Saturday, June 26, 2010

nak bela menatang neh! comeyyy!

salam! :)
hari tuh *sebulan yang lepas mungkin;
tia and member2 kena wat assignment dekat tempat2 yang bersejarah,
memandangkan poly tia dekat dengan kuala selangor,
so, kitorang pilih Bukit Melawati ^^
apa yang ada kat sini ?
takde apa yang menarik, tapi ada laa sejarah2 tempat tu,
tengah jalan2 cari info, kitorang singgah kat tempat orang bagi
makan kat menatang neh ... gyler cumil !
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
taraaaaaaa!
tia panggil dia monyet! :)
tapi orang cakap dia spesis lotong, bukan monyet .
aik ? what the ... ?
tak kesah laa monyet ke lotong ke kera ke beruk ke kaww ke,
dia cumil !!! :))
come! take a look ,



cumil kann ? *anggok laaa!!! *mara neh!
tia rasa nak bela je ouh sebab monyet spesis neh manje!
bukan cam kera! haesh! garang nak mampos!

eyh! cakap tia gyler ke ?
takpe, itsokey, itsorite! haha :)
masing2 ada minat yang lain lain kan ?
haiye! kalau bole curik sekor pon gyler besh! (o.0)


errr .. gambar dibawah neh, just for fun okey ? :)


p/s :: baby tia da lamer tade, tiba2 rindu dia, *sigh
mish u little cattt!
wherever u are, please, do take care ;
:'(

Thursday, June 24, 2010

bai! drive kasi elok sket!

7.45 pagi , 25 jun 2010 .
sebagai seorang manager anggor yang tiada gaji (malu aku)
tia bangun and hantar qimi (anak buah) pergi tadika.
happy dapat sakat2 dia yang tengah ngantok tu . ^^
lepas da hantar , tia terus gerak balik umah .
teros speed laju bila nampak traffic lyte still hijau
*bukan biasa buat tapi mengenangkan mata yang tak cukup tidur neh :)
at last , tak dapat jugak .
kete tia kete ke-4 yang tak sempat nak kejar traffic lyte.
depan kete tia, kete avanza .
dia behenti betul2 kat petak kuning. simpang 3.
then tiba2 ada satu van datang dari arah betentangan hon2 avanza tuh,
nak masok simpang laa kiranya . amboi! tak sabar betol bai!
kebetulan tia stop jaoh sket dari avanza tuh, so bole laa dia reverse
bagi laluan kat van bangang yang nak cepat tu.
van tu pon tanpa pandang mana2 teros pecot laju masok simpang,
and tiba2 ada motor lalu sebelah avanza tuh ,
korang bole imagine tak ? van tu langgar moto tesebot!
bapak kuat sound pelanggaran tuh! (*ayat skema)
betul2 depan mata tia! shit! aku terus menggigil .
tiba2 muka ayah, angah, acik yang kadang2 naik moto pegi keje tuh besilih ganti tia bayangkan!
sial punya van! nak cepat sangat pehal bai ? ko nak pegi manerr?!
dari nak cepat, dia stuck kat situ dalam stengah jam gak arr, served you ryte!
tia yang mengigil and kaku dlm kete tros menangis, :'(
sampai laa polis datang.. baru tia sedar and tros drive blk smbil teresak2!
macam aku plak yang eksiden gayanya. :)
pacek moto tuh, kaki dia tersepit bawah van! mak aihhh!
sakit gyler kot! bodo bodo bangang btol van tuhh!

kepada abang van yang bodo lagi tak berotak tu,
len kali pikir la sekali driver laen! jangan pk lu sorg je nak cepat!
naseb baek pacek moto tuh tak mati! kalau tak?
bodo! bodo! bodo!

tia pon kadang2 drive laju gak, tapi bukan sebab nak cepat,
tapi satu kepuasan wat tia. o.O
tapi nak drive laju2 pon kasi bertempat laa kan ? ;)

p/s :: mama banyak kali pesan, 'adek, kalau drive hati2, tengok moto kiri kanan. kita langgar dorang sket pon dorang da bole tejatoh'.

Tuesday, June 22, 2010

Tentang Cinta



1. cemburu
cemburu tu kan tanda sayang, so, takde laa luar biasa sgt apabila bercinta wujud perasaan cemburu.
*tia penah kena tukar nombor fon gara2 cemburu :)

2. selisih faham
sedangkan yang da kawen boleh becerai, ni plak baru nak cintan cintun,
kadang2 perselisihan faham neh salah satu cara untuk korang saling kenal antara satu sama lain.
*penah gaduh teruk, lepas baik rasa sayang tu makin bertambah!

