Saturday, May 29, 2010

PUISI: Tunggu, Aku Buta Cinta!

diam seribu bahasa,
tidak bererti tiada suara,
pergi tanpa berita,
tidak bermakna tidak akan berjumpa,
hanya kita yang rasa,
apa yang kita cipta,
hubungan yang tiada rasa cinta
entah sampai bila,
aku akan merana,
dalam hubungan yang kita reka
mungkin kau hanya ku anggap kawan,
bukan ku kenal untuk melayari percintaan,
maaf, jangan salahkan diriku.
tidak pernah ku anggap perkenalan ini sebagai satu permainan,
tapi jika benar kita dijodohkan,
tolong!
tunjukkan aku kebenaran!
tunjukkan aku kenyataan,
jangan biarkan aku penasaran.
aku tidak pasti apa perasaanku,
aku tidak pasti akan keputusanku,
tapi jika telah ditakdirkan begitu,
aku akan bersama engkau selalu,
mungkin hari ini, mungkin satu hari nanti,
aku harap, kau sabar menunggu.
biar aku ikhtiar dahulu.

Friday, May 28, 2010

PUISI : Lumrah Insan Bumi

indahnya sang pelangi,
tetapi biarpun keindahahannya dirasai,
ia datang tanpa diingini,
pergi tanpa disedari,
mengapa perlu begini ?
sakit hati!
tapi sakit lagi bila kedatangannya sekali lagi,
bagaikan duri yang menusuk hati.

sang awan pula amat suci,
putih warnanya menutup mentari,
tapi jangan disangka ia baik hati,
mengumpul air bak menyimpan rahsia diri,
tetapi bila sampai masanya,
dicurah segalanya, memakan diri.
bila jadi begini,
tiada siapa dapat dimaafi lagi.

panasnya sang mentari,
amat panas hingga orang membenci,
tetapi dialah menerangi saban hari
ada kau peduli ?
tidak, kerana buruknya sahaja kau sedari.

suramnya sang bulan,
bagaikan tiada guna disebalik malam,
tiada sinaran, hanya muram,
tapi pernah kau sedar betapa indahnya ia ?
tidak! kerana kau tidak pedulikannya.
tiada kepentingan untuk kamu.
bukankah begitu ?

lumrah manusia bukan ?
yang buruk kerap sahaja nampak dimana .
yang baik ? engkau sahaja ada jawapannya.
tidak hargai yang didepan mata,
cuma tahu menilai kekurangannya
.

PUISI: Rindu Cinta yang Disayang


kita akan berjauhan suatu hari nanti,
kejujuran telah ku beri.
sayangku tak kan berhenti,
aku akan selalu ingat janji
yang tak kan mungkin ku mungkiri lagi
tidak akan ku biarkan hati mu disakiti
oleh ku berulang kali.
kini ku janji lagi .
engkau satu satunya di dalam hati.
yang selamanya akan ku sayangi,
yang selamanya akan ku rindui,
dan selamanya akan ku cintai,

dan kau,
sentiasalah ingat aku disini,
aku sentiasa menanti dirimu disisi ,
tiap saat, tiap waktu, tiap hari,

walau tak sanggup ku berjauhan denganmu,
tapi aku percaya dirimu,
engkau tidak akan menduakan diriku
engkau tidak akan meninggalkan aku
tolong! yakinkan aku.
kerana hanya kau yang satu.
akan sentiasa bertakhta di hatiku.


Thursday, May 27, 2010

PUISI : Kesialan Dunia


dia kata aku perampas,
dia kata aku perosak hubungan,
excuse me!tolong jangan tuduh sebarangan.
cermin diri anda dahulu.
aku yang mula menyukainya.
tiba-tiba kau berkata dia kau yang punya !
what the hell betina ?
okay, aku biarkan permainan kau bermula.
tapi kau tewas , permainan kau hanya sementara.
aku tersenyum puas , penat ketawa.
engkau ? asyik berduka.
aku bersorak kemenangan atas kesedihan engkau.
kau buat lelaki sebagai permainan kau.
kau tackle dia,
kau goda dia,
sedangkan kau tahu dia berteman ketika itu bukan ?
kau betul betul seorang penggoda! sialan!
tapi tidak kau tahu hati lelaki itu,
kau hanya dibuat sebagai sandaran, keboringan.
dan akhirnya dia menjadi milikku.
apa telah ku lakukan ?
tiada apa.
kerana Allah Maha Kuasa.
dia berikan jalan kepada orang yang teraniaya.
kerana kau tackle dia tidak kena tempatnya,
akhirnya aku menjadi miliknya.
dan dia ? tiada perasaan terhadap kau walau sebesar zarah!
hati kau yang parah! hati aku berdarah !
dengan perbuatan kau yang tak tentu arah dulu.
kini, aku bahagia.
mungkin itu satu dugaan bagi aku.
atau mungkin Tuhan mahu tunjukkan ku,
mahu sesuatu, tidak akan dapat sekelip mata, sekejap waktu.

syg bby!
Related Posts with Thumbnails