengkok lepas da tengok perbuatan dorang? they shud at least give em some advice. not throwing ur dirtyfucking words to em.ryte? *sighsigh*

aku pelik. kenapa orang suka judge orang lain dengan tengok luaran je? aku dulu ada kawan bertudung. cukup solat 5 waktu. tapi aku tak pernah malu dengan dia walaupun kadang2 solat aku tak cukup 5 waktu. nak tau kenapa ? sebab dia da pegi bantaikan diri dengan 4 5 orang jantan da. then balik rumah, mandi wajib terus solat. WTF?! and lagi sorang, tak pernah pegang tangan BF la konon2, tapi text dengan BF lucah2 oke? LUCAH AMAT! tapi aku n member lagi sorang je tau. kawan2 yang lain punya respect tabik puji bagai semata mata sebab dorang bertudung and cukup solat. *sighsighsigh* tau tak betapa sakitnya hati bila simpan rahsia yang menyakitkan? tau tak betapa sakitnya hati bila orang lain pandang tinggi kat dorang sebab tak tau the ugly truth pasal dorang neh? SAKIT OK ? SAKIT! pernah rasa?

please. DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER.

HEY. ITS ONLY MY OPINION. JANGAN TERASA OKEH ?


p/s:: kenapa perlu cari kesalahan ? kenapa susah nak pandang kebaikan ? kenapa perlu sebarkan keburukan sedangkan banyak lagi benda baik yang boleh diberikan ? urgh! macam baik je nak tunjok orang lain jahat.

urghh! ape aku mencarut panjang neh!

Sunday, August 15, 2010

ini bukan pasal kaum tapi mungkin

dulu lepas kena saman, aku terus tukar tempat parking. aku parking dekat kawasan perumahan and because of that I need to walk around 200 meter untuk sampai ofis. tapi aku cool je sebab boleh exercise lah kononkononnya ye dak ? *terbakar sikit sparespare tayar aku neh* but one day, lepas siap aku parking dengan penuh cermat, keluar je dari kereta, theres a makcik menjerit dari dalam rumah “hoyy! takde tempat lain ke nak parking?! depan rumah aku jugak ko nak letak nape oi? susa aku nak keluarkan kereta aku nanti!” OMG! I was like.. holy shit! jauh lagi tau tak ? dalam 10 langkah jarak antara kereta aku and gate rumah dia. kereta kancil pon je dalam gate tuh! nak menjeritjerit bagai macam aku parking dalam rumah dia! cett! and know what? makcik tu melayu oke ? melayu! macam jalan tar tuh tanah dia plak! haiye! deal with it la makcik! da rumah kau dekat dengan kawasan office and rumah kedai! ramai je yang parking! menyirap plak aku! grrrr! =.="

lepas parking je, setiap hari aku kena lalu dalam 3 buah workshop, baru aku sampai ofis. and bila lalu tuh, biasa laa, ada je bunyibunyi tikus yang aku tak bekenan. rasa nak jeling jek apekapek yang kacau neh! tapi fikir punya fikir, aku nak keje kat sini lama lagi, so better tapayah buat hal. lex2 cool je. so kali ni aku plak kena deal with it! dem!

sampai la satu hari, ada apek neh *hensem wooo!* suddenly tanya aku .. “amoi! mana kileta lu? tara parking sini suda meh? jalan kaki ka?” haihh apek neh, ikot hati nak kasi dia makan heels aku je tanya soklan tacing! “aritu kete wa kena saman la. tanak parking sini suda. abes duit wa bayar saman nanti! apek tuh pergi bantai gelak dengan genggeng dia. cinabeng! aku tarik muka and muncong aku. buat muka merajuk. “haiya amoi! lain kali lu kasi parking sini la. bagi wa jaga. wa kasi tolong lu tengok itu kileta? amacam?” see ? apek neh gak baik! dari makcik tuh? tak menolong bangsa sendiri langsong! dari aku masukkan duit tiaptiap hari dalam mesin parking tuh, baik aku masuk dalam tabung aku laa weh! ciscis! then aku pon tanpa segan silu pergi belari amek kete. terus parking dekat dengan workshop apek tuh. huhuhuhu! hilang stress pagipagi!

sekarang, aku lega je nak parking kat situ. aritu aku nak balik tengok dekat wiper kereta ada tiket parking. baik betul apek neh. dia tolong tengokkan kete aku. then bila DBKL datang dia cepatcepat bayar tiket parking and letak kat wiper. ouhh! thank God! really helpful la lu apek! gua tabek spring kat lu lahh! nah amek flying kish dari wa! kihkih!

sampai sekarang aku rasa nak sepaksepak makcik tuh! and thankful betul kat apek yang selalu tolong aku tuh! phewww! selenge punya makcekkkk! terbaik punya apek! tapi kirakira kalau makcik tuh betukar jadi lelaki, mungkin aku dapat parking free dalam rumah lagi ye dak ? kuikuikui! gedikkkkss sangat!



p/s :: bulanbulan pose cenggini betulbetul menuntot kesabaran! goodygoody punya macek! kalau bulan tak puasa aku rasa da berbakul aku maki dia! cisciscis!

p/p/s:: im about to quit from the job. pustop! jangan tanya oke! jangan tanyaaa!