3. perasaan bosan
bosan kalau lama2 da bercinta neh ? lagi2 kalau da 2 tahun lebih, korang try laa variasi dalam hubungan korang supaya tak tertumpu pada satu perkara jea, :)
*tia tak pernah rasa bosan, mungkin sebab sayang . ^^

4. halangan dan dugaan
dalam cinta, kalau takde halangan, bukan bercinta nama dia. so, jangan takut sebab benda2 tuh semua ada bercinta. and kalau korang berjaya harungi sama2, mesti perasaan cinta korang akan semakin kuatt!
contohnya if ada orang ketiga dalam hbgn korang, haaa! solve baek2 taw!
*kawan tia pernah cuba pisahkan tia dgn bf, tapi kami sabar dan tabah jea, last2 we made it!

5. setiap saat perlu dilaporkan
apabila bercinta setiap saat penting dan sbb tu apabila berjauhan sekalipon korang perlu melaporkan pada si dia apa yang korang lakukan.
*kalau tia, pe je tia wat, tia nak bf tia tau, bkn nak report, tp nak share, walaupon jaohh, tapi nanti rasa dekatt jea!









Monday, June 21, 2010

baru tamat sekolah ? ambil diploma sekelip mata!

diploma sains kesetiausahaan.
ni laa diploma yang tia da tamatkan dalam masa 2 TAHUN shj :)
best kan ? dlm masa 2 tahun da dapat diploma!
kesemua politeknik yang ada course tia neh,
mmg tawarkan course neh selama 2 tahun.
so, time tia belajar, pejam celik pejam celik , habis!
beshhh! sumpah besh!


pakaian korporat mcm neh wajib pakai setiap hari isnin dan selasa.

bagi tia, course yang tia amek neh senang,
cukup 4 semester tia tamat sepenuhnya course neh,
mungkin da rezeki tia, tapi ramai juga yang tewas sebenarnya,
ada yang memerlukan 5,6 atau 7 sem untuk tamat,
selalunya gara gara subject shorthand 2 & trengkas 2.
antara subjek yang ada dalam diploma ini :

semester 1 :
english for commercial purpose 1
pendidikan islam 1
pengurusan pejabat
trengkas 1
shorthand 1
typing 1
aplikasi komputer
prinsip perakaunan - asas
kokurikulum - kawad kaki

semester 2 :
english for commercial purpose 2
pendidikan islam 2 - perkahwinan
pengurusan pejabat 2
trengkas 2 - speed
shorthand 2 - speed
typing 2 - speed
komputer
kokurikulum - permainan/persatuan

semester 3 :
latihan industri / praktikal

semester 4 :
english for commercial purpose 4
pendidikan islam 4 - tamadun islam
note taking
document production
keusahawanan
pembentukan personaliti
terjemahan english/malay
internet (blogging slh satu asgment!)

tia students politeknik sultan idris shah.
sususan subject setiap sem cam neh laa,
tapi member tia yang amek course neh kat poly port dickson ckp,
akaun dia masa semester 4 ,
so, setiap poly susunan subjek mungkin lain2,
tapi yang berangkai ada 1,2,4 tuh ikot semester laa :)


p/s :: dgr citer diploma neh akan jd 3 tahun seperti diploma2 yang lain start 2012 nnt!

Tuesday, June 15, 2010

TIPS: Suruh BF Berhenti Merokok





Siapa ada idea untuk buat BF stop smoking? Tia dah pernah cuba beberapa cara. Tapi... tapi.. kalau dah perokok tegar, memang idok lah nak menjadinya -_-
 

1. KOTAK ROKOK
 
Masa BF korang biarkan kotak rokok dia atas meja, so korang pon ambil lah keluarkan 1 batang ke lebih ke dan conteng batang rokok tu macam ni :

I love you sayang. STOP SMOKING! :)

Tapi janganlah masa buat tu dah kantoi. Aherherher. Kalau korang nasib baik, mungkin dia akan simpan rokok yang korang conteng tu buat kenangan. Hikhik!


2. SAYANG!

Korang yang girlfriend ni guna lah ayat manis sikit, kengkonon cakap lah dekat BF :

 'If you smoke means you tak sayang I!'

Haaa gittew! Agak agak jadi tak? Kalau tia, jadi! Jadi sangat! Depan tia memang tak smoke dah, tapi kat belakang tia? Asap rokok berkepul kepul hoi!


 3. JANGAN PUJI!


BF tia penah bangga sebab dia konon dah berhenti rokok. Pastu tia puji punya puji cakap baguslah! Macamni lah I sayang, sayang you lebih lah bagai last last dia cakap :

 'berhenti untuk harini je, demam, rasa rokok tu payau!'

 Perghhhh! Geramnyaaaa akuuuuuu! Penat je puji!



4. BAGI ALASAN

Tiap kali korang nampak atau ada kesempatan untuk ambil kotak rokok BF korang tuh, kalau berani korang ambil je. Lepastu patah patahkan rokok tu tak pun buang! Aherherher. Nanti kalau dia tanya kenapa korang buat rokok dia macam tu korang bagilah alasan contoh macam ni :

'U sayang rokok u dari sayang I?'