Tuesday, August 10, 2010

SMS puasa

balik je rumah semalam terus cari kedai topup. akibat kelajuan kereta yang agak maximum, dan dengan tangan yang sebelah lagi sedang menjawab important call, aku terlepas. cett!
tak dapat nak topup. balik je terus hambek henpon mama and ayah. cek balance. amat memuaskan. aku pon terus transfer RM10 dari henpon setiap sorang. miahahahaha! anak terbaek sungguh aku neh! :)
dengan berbekalkan RM20 yang telah ditransfer tadi, aku mesej semua member2 aku. konon2 ucap selamat berpuasa laa. hehe! tengok ? punya baik aku neh! orang lain berfesbuk je mengucap. tapi tu pon letak gambar then tag ramai2. takpon post kat wall sendiri kasi ramai2 baca. ye dak ?
takpe. aku rasa aku membazir sebab nak ucap benda baik. *erk?*

then ada laa yang aku bekenan dgn msg2 tuh. menarik! yang lain, da betahun2 aku baca msg yang sama. agaknya dorang simpan kot dlm henpon dorang buat pekasam. time pose baru dorang forward2 balik. kann ? :)

Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR bernombor 1431H dengan tujuan AIDILFITRI. kita akan terbang dengan ketinggian 30 hari ke atas permukaan haus dan lapar. para penumpang diwajibkan memasang niat puasa & menegakkan kerusi solat. saya sebagai anak kapal yang bertugas mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa.

Setting niat. upgrade iman. download sabar. delete dosa. install taubat. approve maaf. search pahala. :)

Salam! nama saya Syaaban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda sehari lagi bersama isterinya iaitu Rezki dan anak anaknya iaitu Sahur dan Iftaar. mereka akan ditemani oleh ketiga tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakat & Keampunan. mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eid airlines. hargai mereka dan anda akan mendapat berkat. Insyaallah. :)

Doa tahan puasa. "Allahumma baringsana baringsini wataktahan walihatjam masihlamalagi takadanasi watibaimaggi nantilainkali wakasiganti" Semoga dapat tahan puasa. :)

Betapa indahnya bulan Ramadhan. sebab tu khamis cepat2 cari jumaat suruh bagitau sabtu supaya mesj kat ahad suruh call isnin tolong ingatkan selasa yang rabu ni dah start puasa. :)



bagi aku semua msg neh menarik. hehe! :) korang ada dapat yang lagi best ?

Sunday, August 8, 2010

hari terakhir

aku rasa rasa lagi 3 hari je da nak puasa. aku macam belum sedia je.
lepas beberapa minggu aku berhadapan dengan demam yang susah nak semboh dengan kitaran kesuburan pulak yang tak berapa nak betul. *sila abaikan*
esok baru aku dapat ganti puasa aku yang terakhir! hoyeh! hoyeh!

azam puasa tahun ni aku rasa macam nak puasa penuh. tapi tak pernah nak dapat sejak da besar panjang neh. memang takkan dapat pon ye dak para perempuan2 ? haha!

macam kosong je entri aku neh. hehehe!
selamat menjalani ibadah puasa! :D


p/s :: tahun ni pertama kali ayah berpuasa dan beraya tanpa maknya yang tersayang. *sigh*

Thursday, August 5, 2010

senyum pon salah ?

aku pelik betul la! kadang2 sebab senyum aku kena marah. xpon orang cop gile! eh ? aku tak gile laa! da aku memang jenis senang nak senyum kat orang tau ? bukan saje nak dok mengedik senyum2!

situasi 1 : dulu ex aku selalu marah. asal suka sangat senyum kat orang neh ? kang orang ingat u suka kat dia camne ? hish! da dia senyum, aku senyum la balik! salah ?

situasi 2 : ada abang yang tengah bekepit dengan isteri dia kot. tiba2 dia senyum kat aku. so, aku pon senyum la balik. then aku pandang isteri dia. eh ? ko jeling aku pehal ? bukan aku amek hubby ko buat balik pon! bukan aku pegi gesel2 kat dia pon. ye dak ? =.="

situasi 3 : aku tengah tunggu member kat luar toilet. bole dikatekan setiap orang yang keluar masuk toilet tuh aku senyum kat dorang. member aku cop aku gyler! weh! pehal ? salah ke ?

situasi 4 : aku tengah belari nak kejar LRT. masuk2 aku terus duduk bedepan dengan sorang mamat neh. nak cover penat punya pasal aku senyummmmm je kat mamat neh. tiba2 dia senyum2 malu. argh! pantang laa mamat neh! ko plak yang malu macam kucing pehal ? terus aku jeling ko. haaa! amek! ingat aku syok kat dia la tuh ?

situasi 5 : "eeeiii! ko senyum kat dia nape ? ko suka dia ekk ?" ni laa paling aku tak suka orang cakap! tau tak kalau aku suka kat orang lagi susah aku nak senyum ? cett! then cakap aku gedik! perghh! bukan aku pegi kenyit2 mata pon weh! kecoh!


p/s :: aku cukop geram kalau aku senyum kat orang tak dibalas. tapi oke lagi. tapi betambah geram kalau tiba2 dapat jeling plak! senyum pon salah ?

p/p/s :: tapi ada mulot busuk cakap aku saje je senyum sebab nak tunjok dimple! hell no oke ? memang aku suka senyum kat orang. sukalahh!! have friendly word ring ur bell ? :)


 
 

Related Posts with Thumbnails