'Sorry lah sayang. I nak u stop smoking. I taknak u sakit sebab smoking.'

'U lagi pentingkan rokok dari I?'

'Alaaa, u sayang I kan? Tak baik tau marah I. I buat benda baik!'


Hikhik! Drama queen sangat! Tapi berhati hatilah ye kawan kawan. Ada lelaki ni kadang kadang memang sayang dekat rokok lebih dari perempuan. So sebelum buat fikir dulu! :)


5. BUAT BUAT BATUK
 
Kalau BF korang smoking depan korang, buat buat batuk je. Batuk tuh buat hardcore sikit. Kalau slow slow je confirm tak ambil port punya. Aherherher. Kalau dia kesian confirm dia stop smoking depan korang. Kalau selalu jumpa maknanya nanti dia akan kurang smoking sebab tak nak korang batuk batuk lagi. Hikhik!
 

 
 
 
6. SURAT CINTA
 
Setiap kali date, korang bagi lah surat cinta! Tapi! Tapiii.. bukan surat cinta ayat jiwang jiwang tahu? Kasi surat cinta pasal rokok! Tulis kandungan rokok tu ada apa. Tulis semua fakta tentang keburukan merokok. Dannn.. akhir sekali jangan lupa tulis betapa anda sayang dekat dia dan tak nak dia habiskan duit dengan merokok dan taknak dia jatuh sakit sebab rokok. Gittew!
 

7. TERUS TERANG
Haaaa! yang last ni senang je. Terus terang sebelum nak bercinta cinta ni. Before couple masa dia tengah ngorat ngorat sweet sweet tu korang warning siap siap!

'U kalau betul nak I, u kena berhenti smoking. I tak suka lah orang smoking. Bau rokok pon I nak muntah!'

'U, mak I tak suka lelaki smoking ni. Kalau u sanggup berhenti bolehlah I terima u.'


Tapi kalau dia tipu kengkonon dah stop tapi dah couple terkantoi pulak dia still smoking, haaa balik kepada tips tips dekat atas tu ye? Better late then never :)



Sebenarnya BF ni dorang boleh je berhenti. Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. Kena selalu tegur dan ingatkan dia. Lama lama kalau dia bosan atau tersedar yang korang membebel atas kebaikan dia jugak, mungkin dia akan berhenti. Never stop trying girls! :)






Kesan Arak Kepada Manusia



" Yang mana lebih berdosa ?
minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. "
Itulah teka-teki sebagai inti khutbah
Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti
yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu
mengingatkan umat agar berhati-hati
terhadap minuman arak.
Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal
perbuatan keji dan sumber segala dosa.


Suatu hari lelaki yang soleh berkenalan
dengan seorang wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut
sahaja ketika disuruh memilih
antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.
Pertama minum arak, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi.
Berfikir bahawa minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain
yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum arak
tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu
dia telah melanggar dua kejahatan yang lain.
Dalam keadaan yang mabuk dan lupa diri,
lelaki itu berzina dengan wanita cantik tersebut
dan membunuh bayi di sisinya.


Kerana itulah hindarilah arak, kerana minuman itu sebagai
sumber dan punca segala kejahatan dan perbuatan dosa.
Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia.
Salah satu di antaranya harus keluar.
Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur,
dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."



p/s ; kalau ada yang marah2 sebab tia buat entri neh, mungkin anda terasa,
tapi niat tia baik, nak berkongsi. :)
bukan saje nak tunjok baik. =.=
mungkin anda boleh berubah ?


lagi pon tia pelik, zaman sekarang ni manusia
bangga2 tangkap gambar sambil minum arak .
wutthef***ingH!
*ouch!







Monday, June 14, 2010

masquerade night ala ala muslimah


hai semorang! :) 
gambar kat atas ni time dinner jabatan perdagangan dekat Politeknik Sultan Idris Shah.
tia belajar kat sini selama 2 tahun and ambil course Diploma Sains Kesetiausahaan. 

theme untuk dinner kali ni yang di organized oleh tia and kawan kawan sebab kitorang dah senior and last year kat sini is MASQUERADE NIGHT. 

mula mula agak susah jugak nak cari baju untuk dinner ni. tak tahu masquerade tu macam mana style dia. ada yang cakap kena pakai mask. tapi macam mana nak pakai mask at the same time pakai tudung? macam tak sesuai. bagi tia lah! so tia cari alternatif lain. seperti yang korang dah tengok kat gambar atas tuh, tia beli manik manik yang lekat dekat handphone tuh, tia lekat dekat dahi and sikit dekat bahagian pipi. hewhewhew. and untuk gambar tia yang full macam ni ... 

alaaa! heels yang tinggi 4 inci tersorok! -_- 
all my bestfriend time belajar dulu. miss you guys! :( 
okay ni lah gayanya sebab bagi tia pelik kalau pakai mask. but actually it is okay je pakai mask with tudung. ramai malam tuh pakai mask. 

mereka yang telah banyak bertungkus lumus untuk dinner. 










macam macam mask ada kan? semua cantik cantik and gojes! :) 

so gaya korang untuk masquerade night pulak macam mana? 



okbai! 




Tuesday, June 8, 2010

PUISI: Manusia, Sila Faham!

aku bukan pokok!
yang bisa kau kencing dimerata sekitarku!
yang hanya boleh melihat kau kehulu hilir dihadapanku!
yang hanya boleh mendengar luahanmu!
hatiku perit! kau saja tidak tahu.

aku bukan daun!
yang bisa kau koyak sesuka hatimu!
yang bisa kau conteng dibadanku!
yang bisa kau lipat lipat ikut kemahuanmu!
biarkan aku hidup bebas!
biarkan aku ditiup angin dan bawa haluanku sendiri.

aku bukan ranting kayu!
yang bisa kau bergantung kepadaku,
yang bisa kau patah patahkan tanpa menghiraukan sakitku!
yang bisa kau bakar kerana ingin menerangi hidupmu!
pentingkan diri! tidak baik begitu!

aku adalah aku!
yang dilahirkan sebagai manusia,
biarpun hina,
tapi aku masih ada hati, perasaan dan jiwa,
mempunyai akal agar ku bisa berfikir,
dimana baik, dimana yang buruknya,
jangan kau ingat aku terlalu daif manusia!
aku juga sama seperti kamu!aku bukan pokok, daun atau ranting kayu!
sila paham itu!

Saturday, June 5, 2010

bila lelaki gila bola , perempuan gila ?

haesh! musim bola da makin dekat kan ?
abes laa gf, awex, tunang, bini semua yang tak minat bola,
mesti confem meroyan kan ?
tengok gelagat lelaki yang dorang sayang , puja2,
asek dok mengadap tv je, tak pon kuar tengok bola kat luar,
haesh! ini menimbulkan amarah!
nanti kangg, “awak, nanti kita msg ek, saya nak tgk bola”.
haaaa ? bosan laa awex korg tuh! gila meroyan nanti tunggu korang!
*abes bila nak text neh! rindu gylerr! :(
pas tuh, kalo tgk bola,
amboyy! bukan maen komen tuh, komen nih,
tak reti main laa, sepak belah sini laa, nape tak golkan tros laaa,
*hey! masuk padang tgk ! terkencing2 nak kejar bola gamaknya
kalo nak lawan dengan omputeh yg tinggi2 tu kan ? :)
kalau kol pon, konpem xdilayan!
mmg gila meroyan laa gepren2 korg nnt!
haesh! =.=
*sakit gyler tgn aku asek dok tekan no. ko! xagkt lgsg! grrr!

kalau perempuan , tak lain tak bukan, mesti laa
gilaKAN PLAYER nya kan ?
tu laa asek tengok bola jeee! orang jerit gol ,
dia pon jerit 'goollllll!!!' dengan rakusnya,
tapi taktau pon team mana yang gol,
sbb asyik tengok player je kan kan kan ?
calon2 seperti ; ni haaaaa!

uuuwwww! abang cekci nya! hencem plak! poket agy encem! :) wink2~

abang macho! :) *wud u marry me abang nado ? :)

naseb baek tia tak kawen lagi, kalo da kawin,
tia teros tutup je tv tuhh! haaaaa!
*tapi bf tia cakap, nanti mesti dia bukak balik!
takpe2, tia cakap tia teros tarik dia masuk bilik! ( pewwitttt!)
dia cakap, bole aje, nanti da kawen dalam bilik pon ade tv!
takpe2! tia lari balik umah mama and ayah!
tapi dia ada cakap dia kunci pintu! tak sempat lari pon,
dia sempat tangkap sebab dia lari lagi laju dari tia!! eeeeii! huh!
**penah main lumba lari kat pantai, jauh tia dia tinggalkan~ haha!

arggghhh! macam2 laa lelaki nih kalo da gila bolaaaaa!!
naik gila aku melayan !

itsokey laa cam tuh kan ?
da minat, tak kann la nak halangkan ?
yang penting, kasih sayang tu ada agi walaupun
asek dok ngadap bola jekk! =.=

MAKAN BOLA, TIDUR BOLA, HIDUP BOLA!

korang sokong apa untuk musim bola kali ni ?
yang penting JANGAN BERJUDI!
“kalau team ko menang, aku kasi 50 sen!
kalau team aku menangg, ko kasi aku 50 henggett!” ^^*
haeeeppp! tak baekk taw! jangan buatt!

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL BLOGGERS!

Related Posts with Thumbnails